Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Puri Tanpa Mauripan. Lebih Rangup Dan Tak Kempis Bila Sejuk!
Peminat roti puri kena follow resepi roti puri tanpa mauripan ni kat sini. Lebih rangup dan roti tak akan kempis walaupun dah sejuk. Macam mana agaknya cara penyediaan roti puri ni ye. Jom kita tengok!
Family aku dan roti puri memang tak dapat dipisahkan. Setiap ada masa terluang, mesti mak aku akan buat. Kebiasaannya kami akan cicah dengan susu atau sambal sardin. Tonyoh cili potong dalam tu. Sedap weh!
Aku memang tertarik nak cuba resepi ni sebab roti puri yang dihasilkan tanpa menggunakan mauripan. Sebelum ni kalau takde mauripan kat rumah, memang takde jugak la kita orang buat roti puri ni.
Roti puri tanpa mauripan ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Noraslinda Md Radzhi. Tengok kat gambar pun dah tahu sedap sangat roti puri ni. Aku suka roti puri rangup. Sebab tak muak nak makan banyak.
Kalau dah balik rumah sendiri, mesti teringin jugak nak makan roti puri ni. Tapi tu la balik-balik lari kat kedai je. Padahal ada cara mudah yang aku boleh buat. Actually, buat roti puri ni sangat mudah. Cuma malas dan takde masa je nak buat. Kat rumah boleh la manja dengan mak kan.
RESEPI ROTI PURI TANPA MAURIPAN
Tak sabar pulak nak tahu bahan-bahan rahsia yang digunakan dalam penyediaan roti puri tanpa mauripan ni. Rasa-rasa apa bahan-bahan dia ye? Jom kita tengok kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 kilo tepung gandum
- 1 sdk baking powder
- 1 biji telur
- 2 sdb marjerin
- 2 sdb susu pekat
- Air
CARA PENYEDIAAN ROTI PURI :
▶️ Tepung gandum+ baking powder di ayak.
▶️ Masukkan marjerin, di ramas dijadikan serbuk roti.
▶️ Masukkan susu pekat dan telur. Kemudian, gaul ramas.
▶️ Tuang air sikit-sikit uli hingga tak lekat pada tangan.
▶️ Bulat-bulatkan dan direhatkan 20 minit.
▶️ Panaskan minyak, doh di gelek dan goreng.
▶️ Sambil tu curahkan minyak panas atas roti. So, roti akan gelembung nanti, dah warna perang kecoklatan di balikkan. Siap!
BACA JUGA : Resepi Ikan Bilis Goreng Tumis Kering Gunting. Ratah Macam Tu Pun Sedap Weh!
Senang kan! Aku dah share resepi ni kat mak aku. Dia kata boleh cuba kat rumah nanti. Yeahhh! Lepas ni tak payah nak rendam mauripan lagi, tak payah nak perap doh lagi. Mauripan yang dihasilkan rangup dan sedap.
Mahal jugak harga roti puri ni kat luar. Dapat 3 ketul je dengan sambal dah nak cecah 10 ringgit. Baik buat sendiri kat rumah. Nak masak banyak mana pun boleh. Harga tepung takde la cecah 10 ringgit sekilo kan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Noraslinda Md Radzhi kerana sudi berkongsi resepi roti puri tanpa mauripan ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!