Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Golok Shortcut Guna Roti Gardenia. Sesuai Untuk Korang Yang Tak Reti Baking!
Siapa pernah makan roti golok? Roti golok pernah viral satu ketika dulu. Sampai ada orang yang share resepi roti golok shortcut guna roti Gardenia tau! Memang hebat betul yang share resepi ni. Sesuai untuk orang malas macam aku.
Pagi tadi aku pegi lagi vendor kuih RM3 tu. Nampak roti golok ni. Nak beli tapi tak berbaloi rasa. Sebab pernah jumpa resepi roti golok shortcut. Boleh je buat sendiri kat rumah kalau tak reti sangat nak baking pun.
Tak susah pun tau nak buat roti golok shortcut ni. Yang penting korang ada 3 bahan penting ni. Roti frankfurter, gula kastor dan butter. Serious senang giler weh! Nak panaskan kejap roti dalam oven pun boleh. Senang la butter nak lekat nanti.
Resepi roti golok shortcut ni telah dikongsikan smeult oleh Cik Puan Siti Qhairiyah Said. Hasil perkongsian beliau, resepi ni viral sampai 2.9k ye. Resepi asalnya pulak dari seorang lagi pengguna Facebook yang bernamadi beri nama “Tempa Kirana”.
Dah cari resepi asal, tapi tak jumpa. Rasanya Facebook atas nama Tempa Kirana ni dah lama tak aktif kot. Apa pun, resepi ni memang terbaik. Jimat masa dan tenaga la. Sesuai sangat untuk yang tak reti baking atau yang malas.
RESEPI ROTI GOLOK SHORTCUT
Benda mudah macam ni memang ramai orang suka. So, tak nak buang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti golok shortcut ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti gardenia
- Butter
- Gula kastor
CARA PENYEDIAAN ROTI GOLOK SHORTCUT :
▶️ Sediakan roti gardenia.
▶️ Kemudian, kerat roti bentuk diamond.
▶️ Sapu pulak butter.
▶️ Letak gula kastor dalam bekas.
▶️ Tekup roti dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Ikan Masin Duri Masak Asam Yang Simple Tapi Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!
Dah siap! Kalau ikut resepi asal, korang kena reti nocang adunan roti. Orang yang tak reti nak tocang rambut, mesti susah nak buat roti golok ni. Tapi resepi shortcut kan ada. Pakai ni je, lepas tu potong atas roti macam bentuk diamond.
Sesuai sangat makan roti golok ni time breakfast atau minum petang. Buat kopi panas dan celup dalam tu. Lagi sedap weh! Anak-anak pun bukan main suka lagi. Paling penting, perut kenyang dan roti ni sedap!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Siti Qhairiyah Said kerana sudi berkongsi simula resepi roti golok shortcut ini di Fcaebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!