Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ikan Masin Duri Masak Asam Yang Simple Tapi Sedap. Bertambah Nasi Dibuatnya!

0 44

Ada yang suka ikan masin masak asam. Tak silap masakan asam macam ni famous kat  Kedah. Try la buat untuk lauk tengahari nanti. Jom follow resepi ikan masin duri masak asam ni kat sini. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya. 

Macam-macam jenis ikan masin korang boleh masak menu asam ni. Nak guna ikan masin bawal, tongkol atau nyok-nyok pun sedap tau. Make sure ikan tu korang goreng dulu sebelum masak dengan kuah asamnya ye. 

Penat kan hari-hari kena mikir nak masak lauk apa. Paling berat nak fikir hidang  lauk tengahari dan makan malam. Lagi-lagi yang housewife ni. Siapa kata housewife tak penat. Kalau isteri betul-betul penat, mesti tak layan dah kerja rumah. 

Resepi ikan masih duri masak asam ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nurul Edaya. Tak susah mana pun nak buatnya. Confirm suami korang request je bebalik lauk ni. Ikan masin kot!

Setiap kali balik ke kampung nenek, mesti nenek bekalkan abah aku dengan ikan masin yang dia buat sendiri. Katanya kalau nak makan ikan masin, biar makan yang mak buat. Takde la masin sangat. Betul tau, ikan masin nenek aku memang sedap. 

RESEPI IKAN DURI MASAK ASAM 

Yang tak pernah cuba resepi ni lagi boleh la try buat kat rumah. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ikan masin duri masak asam ni. Step memasaknya seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan masin duri
  • Halba campo 1/2 sudu*
  • Bawang besar 1 biji hiris halus*
  • Bawang putih 3 biji hiris halus*
  • Halia seinci hiris halus*
  • Air asam 1 cawan
  • Gula 1 sudu
  • Cili besar
  • Cili api

CARA PENYEDIAAN IKAN DURI MASAK ASAM : 

▶️ Goreng ikan masin. Kalau ikan lain goreng lah apa ikan pun. Dah setel.

▶️ Tinggalkan minyak sikit. Lepastu tumis bahan *

▶️ Tumis sampai layu je. Jangan garing. Masuk gula 1 sudu. Dah layu semua bahan. masuk air asam.

▶️ Dah mendidih masukkan ikan. Cili besar. Cili api. Dan bawang yang dipotong bulat. Tutup api. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Tapioca Fruits Dessert Yang Marvellous. Sedap Makan Sejuk-Sejuk Keluar Dari Peti!

 

Dah boleh makan. Masak lauk ni tak letak garam sebab ikan masin dah masin dan ikan yang digoreng dah letak garam. So, masak dia memang simple tapi menyengat! Yang suka pedas, boleh buh cili lebih sikit. 

Selain daripada guna ikan masin. Masak asam ni korang nak guna ikan biasa pun boleh je. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Faham je, ikan masin pun mahal dah sekarang ni. Kat gambar ni kita guna ikan nyok-nyok ye. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nurul Edaya kerana sudi berkongsi resepi ikan masin duri masak asam ini di Facebook. Confirm sedap weh! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mancuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open