Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Telur Sardin Viral Yang Mudah Dan Sedap. Sesuai Untuk Breakfast Dan Minum Petang!
Siapa suka makan roti telur guna roti Gardenia? Sedap kan makan roti ni time breakfast. Kali ni kita nak buat kelaianan pulak. Jom try resepi roti telur sardin viral ni. Rugi sangat tak cuba weh!
Roti telur memang dah biasa buat. Kali ni nak letak sardin sekali dengan cili, daun bawang dan bawang. Ala-ala roti telur berlauk gitu. Selain dihidang untuk breakfast, roti telur sardin ni sesuai jugak di buat untuk minum petang.
Kekadang bosan jugak makan roti Gardenia letak jem kan. Kalau roti dah nak expired, elok korang buat roti telur sardin macam ni. Confirm habis! Banyak mana kepingan roti yang korang buat. Tetap boleh licin.
Resepi roti telur sardin ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zur Ain Salim. Viral tau roti masak dengan sardin ni. Kat sini je dah viral sampai 19k. Tak kira lagi perkongsian orang lain yang ada SosMed.
Lepas ni dah takde roti yang expired dan terbuang lagi. Kalau sampai masa nak expired, buat roti sardin ni siap-siap. Tak pun korang nak buat puding pun boleh. Macam-macam menu boleh buat dengan roti nak expired ni tau.
RESEPI ROTI TELUR SARDIN VIRAL
Tak kisah la korang nak guna apa je jenis sardin. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti telur sardin viral ni. Step penyediaannya seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 tin kecil sardin
- ½ biji bawang holland*
- 3 biji cili padi*
- Sedikit daun sup & daun bawang*
- Garam
- Lada hitam/ lada sulah
- 3-4 biji telur
- Roti keping
CARA PENYEDIAAN ROTI TELUR SARDIN VIRAL :
▶️ Lenyek ikan sardin. Sos dia ambil sikit.
▶️ Cincang bahan yang bertanda*
▶️ Gaulkan ikan sardin tadi dengan telur, garam, lada kecil, lada sulah, bawang holland, daun bawang & daun sup sampai sebati.
▶️ Celup roti dalam sardin yang telah dicampur tadi. Kemudian, goreng macam roti telur biasa tu.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kek Karamel Pelangi Gebus. Confirm Sedap Dan Tak Muak Makan Nanti!
Dah siap pun roti telur sardin kita! Wah nak buat makan malam pun boleh. Kot korang malas nak makan nasi, boleh la buat roti telur sardin ni nanti. Kalau nak bagi anak-anak makan, boleh asing je cili tu nanti.
Betul-betul macam makan roti berlauk. Sedap dan confirm kenyang. Makan roti sekeping ni, ibarat sesenduk nasi. Makan dua keping pun dah kenyang. Tapi, makan roti ni memang tak jukup sekeping dua. Confirm bertambah-tambah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zur Ain Salim kerana sudi berkongsi resepi roti telur sardin viral ni di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!