Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Aiskrim Milo Homemade. Sesuai Jadikan Aktiviti Bersama Anak-Anak!

0 1,702

Dalam banyak pilihan aiskrim yang ada, perasa apa yang paling korang suka? Mesti ramai yang jawab coklat atau aiskrim milo kan. Dan sebenarnya bukan kita je, anak-anak paling suka makan aiskrim perasa coklat.

Tapi tidak semua sesuai makan aiskrim milo ni terutama sekali anak-anak. Coklat dan milo ada masa dia memberikan tenaga kepada kita, tapi jika berlebihan dia boleh membuat badan kita terlebih gula.  Jadi, kena kawal pengambilan dua bahan ni dalam kehidupan.

Namun bagi kita yang memang hantu aiskrim ni, rasa tak berbaloi nak kerap beli selalu. Nak-nak lagi yang memang dalam peti wajib ada aiskrim. Satu berita gembira buat yang suka makan aiskrim ni sebab saya nak share cara buat aiskrim homemade.

Dalam perkongsian kali ni, saya memilih untuk kongsikan resepi daripada Cik Puan Tiesha Abdul Rahman ni sebab macam mudah dan senang nak buat aiskrim milo dari dapur kita sahaja.

Sesuai juga nak buat sebagai projek bersama anak-anak jika ada masa berkelapangan. Bolehlah spend time bersama dengan aktiviti yang bermanfaat kan.

 

RESEPI AISKRIM MILO

Bagi yang nak menggunakan selalin daripada milo seperti minuman coklat vico, atau choc malt boleh je tak masalah gantikan dengan milo. Sebab rasanya juga akan sama. Anak-anak akan suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 tin susu cair
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 2 sudu besar ovalette
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan milo

 

BAHAN HIASAN :
  • Coklat chip
  • Coklat urai ( chocolate rice)

CARA PENYEDIAAN AISKRIM MILO :

▶ Mula-mula sekali, ayak milo dan juga serbuk koko dalam 1 bekas bersama.

▶ Kemudian, masukkan susu pekat, susu cair dan ovalette bersama.

▶ Pukul semua bahan sampai kembang dan gebu selama 15 hingga 20 minit.

▶ Sediakan bekas aiskrim. Terpulang kepada kita nak sediakn bekas kecil atau bekas besar.

▶ Tuang adunan dan hentak sekali dua.

▶ Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri.

▶ Sejukkan dalam peti ais semalaman dan sedia untuk dimakan.

 

BACA JUGA: Buat Rendang Ayam Express Siap Setengah Jam. Guna Sambal Merican Betul-Betul Membantu!

 

Wah! Dapat makan ketika cuaca panas memang sedap. Dan nak lebih nampak mewah, hidangkan dalam cawan dan boleh curahkan syrup coklat di atasnya. Hiaskan dengan hirisan pisang atau strawberry.

Selain tu, saya suka makan dengan roti gardenia atau roti sosej. Kemudian taburkan dengan kacang tanah. Memang makan 1 sahaja pun kenyang.

Biasanya adunan yang saya kongsikan ni, boleh makan berulang-ulang. Sebab nak buat senang sangat. Tak risau jika kena tambah stok dalam peti ais. Kepada yang cuba buat aiskrim milo homemade ni, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open