Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Khao Mok Gai Lengkap Yang Wajib Kita Cuba. Sedap Marvellous!
Sebelum ni pernah dengar Nasi Khao Mok Gai dari thailand ni. Tapi tak tahu pula cara nak buat dia panjang juga ye. Kalau nak buat untuk makan tu, memang kena mula awal juga lah untuk sedia dimakan. Tapi serious puas hati sebab rasa dia sedap!
Yang mana nak buat jualan, saya rasa boleh follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Keroroys Royz ni. Seronok betul saya tengok perkongsikan resepi daripada beliau ni. Lengkap dari bahan A sampailah ke bahan Z.
Bagi yang tak pernah rasa, tak pernah makan nasi Khao Mok Gai ni, wajib cuba sekali dua. Kalau rasa tak nak buat sebab takut renyah, boleh lah beli dulu yang ada jualkan.
Sekali dah rasa dan suka, bolehlah buat sendiri pula ikut resepi ni. Sedap nasi yang berasal dari Thailand ni, sebab dalam satu hidangan lengkap dengan semua bahan.
Ala, kalau di tempat kita ada nasi minyak, nasi biriyani, nasi hujan panas, nasi tomato tapi nasi Khao Mok Gai ni umpama Nadi biriyani kita lah.
RESEPI NASI KHAO MOK GAI ( BERIYANI THAI)
Nasi ni memang jarang kita nak jumpa di kedai-kedai biasa. Yang ada jual pun, kedai yang memang khas jual nasi Khao Mok Gak ni. Ada juga yang memanggilnya dengan nasi khomok.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
BAHAN PERAPAN AYAM :
- 4 ketul paha ayam
- 1 cawan yogurt
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil rempah kari
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 sudu kecil jintan putih
- 1 sudu kecil ketumbar
- 1 sudu kecil lada putih
- 1 sudu kecil serbuk kayu manis
BAHAN KISAR :
- ½ biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- 2 tangkai daun ketumbar
BAHAN NASI :
- 2 pot beras basmathi
- 3 pot air ( ikut sukatan biasa nasi)
- 2 helai daun bay
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- ½ kiub pati ayam
- 2 sudu makan minyak masak
- 1 sudu makan minyak sapi / butter
BAHAN SOS PENCICAH :
- 150 gram mayonis / yogur asli
- 1 tangkai daun ketumbar
- 15 biji cili padi siam
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu kecil jus limau nipis
- 2 sudu kecil sos ikan / garam
- 1 sudu kecil gula manisan / madu / gula
BAHAN HIASAN :
- Bawang goreng
- Timun
- Tomato
CARA PENYEDIAAN NASI KHAO MOK GAI :
▶ Mula-mula sekali, bersihkan paha ayam. Cucuk dengan pisau supaya nanti bahan akan mudah serap ke dalam bahagian isi.
▶ Perap ayam dengan semua bahan rempah, bahan kisar, garam, gula dan juga yogurt. Perap selama lebih kurang 1 jam di dalam chiller.
▶ Kemudian, panaskan minyak. Goreng ayam tersebut sehingga keperangan kulitnya. Angkat dan toskan sekejap.
▶ Dalam periuk nasi, panaskan minyak bersama minyak sapi atau butter. Cairkan, dan tumis daun bay, bersama buah pelaga dan bunga lawang serta baki perapan ayam tadi.
▶ Tumis sehingga wangi dan naik bau. Seterusnya masukkan beras yang sudah dibasuh pada awalnya.
▶ Goreng beras dalam 2-3 minit. Nampak dah kering sikit, masukkan air ikut paras nasi biasa yang kita masak, kiub pati ayam dan juga garam secukup rasa.
▶ Susun ayam di atas beras, dan masak nasi seperti biasa.
▶ Sementara masak nasi, kita sediakan sosnya pula.
▶ Kisar atau tumbuk bawang putih, cili padi dan juga daun ketumbar. Tumbuk sehingga halus.
▶ Kemudian campurkan dengan mayonis atau yogurt, jus limau nipis, sos ikan dan juga gula.
▶ Perasakan ikut rasa selera kita.
▶ Nasi dah masak, bolehlah hidangkan dengan ayam, sos pencicah dan bahan hiasan.
BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Milo Homemade. Sesuai Jadikan Aktiviti Bersama Anak-Anak!
Nasi khao mok gai ni sesuai sangat kalau dibuat untuk hidangan tengah hari atau malam. Sekali dah rasa, memang akan buat kita ralit makan sebab nasi dia penuh dengan rasa.
Ada yang suka buat resepi ni dengan daging bagi menggantikan ayam. Jadi, ia sebenarnya terpulang kepada kita untuk makan ayam atau daging. Jika menggunakan daging, dinasihatkan untuk rebus sehingga empuk terlebih dahulu.
Panjang cara nak buat nasi khao mok gai ni, tapi rasa dia memang marvellous. Yang mana tak sempat nak buat sekarang, boleh buat nanti bila ada kelapangan. Sharekan dulu supaya mudah nak jumpa dan cari. Semoga bermanfaat!