Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lagend Cucur Jawa Sedap Marvellous. Tip Hasilkan Bunga Dia Jadi Cantik!

Cucur jawa sedap
0 3,865

Teringat waktu masih kecil, bila balik kampung mesti tok akan buatkan cucur jawa. Dan makan panas-panas memang sedap. Nak-nak lagi kalau buat sedikit rangup di bahagian tepinya tu.

Kuih cucur jawa ni ada pelbagai nama. Ada yang panggil kuih penyaram, ada juga gelarkan dengan kuih pinjaram mahupun topi Mexico. Macam-macam nama ada tapi kuihnya hanya satu jenis sahaja.

Orang-orang kampung Kawasan hulu atau pedalaman memang terkenal dengan kuih cucur jawa ni. malah ada juga Kawasan kampung yang tak pernah tahu pun kewujudan dan rasa cucur jawa ni.

Daripada resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Niessa Chang ni, resepi yang beliau share ni nampak sangat mudah dan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kalau ikut cara yang betul.

Sebab kuih ni, silap bancuhan, silap cara goreng, memang boleh menybabkan cucur jaw akita tak menjadi. Tak naik dengan elok dan jadi tak sedap bila ianya dimakan.

 

RESEPI CUCUR JAWA

Kebiasaannya, kuih cucur jawa ni dibuat untuk hidangan minum petang. Kalau di kampung saya, nak goreng cucur jawa ni akan gunakan kuali yang paling kecil sekali dengan api yang sederhana. Barulah cucur jawa kita menjadi.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg tepung gandum
  • 500 gram tepung beras (3 gajah)
  • 1kg gula apong / gula merah
  • 200 gram gula pasir
  • 6 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menggoreng

CARA PENYEDIAAN CUCUR JAWA :

▶ Mula-mula sekali, larutkan gula apong dan gula pasir bersama air. Nak guna hand mixer boleh atau nak guna stand mixer pun boleh. Asalkan larut sampai gula hancur.

▶ Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung beras dan juga tepung gandum.

▶ Gaul sebati semua bahan dantapiskan ke dalam bekas lain bertutup.

▶ Perap adunan semalaman dalam peti sejuk.

▶ Lebih kurang dalam 1 jam sebelum menggoreng, keluarkan dari peti ais dulu. Adunan ni lagi lama perap, lagi cantik bunga cucur jawa kita.

▶ Panaskan kuali dengan sedikit minyak.

▶ Goreng bila minyak dah panas dengan api yang kecil sahaja.

▶ Untuk hasilkan saiz yang sama, gunakan 1 acuan atau sukatan sahaja.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Sotong Campur Petai, Resepi Simple Wajib Cuba!

 

Wah! Betul-betul menggamit memori kalau dapat makan cucur jawa ni. Bila tanya resepi pada tok, tak berapa nak faham bila dia kongsikan. Bubuh ni sikit, masukkan tu sikit. Tapi tidak nyatakan secara tepat.

Bila dah ada resepi yang dikongsikan ni dengan lengkap rasa teruja nak cuba buat dan rasa. Senang nak faham resepi yang dishare ni. kalau tak dapat buat sekarang, sharekan je dulu supaya senang kita nak rujuk kemudian hari.

Saya harap perkongsian resepi cucur jawa ni, memberikan semangat dan manfaat kepada kita semua. Bila kita dah buat menjadi, baru semangat rasa nak kongsikan kepada orang lain pula kan. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open