Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Durian Crepe Homemade Yang Menjadi Dan Sedap. Flawless Gitu Jadinya! 

0 37

Musim durian dah tiba! Kalau keluar rumah, berderet peniaga kecil yang menjual durian di tepi jalan. Ada musang king, durian kampung, udang merah dan macam-macam lagi. Harga pun nampak murah. Durian runtuhlah katakan. Jom cuba buat durian crepe homemade.

Untuk mereka yang baru pertama kali nak cuba buat durian crepe ni dirumah, sesuai sangat guna resepi ni. Sangat mudah nak follow. Confirm menjadi! Hasil durian crepe kita pun nampak falwless gitu.

Rugi sangat kalau nak beli durian crepe ni diluar, makan pun tak puas. Harga pun agak mahal. Memandangkan harga durian tengah murah, apa kata kita buat durian crepe homemade. 10 biji durian boleh dapat dengan harga RM 15 je tau!

Sangat berbaloi bila buat sendiri. Kalau beli durian untuk makan bersama keluarga. Bolehlah colek sikit isi durian tu. Buat durian crepe homemade. Dah siap nanti simpan je dalam peti dulu dan biarkan sejuk. Durian crepe ni lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.

Resepi durian crepe ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Masturina Ismail. Nampak ramai penggemarnya. Lebih-lebih lagi tengah musim durian. Hampir 2.1K share yang kita dapat lihat difacebook beliau.

 

RESEPI DURIAN CREPE HOMEMADE

Mesti ada yang tak sabar nak cuba resepi ni kan. Pastikan isi durian betul-betul fresh untuk digaul bersama whipping cream ye. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 cawan susu full cream (panaskan sekejap hingga suam-suam kuku)
  • 3/4 cawan air
  • 3 sdb gandum
  • 3 sdb tepung ubi
  • 1 1/2 sdb tepung jagung
  • Secubit garam
  • 1 sdb gula halus
  • 1 sdb minyak masak
  • 1 sdk esen vanilla
  • 1 bji telur dan 1 biji kuning telur sahaja
  • Sedikit pewarna kuning

 

Bahan isi crepe :
  • Non dairy whipping cream
  • Isi durian yang fresh

CARA PENYEDIAAN DURIAN CREPE :
Cara penyediaan crepe:

▶️ Whisk semua bahan hingga sebati dan tapis.

▶️ Biarkan adunan sekejap dalam 5 minit.

▶️ Guna pan non stick, lenggang-lenggangkan sehingga bintik-bintik timbul dan boleh terbalikkan atas pinggan.

Cara penyediaan isi crepe :

▶️ Mix non dairy whipping cream sehingga kental.

▶️ Campurkan isi durian yang fresh dengan whipping cream tadi.

Cara hidang :

▶️ Ambil crepe dan masukkan campuran whipping cream dan isi durian tadi.

▶️ Lipat dan Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Bakar Tersimple Tapi Sedapnya Hingga Tak Terkata. Senang Dan Juicy Hasilnya!

 

Wah! Mudahnya. Masuk peti dulu ye sebelum nak makan. Nanti tak dapat pula anda menikmati keenakan durian crepe yang dimakan sejuk-sejuk. Heaven je lalu kat tekak. Yang hantu durian, mesti dah terbayang-banyang nak cuba resepi ni kan.

Anak-anak pun pasti suka. Ala-ala ice cream tekstur dalam crepe tu. Musim PKP macam ni, lebih sesuai makan makanan yang anda sendiri masak dirumah. Memandangkan sekarang musim durian dan esok pula hari raya. Jom buat durian crepe homemade.

Esok pagi sambil makan ketupat dan rendang, bolehlah kita maniskan mulut dengan durian crepe. Semoga resepi durian crepe homemade ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open