Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chocolate Lasagna Yang Super Sedap Dan Tak Manis. Nak Buat Birthday Kek Pun Boleh!
Resepi chocolate lasagna ni memang sedap sangat. Tak manis rasanya! Nak buat kek birthday homemade untuk kesayangan dan anak-anak pun sesuai. Kenapa kek ni di panggil lasagna? Kek ni ada layering mousse bersama sama lapisan coklat dan final topping cadbury.
Nak buat kek barlapis-lapis macam ni kena teliti. Barulah menjadi cantik kek tu nanti. Kek ni ada 4 layer iaitu base, mousse, chocolate filling dan topping. Bahagian topping tu depends ikut creativity nak guna oreo crumbs, chips, cadbury atau lain- lain pun boleh.
Teksture kek ni memang lembut dan berkrim. Sedap sangat bila dimakan sejuk-sejuk baru keluar dari peti. Rasa macam makan ice cream pun ada juga. Setiap lapisan yang dibuat pun kena di masukkan dalam peti untuk di keraskan seketika. So, senang nak tambah layer Seterusnya.
Resepi ni asalnya resepi orang putih. Tapi dah di ubah suai oleh Encik Muhammad Ali menjadi resepinya sendiri. Nampak cantik sangat kejadiannya. Patutlah ramai giler yang share resepi ni. Dah sampai 3.3k share kat Facebook ye. Viral weh resepi ni.
Seronok share resepi yang dikongsikan beliau, sebab lengkap dan mudah difaham. Beliau memang suka berkongsi resepi kek di Facebook. Dan rata-rata semua resepi yang beliau kongsikan dapat perhatian ramai dan mendapat share yang tinggi.
RESEPI CHOCOLATE LASAGNA
Kek ni boleh pakai loyang 6 inci. Tinggi kejadiannya. Nak guna loyang 7 inci pun boleh. Tapi rendah sikit kejadian kek. Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan Base :
- 1- 160 gram oreo crumbs (Nak letak inti dia sekali pun takpe)
- 2- 60 gram butter
Bahan Mousse :
- 1- 500 gram cream cheese
- 2- 300 gram dairy whipping cream
- 3- 100 gram gula icing
- 4- 2 sudu kecil essen vanilla
Bahan Chocolate Filling :
- 1- 200 gram dark chocolate
- 2- 150 gram dairy whipping cream
- 3- 50 gram serbuk koko
- 4- 20 gram susu pekat manis
Bahan Deco Topping :
- Depends creativity nak guna oreo crumbs, chips, cadbury atau lain- lain.
CARA PENYEDIAAN CHOCOLATE LASAGNA :
Cara penyediaan base :
▶️ Hancurkan 160 gram oreo crumbs. Nak letak inti dia sekali pun takpe.
▶️ Gaulkan bersama 60 gram butter.
▶️ Dah gaul sebati mampatkan dalam loyang petak 6 atau 7 inci. Tinggi loyang seeloknya 3 inci. Setkan dalam peti selama 30 minit.
Cara penyediaan mousse :
▶️ Putar 500 gram cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
▶️ Dalam 2 -3 minit putar. Masukkan 100 gram gula icing + 2 sudu kecil essen vanila.
▶️ Sambung putar lagi sampai sebati. Dah sebati stopkan.
▶️ Pada bekas yang lain putar 300 gram dairy whipping cream sehingga kental.
▶️ Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipped cream . Kaup balik sampai sebati dan letakkan keatas lapisan base yang disejukkan tadi.
▶️ Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagi dua. Satu kita letak atas base tadi. Satu lagi letak dalam piping bag. Yang dalam piping bag ni nampak tak gambar dekat bahan tu. Kena ada piping bag siap-siap sebab kita nak letak mousse yang sama selepas lapisan chocolate filling tu.
▶️ So, dah bahagi dua. Yang dalam piping bag tu terus masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik.
▶️ Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti selama 30 minit
Cara penyediaan chocolate filling :
▶️ Double boil letakkan 150 gram dairy whipping cream + 200 gram dark chocolate. Double boil sampai semua larut. Dah larut tutup api. Terus masukkan 50 gram serbuk koko + 20 gram susu pekat manis.
▶️ Terus kacau panas panas tu sampai semua sebati. Dah sebati tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10-15 minit.
▶️ Dah suam kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan keataa lapisan mousse tadi.
▶️ Setkan dalam peti selama 30 minit.
▶️ Selepas 30 minit baru letakkan mousse yang kita letak dalam piping bagi tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan chocolate filling tadi.
▶️ Ratakan elok-elok setkan semalaman.
Bahan untuk Deco topping :
▶️ Depends creativity anda. Sagat cadbury tu sahaja atas tu. Sebab nak bagi balance rasa pahit manis dalam kek ni.
BACA JUGA : Resepi Petai Belado Ikan Bilis Paling Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Putih, Confirm Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Wow! Sangat detail. Mudah untuk korang faham cara buat kek ni. Yang first time baking pun boleh buat kek ni tau! Hanya chocolate filling je yang korang perlu double boil. Yang lain hanya gaul atau kaput balik dan masukkan dałam peti. Tak perlu kukus atau bakar.
Best sangat bila massue kat wall Facebook Encik Muhammad Ali. Rasa nak try semua jenis key yang beliau dah share. Korang yang suka buat kek untuk birthday anak-anak atau kesayangan. Elok usla kat wall Facebook beliau. Macam-macam jenis kek yang sedap korang boleh buat.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Encik Muhammad Ali kerana sudi berkongsi resepi chocolate lasagna yang super sedap dan tak manis ini di Facebook. Sure korang tak muak bila makan. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!