Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Set Lengkap Nasi Ganja Dengan Ayan Goreng Dan Kuah Kari Mamak. Confirm Ketagih Dibuatnya!
Siapa pernah cuba makan nasi ganja? Resepi ni pernah popular satu ketika dulu. Dikatakan sesiapa saja yang pernah makan nasi ni, terus rasa ketagih dan nak makan lagi. Jom kita ikuti perkongsian resepi set lengkap nasi ganja!
Resepi nasi ganja kali ini akan dihidang bersama ayam goreng berempah dan juga kuah kari mamak. So, hari ini ketiga-tiga resepi akan dikongsikan untuk semua penggemar nasi ganja. Nak tahu sedap ke tak, apa kata anda cuba dirumah!
Selain dimakan dengan ayam goreng berempah, nasi ganja juga biasanya dihidang dengan ayam masak merah, daging hitam kandar dan dalca tulang. Untuk penyediaan nasi ganja pula ada keunikannnya. Apa pula yang unik tu?
Ha! ini dia. Bahan-bahan tumisan nasi ganja akan dimasak menggunakan sedikit minyak masak yang dicampukkan dengan minyak sapi. Memang lain rasanya! Lebih sesuai juga menggunakan bashmati untuk mendapatkan tekstur nasi yang cantik.
Resepi set lengkap nasi ganja ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ida Shahida ll. Beliau juga perolehi 3.5K share hasil perkongsiannya di Facebook. Pastinya ramai yang akan mencuba resepi ini dirumah.
RESEPI SET LENGKAP NASI GANJA :
Disebabkan kita hanya buat ayam goreng, jadi kita perlukan kuahnya juga. Baru lah sedap masa nak dimakan nanti. Untuk kuah kari nasi ganja yang ori, anda boleh campurkan bahan tambahan iaitu kas-kas. Terpulang ikut cita rasa masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
A. Bahan nasi ganja :
- 4 cawan beras = 6 cawan air (ikut je sukatan beras anda seharian)
- 3 cawan bashmati = 4 1/2 cawan air (sukatan untuk yang menggunakan bashmati)
- 4 biji bawang putih*
- 8 biji bawang merah *
- 3 btg kulit kayu manis*
- 3 kuntum bunga lawang*
- 5 biji buah pelaga*
- 3 biji bunga cengkih*
- 1 bungkus kecil Rempah Sup Adabi (serbuk)*
- 6-8 titis pewarna kuning telur (lebihkan kalau kurang)
- 6 sudu besar sos cili maggi
B. Bahan untuk ayam goreng nasi ganja :
- 1 ekor ayam (dipotong 12 ketul)
- 2 sudu serbuk kunyit
- 2 bungkus kecil rempah kari ayam
- 1 sudu serbuk ketumbar (Optional)
- 1 sudu kecil jintan manis (Optional)
- 3 tangkai daun kari (dimayang)
- sedikit garam dan gula
Bahan yang dikisar dengan sedikit air :
- 10 biji bawang merah
- 6 biji bawang putih
- 2 inci halia
- 2 btg serai
C. Bahan untuk kuah kari mamak :
- 2 bungkus kecil rempah kari ayam Allagapas/ babas
- 1 bungkus kecil rempah kari ikan
- 1 sudu serbuk cili
* Bahan rempah akan dicampur dan digaul dengan 1/2 cawan air.
Bahan tumbuk dan tumisan :
- 5 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 1 inci halia
- 1-2 kiub ayam
- Gula
- Garam
- Air asam jawa
- 4 cawan air
- 3/4 cawan minyak
CARA PENYEDIAAN SET LENGKAP NASI GANJA :
Cara penyediaan nasi ganja :
▶️ Masukkan minyak masak dan minyak sapi. Kemudian biarkan cair/ panas.
▶️ Tumis bahan-bahan yang bertanda * hingga wangi dan bawang menjadi layu.
▶️ Kemudian masukkan air, pewarna kuning serta sos cili maggi.
▶️ Perasakan dengan garam secukupnya.
▶️ Setelah mendidih, masukkan beras, kacau hingga air hampir kering. Tutup periuk dan kecilkan api.
▶️ Biar nasi tanak lebih kurang 5 – 7 minit. Bila nampak wap dah keluar dari tudung periuk, barulah tutup api dan biarkan sekejap dalam 5 minit sebelum dibuka tudung dan kareh rata. Siap nasi ganja!
Cara penyediaan ayam goreng nasi ganja :
▶️ Campurkan semua bahan kedalam mangkuk besar. Pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi ayam dengan sempurna.
▶️ Kacau dan sebatikan rempah. Kemudian, masukkan ayam dan perap sekurang-kurangnya 30 minit. Lagi lama lagi sedap!
▶️ Goreng ayam sampai bahagian isi betul-betul masak. Siap ayam goreng!
Cara penyediaan kuah kari mamak :
▶️ Panaskan minyak dalam periuk.
▶️ Bila minyak sudah panas, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai naik bau.
▶️ Bila dah naik bau, masukkan rempah yang dibancuh sedikit air tadi. Kacau rata sehinggan rempah naik minyak.
▶️ Setelah rempah naik minyak dan kelihatan warna merah, tambahkan dengan air dan biarkan mendidih seketika.
▶️ Kemudian, masukkan kiub ayam, gula, garam, 1/2 sudu paste asam jawa atau 1 sudu air asam jawa pekat.
▶️ Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan menjadi sedap. Siap kuah kari mamak!
▶️ Bolehlah dihidang ketiga-tiganya di dalam pinggan! Tuangkan kuah atas nasi ganja dan makan bersama ayam goreng. Pastinya enak!
BACA JUGA: Cara Buat Tuna Thai Bread Yang Gebu Dan Sedap. Resepi Ala Burger Malaysia Yang Wajib Di Cuba!
Nasi ganja ini biasanya dimakan dengan lauk berkuah. Jadi kalau pilihan anda adalah ayam boreng haruslah dimatchkan dengan kuah kari mamak. Tujuannya supaya hidangan nasi ganja itu tidak kelihatan kering.
Tips untuk isi ayam masak sempurna dan cantik. Boleh masak ayam yang belum diperap kedalam oven atau microwave. Masak lebih kurang 12-15 minit sahaja. Kemudian, barulah boleh diperap ayam tadi dengan rempah dan digoreng.
Hasil ayam yang digoreng nanti akan masak dengan elok didalamnya. Tips ini juga untuk mengelakkan ayam yang digoreng hangus dan tak masak isinya. Semoga resepi set lengkap nasi ganja ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!