Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Peanut Butter Cookies. Biskut Raya Resepi Lejen Dulu -Dulu!
Selalunya kita jumpa waktu bila biskut peanut butter ni? Kalau nak makan banyak, waktu raya dekat kampung-kampung wajib ada biskut ni. Boleh dikatakan memang jadi salah satu biskut raya lah.
Rasa dia sedap, rangup dan wangi je. Bila gigit dengan kismis tu lagi lah rasa dia ngam. Tapi, nak buat biskut ni, bukan guna kismis je. nak buat guna choclat chip, chocolate rice pun boleh. Ade je yang buat dan sedap!
Perkongsian resepi lejen ni adalah milik Cik Puan MiszEl Bakri. Rajin betul beliau buatkan biskut peanut butter ni. Dah lah sedap, nak buat pun simple sangat-sangat. Paling syok, buat sekejap je dah boleh siap banyak.
Kalau sebelum ni nak dapat rasa biskut ni waktu raya je, tapi kalai tidak lagi. Bila ada bahan, boleh je nak buat bila-bila. Yang penting sekali, tak boleh buat sikit sangat. Makan depan tv memang cepat je lah habis.
Resepi biskut ni senang dan simple nak buat. Nak-nak lagi, bila pemilik resepi ni share dengan detail segala bahan yang digunakan dan step sy step nak hasilkan biskut yang sedap.
RESEPI PEANUT BUTTER COOKIES
Kalau nak rasa tapi malas nak buat, boleh je beli sebab ramai yang open jualan. Cuma kalau nak bagi pasangan kita rasa biskut sedap air tangan sendiri apa salahnya mencuba kan. Anak-anak pun berebut nak makan biskut lejen ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan tepung gandum
- 1 ½ cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 cawan gula kastor
- 1 cawan peanut butter
- 1 buku butter
- 1 biji telur
- 1 tutup botol esen vanilla
CARA PENYEDIAAN PEANUT BUTTER COOKIES :
▶ Mula-mula sekali, ayak tepung gandum, tepung jagung dan baking powder ke dalam 1 bekas.
▶ Dalam bekas lain, mix atau pukul butter dengan gula sehingga larut.
▶ Kemudian, pecahkan telur dan pukul lagi sehingga adunan nampak licin je.
▶ Bila adunan dah cantik, masukkan peanut butter. Peanut ni nak gunakan brand apa pun boleh. Kacau sampai semua adunan bercampur sekata.
▶ Seterusnya, masukkan tepung yang kita dah ayak tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan adunan yang dipukul.
▶ Kaup balikkan dengan menggunakan senduk. Pastikan semua bahan sekata dan sebati.
▶ Akhir sekali, masukkan adunan ke dalam acuan. Sapu acuan dengan marjerin dulu.
▶ Letakkan kismis di bahagian bawahnya. Isi adunan dan bakar dalam oven.
▶ Sebelum bakar, panaskan oven dulu tau.
▶ Bakar dnegan suhu 170’c selama 20 minit atau sehingga biskut kita masak.
▶ Dah siap masak, boleh keluarkan dari acuan dengan terbalikkan acuan. Sejukkan sekejap dan susun ke dalam balang.
BACA JUGA: Cara Buat Sup Siam Ala Kedai Thai . Guna Bahan Simple Je Tapi Hasil Dia Memang Marvellous!
Untuk korang yang nak buat campuran coklat chip. Masukkan coklat chip dalam adunan kemudian barulah masukkan ke dalam acuan sebelum dibakar. Rasa dia akan lebih sedap bila tergigit coklat chip yang kita gunakan.
Senang je kan nak buat biskut ni. Walaupun nama dia biskut lejen, tapi resepi ni sudah jadi resepi turun temurun sehingga ramai yang sekarang ni dah pandai hasilkan rasa biskut yang sedap.
Semoga perkongsian peanut butter cookies ni dapat memberikan manfaat buat korang semua. Jangan lupa sharekan di facebook supaya lebih ramai dapat manfaat yang sama. Selamat mencub!