Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ketupat Pandan Jagung Yang Beraroma Dan Sedap. Bau Pandan Semulajadi Ye!
Orang kata time raya je boleh makan ketupat. Tapi aku macam tak kenal hari. Tekak macam nak makan sekarang je. Lagi-lagi bila jumpa resepi ketupat pandan jagung ni kat Facebook. Mesti korang pun tak pernah cuba kan?
Jumpa je resepi ni terus aku terfikir, lama lagi nak raya. Tapi pejam celik, pejam celik. Mesti tak perasan nak masuk puasa. Dah puasa sebulan, tiba la raya. Raya tahun ni nak cuba buat ketupat pandan jagung ni la. Mesti tetamu pun suka.
Rindu pulak nak kumpul adik beradik bila nampak ketupat ni. Masing-masing duk jauh. Ingat, baik buruk adik beradik kita tetap mereka darah daging kita. Tak kan ada siapa yang boleh pisahkan. Sama la macam ketupat ni. Setiap tahun kita akan jumpa.
Resepi ketupat pandan jagung ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Sapina Shahabudin. Menurut beliau rasa ketupat ni lebih sedap dari ketupat biasa sebab aroma pandan yang semulajadi. Yang tertarik boleh la cuba.
Tak pernah sekali pun kita bosan makan ketupat kan. Perasan tak walaupun tak raya, ada je orang yang jual ketupat palas ni sekali dengan rendangnya. Ada jugak yang makan dengan dendeng ye.
RESEPI KETUPAT PANDAN JAGUNG
Tak nak buang masa, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan ketupat pandan jagung ni. Janji korang pandai nak pusing daun palas tu. Takut tak jadi je ketupatnya. Hihihi.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Stgh kilo pulut susu
- 250gram santan
- Setengah sudu teh gula
- Setengah sudu teh garam
- Air ikut sukatan bekas
- Santan + air pandan
- 3-4 helai daun pandan dikisar untuk airnya (tapis)
CARA PENYEDIAAN KETUPAT PANDAN JAGUNG :
▶️ Satukan semua bahan kecuali pulut.
▶️ Masak atas api hingga didih.
▶️ Masukkan pulut, kacau sebati hingga kering airnya.
▶️ Bila pulut dah sejuk, boleh la di balut menggunakan daun palas.
BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kuih Keria Gula Melaka Homemade. Rangup Dan Lembut Hasilnya!
Warna ketupat ni pun beza dengan ketupat palas yang biasa kita buat. Korang yang teringin nak cuba buat kat rumah, try la dulu. Raya nanti boleh tambah menu baru. Mesti ada tetamu yang suka versi ni. Boleh makan macam tu je kalau nak.
Mak aku kata tak susah pun nak ikat ketupat palas ni. Tapi aku buat tak pernah jadi. So, kali ni aku buat pulut kat dalam tu je. Mak dan adik aku kerja pusing daun palas. Macam tu la tugas kami setiap kali raya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Sapina Shahabudin kerana sudi berkongsi resepi ketupat pandan jagung beraroma ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!