Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Kuih Seri Muka Tanpa Telur. Cantik Teksturnya Dan Paling Penting Sedap Sangat!

0 2,494

Kuih seri muka merupakan kuih tradisional Melayu yang sangat disukai ramai. Resepi hari ini akan berkongsikan cara buat kuih seri muka tanpa menggunakan telur. Kalau dibulan ramadhan kuih ini sangat sinonim terjual dibazar ramadhan.

Ramai yang membelinya. Kuih ini mempunyai 2 lapisan iaitu lapisan pulut dan adunan tepung. Kebiasaanny, adunan tepungnya berperisa pandan asli. Penggunaan santan segar juga diperlukan dalam penyediaannya.

Kedua-dua lapisan menggunakan santan. untuk mendapatkan rasa pandan yang sedap, penggunaan daun pandan asli sangat diperlukan. Ianya dikisar halus dan ditapis untuk mendapatkan air daun pandan asli yang tak berhabuk.

Resepi kuih seri muka tanpa telur ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Hasnah Ahmad. Kalau rajin boleh je buat kuih ni bila-bila masa dan dihidang waktu petang buat keluarga tersayang.

Kuih seri muka juga seringkali dihidangkan bila ada majlis keramaian atau kenduri kendara dirumah. Bahagian atasnya berasa lemak manis manakala pulutnya pula lemak dan sedikit masin. Sangat sedap kedua-dua gabungan lapisannya.

 

RESEPI KUIH SERI MUKA

Sesetengah orang sensetif dengan telur tapi suka sangat makan kuih lapis ni. Apa kata anda cuba resepi dari cik puan hasnah ni. Tanpa penggunaan telur, tetap dapat merasai nikmat kuih lapis tradisional yang sangat sedap ini.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan beras pulut direndam dahulu
  • Santan dari sebiji kelapa (1/2 untuk pulut, 1/2 untuk lapisan pandan)
  • Daun pandan (dikisar dan diambil airnya)
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 7 sudu besar gula

CARA PENYEDIAAN KUIH SERI MUKA :

▶️ Masukkan beras pulut yang telah direndam kedalam loyang size 8.

▶️ Masukkan setengah sudu kecik garam kedalam santan dan kacau sebati.

▶️ Tuang santan tadi kedalam loyang. Kukus pulut.

▶️ Ratakan pulut sehingga tiada ruang atau rongga.

▶️ Untuk lapisan pandan pula, kisarkan daun pandan dan tapis untuk dapatkan airnya.

▶️ Masukkan 3 sudu besar tepung gandum dan 7 sudu besar gula. Boleh tambah tepung kalau suka tekstur lapisan pandan tu sedikit keras.

▶️ Tuang air pandan dan santan sedikit demi sedikit. Kacau sebati adunan.

▶️ Tapiskan adunan yang telah dibancuh tadi.

▶️ Seterusnya, tuang adunan pandan atas pulut yang dikukus tadi. Kukus lagi sekali.

▶️ Siap untuk dipotong dan dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Goreng Panas-Panas Ala Kedai Mamak. Buat Homemade Lagi Puas Hati!

 

Sangat mudah dan simple cara penyediaannya. Ianya juga merupakan kuih kukus yang sangat-sangat ramai penggemarnya. Panas-panas tu jangan potong dulu ye. Biarkan ia sejuk seketika.

Nak potong kuih yang berpulut macam ni ada tips atau caranya ye. Pisau yang digunakan untuk memotong perlulah di sapu dengan sedikit minyak supaya lebih mudah masa nak potong nanti.

Anda juga boleh gunakan plastik supaya pulut tak melekat pada pisau. Bentuk kuih yang dipotong juga lebih cantik. Semoga resepi kuih seri muka ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open