Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Nak Dapur Kemas, Buat Pantry Sendiri Yang Simple Macam Ni. Boleh Jimat Dari Buat Kabinet!
Ada antara kita ni, ruang dapur rumah hanya kecil sahaja. Cukup sekadar ada laluan nak ke dapur memasak, sinki, dan ada juga laluan nak ke bilik air. Jadi ruang yang terhad ni memang susah nak dekorasi dapur. Apatah lagi nak buat tambahan kabinet atau ruang pantry bagai.
Tapi sesekali tu teringin juga nak ada ruang tambahan dapur kan untuk letak barangan dapur kita. Nak juga ada tempat khas untuk letak barang-barang seperti bekas, botol dan segala bahan masakan. Barulah dapur bertambah kemas dan sedap mata memandang.
Korang pernah terfikir tak ada ruang pantry yang khas macam dapur Puan Nurul Huda Ab Rashid ni? Walaupun untuk ruang dapur yang kecil je, dia berjaya buat ruang pantry yang boleh muatkan semua barangan dapur dari kecil sampai besar kat dalam tu?
Terkejut juga tengok siap boleh simpan oven microwave, 2 rak untuk barang masakan dan ada lagi 1 rak troli. Menarik sangat! Dan bukanlah cikai-cikai dibuatnya sebab macam betul-betul 1 bilik khas pantry yang siap dengan dekorasi lampu, langsir dan sebagainya.
Ruang pantry dapurnya ni sebenarnya tak ada pintu dan beliau gunakan langsir tebal blackout sahaja yang dibeli dari kedai ni. –> https://shp.ee/22qepmj . Kalau ada pintu nanti takut makan ruang pula. Sebab matlamat utamanya ialah untuk sediakan ruang pantry khas untuk simpan barang dan tak nak nampak dapur bersepah. Jadi, gunakan langsir pun dah memadai. Jom saya bawakan lagi perkongsian dekorasi beliau ni.
BUAT RUANG KHAS DALAM DAPUR YANG KECIL
Kalau korang amati ruang pantry ni, konsep yang Puan Nurul Huda ketengahkan ialah simple dan kemas. Kita boleh nampak yang beliau tak ubahsuai dinding yang berlebihan pun. Cukup sekadar tambah petition kayu untuk menampakkan ‘bilik kecil’ pantry dapurnya.
Kemudian ditambahnya langsir sebagai ‘pintu’ untuk memisahkan ruang pantry dan dapur. Langsir ni juga nanti akan menutup ruang ni kalau tak nak digunakan. Barulah tak nampak terdedah dan sedap mata memandang.
Apa yang menariknya, langsir yang digunakannya ialah langsir 70-80 blackout dan tebal. Memang kita tahu yang langsir blackout ni boleh menghalang pencahayaan, tebal dan elok beralun. Jadi amat sesuailah pilihan dia pasang kat sini untuk nampak cantik. –> https://shp.ee/22qepmj
Kalau tengok kat kedai dia beli ni, ada bermacam lagi warna langsir yang korang boleh pilih, dan saiz pun ada pelbagai yang boleh mengikut kesesuaian dapur korang. Tak payah pening-pening cari tempat yang nak custom langsir bagai.
RAK MINIMALIST UNTUK SUSUN BARANG
Bersesuaian dengan konsep simple, tempat nak susun barang pun boleh gunakan rak-rak biasa dan simple juga. Janji masih cantik dan kemas kan. Pilihan rak beliau ni ialah rak besi dan troli storage yang kukuh dan stabil. Itulah yang paling penting sekali! Barulah boleh dapat susun bukan sahaja bekas dan balang, malah boleh letak oven dan microwave juga.
Rak besi: https://shp.ee/q43gjbj
Troli storage: https://shp.ee/gkev4pj
PELBAGAI JENIS STORAGE DAN RAK DINDING UNTUK SUSUN BARANGAN DAPUR
Untuk susun barang di ruang pantry ni, semuanya terpulang pada kita nak letak rak, bekas dan storage jenis macam mana. Sekarang ni ada banyak jenis rak dan storage yang boleh korang dapatkan di Mrdiy, kedai eco, malah kat shopee pun ada banyak juga pilihan. Nak senang sekarang beli di shopee je dah boleh dapat macam-macam pilihan menarik.
Basket storage –> https://shp.ee/b7eqn9j
Balang: https://shp.ee/mwyyrmj
Rak dinding: https://shp.ee/npeu8tj
BACA JUGA: Suka Minum Air Coklat, Tapi Nak Diet? Korang Boleh Cuba Air Coklat Premium Cuppa Ni! Sedap Ya Amat!
LANGSIR JADI ELEMENT UTAMA UNTUK ‘BINA’ PANTRY NI
Dalam banyak-banyak pengubahsuaian ni, rasanya langsir lah main peranan penting sekali. Iyalah, masuk-masuk dapur je, langsir ni akan kita nampak dulu! Jadi kenalah guna langsir yang berkualiti dan cantik ,ye tak? Langsir ni jugalah kita guna untuk tutup ruang pantry.
Bila baca review di kedai shopee langsir beliau beli ni, memang sesuailah dibuat pasang kat sini dengan kualitinya yang ramai suka dan berpuas hati. –> https://shp.ee/22qepmj
Bila beli langsir ni, yang penting jenis kain yang tebal dan jahitannya kemas. Kalau harga mahal pun orang sanggup bayar.
Tapi yang menarik kedai ni, harganya murah dan amat berbaloi dengan kualitinya. Ada juga yang kata blackout dah macam 100% lebih dari apa yang seller claim hanya 80% sahaja. Memang tak susah hati lah kalau korang beli kat sini kan.
Itu sahaja yang diubahsuai oleh Puan Nurul Huda ni. Rasanya kalau tengok senarai barang-barang dia beli ni tak cicah kos seribu pun. Cantik dan kemas lagi hasil ruang pantry nya. Tak perlu pening-pening pun nak buat kabinet bagai yang mungkin makan kos ribuan ringgit.
Kalau korang nak mencari idea dekorasi dapur tu, bolehlah ikut konsep yang Puan Nurul Huda kongsikan ni. Walau dapur korang kecil pun, jangan beranggapan tak boleh diubahsuai! Janji korang rajin nak mulakan langkah.