Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Sup Siam Ala Kedai Thai . Guna Bahan Simple Je Tapi Hasil Dia Memang Marvellous!

Sup siam padu
0 6,522

Kalau korang buat sup, jangan buat sup biasa-biasa. Tapi cuba buat sup siam! Serious sedap dan bertambah nasi berkali-kali tau. Tak susah ke nak buat sup siam ni?

Mana ada yang susah kalau follow resepi Tuan Wan Luqman ni. Sebab beliau sangat suka bagi informasi dan resepi secara detail supaya kita yang follow dapat buat sama seperti beliau. Tak dapat banyak, sikit-sikit pun okay dah kan.

Kali ini, resepi Sup siam yang dikongsikan beliau tersangatlah simple. Bila bayangkan sup, memang banyak gunakan air sahaja. Tapi paling menarik, buat sup siam ni, beliau gunakan perencah sup siam adabi yang sedia ada sahaja.

Tapi, ada bahan-bahan yang digunakan bagi menyedapkan lagi rasa sup siam ni. Untung keluarga beliau kan, dah lah seorang yang rajin memasak, usaha untuk sedapkan makanan untuk hidangan keluarga.

Lagi untungnya kita lah sebab rajin beliau berkongsi untuk kita follow step by step cara memasak yang sama untuk hasilkan rasa yang marvellous macam beliau. Bila menjadi satu family puji kita masak sedap. Hehe

 

RESEPI SUP SIAM THAI

Untuk bahan sayur yang digunakan boleh ditambah atau dikurangkan mengikut banyai mana kita nak buat. Andai ada yang suka sayur, boleh extrakan sayur yang kita suka.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 paket sup siam adabi
  • 2 biji cili padi
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji limau nipis
  • 2 hiris tomato
  • Beberapa hiris batang saderi
  • Lobak merah
  • ½ biji kentang
  • Daging (tulang jika suka)
  • 1 sudu nampla ( sos ikan)
  • 200ml air
  • 1 sudu palm sugar @ gula biasa pun boleh

CARA PENYEDIAAN SUP SIAM THAI :

▶ Mula-mula rebus daging sehingga empuk.

▶ Then, panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai sedikit garing. Kemudian, masukkan sayur-sayuran termasuk ubi kentang. Masak sampai layu.

▶ Kemudian, masukkan sos ikan. Kacau sekejap, terus masukkan air  dan daging.

▶ Seterusnya, masukkan pes sup siam adabi. Rasa pes ni dah lengkap dengan  masam dan masin dia. Jadi, jika tak cukup masam boleh tambah tomato ye. Lagi masam, lagi sedap.

▶ Air rebusan daging jangan buang tau. Masukkan sedikit dalam sup kita. Kacau sampai semua bahan sekata.

▶ Kemudian, masukkan palm sugar jika ada. Kalau tiada, masukkan gula putih pun boleh. Kacau sekata, masukkan cili padi. Kalau nak pedas, cili padi ni titik dulu ye.

▶ Akhir sekali, tabur bawang holland dan tomato.

▶ Masak sampai kuah sup mendidih dan taburkan daun sup sebagai hiasan.

 

Dah siap sup siam ni, wajib makan sekali dengan sambal kicap dan telur dadar barulah lengkap satu hidangan persis kedai Thai kan. Sambal kicap boleh follow resepi dari Tuan Luqman ni jugak, saya kongsikan di bawah.

 

RESEPI SAMBAL KICAP PADU

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 1 sudu bawang goreng
  • Sedikit palm sugar
  • 6 sudu kicap manis
  • Perahan Limau nipis

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KICAP :

▶ Goreng cili padi dan bawang putih sehingga garing.

▶ Kemudian, masukkan ke dalam lesung. Masukkan bawang goreng ke dalam lesung bersama bahan tadi.

▶ Masukkan juga palm sugar dan tumbuk sampai hancur dan lumat.

▶ Bila dah hancur sedikit, masukkan kicap golek-golekkan alu lesung supaya bahan semua sekata.

▶ Perah limau nipis dan sedia untuk dihidangkan!

BACA JUGA: Resepi Buat Scone Tiga Versi Dalam Satu Adunan. Hidangan Ringkas Tapi Awesome!

Bila dah siap, makan dengan nasi panas-panas tau. Hidangkan untuk makan tengah hari atau makan malam memang terbaik! Sup ni tak pedas sangat pun tak apa sebab boleh pedaskan dengan sambal kicap. Anak-anak pun boleh makan bersama.

Bila makan sup siam Thai ni, memang rasa macam makan kedai lah. Silap-silap jadi lebih sedap dari kedai tau. Dan nak makan nasi dengan sup Thai macam ni, nasi pun memainkan peranan. Jangan terlalu lembut atau lembik.

Kalau korang yang baru nak cuba buat sup siam Thai n, boleh follow resepi Tuan Luqman ni. InsyaAllah confirm menjadi walaupun korang baru pertama kali buat!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open