Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Siakap Masak Ala Thai Yang Simple Dan Sedap. Masak Guna 3 Bahan Je!

0 68

Siapa suka makan ikan siakap? Ha, boleh la cuba resepi ikan siakap masak ala Thai ni. Simple tapi sedap. Hanya perlu guna 3 bahan je untuk masak lauk ni. Kalau datang mood malas nak masak, korang cuba la lauk ni. Memang puas hati!

Ikan siakap memang terkenal dengan masak 3 rasa dan stim. Kedua-dua masakan ni memerlukan banyak bahan. Kecuali masak stim. Try korang masak siakap ala Thai ni. Confirm fall in love la dengan lauk ni. 

Masak sendiri lagi puas hati. Jimat pun jimat. Lauk ni kalau masak banyak untuk makan reramai pun lagi jimat dari makan kat luar. Hidang lauk ni mesti licin pinggan tau. Anak-anak korang pun mesti suka. 

Tak perlu nak letak serai, tak perlu nak letak daun limau, tak perlu nak sedia banyak bahan. Guna sos Thai je, banyak benda kita boleh masak. Lauk ni jimat masa memasak kat dapur. Tak sempat nak penat weh. 

Resepi ikan siakap masak ala Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Azianaz Ayyoub. Resepi simple macam ni kena share kat semua orang. Betul tak? Lagi-lagi kita yang kena mikir hari-hari nak masak apa ni. 

RESEPI IKAN SIAKAP MASAK ALA THAI 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan siakap masak ala Thai ni. Bahan-bahan dan step memasaknya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • Ikan siakap
  • Cili padi
  • Bawang putih
  • Sos thai

CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP MASAK ALA THAI : 

▶️ Ikan siakap di goreng garing dan ketepikan.

▶️ Tumis cili padi dan bawang putih.

▶️ Letak sos thai tambah sedikit air.

▶️ Matikan api dan tuang sos tadi diatas ikan yang telah digoreng.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Zha Jiang Mian Atau Beijing Fried Sauce Noodles. Halal Dan Tak Susah Nak Buat Pun!

 

Dah siap pun ikan siakap masak ala Thai kita. Hanya perlu guna 3 bahan sahaja, rasa siakap masak ala Thai kita dah cukup sedap dan menyelerakan. Mesti bertambah nasi dibuatnya nanti!

Korang yang suka makan ikan siakap boleh cuba resepi ni pulak. Ikan siakap memang famous dengan masak 3 rasa dan stim. Tapi dapat rasa masak ala Thai ni pun sedap jugak. Yang penting mudah nak buat. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Azianaz Ayyoub kerana sudi berkongsi resepi ikan siakap masak ala Thai guna 3 bahan ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open