Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cucur Ikan Bilis Nasi Yang Lembut Dan Sedap. Anak-Anak Pun Suka Makan Cucur Ni Tau!
Nah, ni dia resepi cucur ikan bilis nasi untuk korang cuba di rumah. Sesuai buat hidangan minum petang. Cucur ni siap ada nasi kisar dalam adunannya. Makan cucur ni dengan sos cili lagi sedap. Confirm bertambah-tambah dibuatnya!
Nasi yang tak habis şemalam boleh simpan dulu dalam peti untuk elak dari basi. Petang nanti boleh la korang keluarkan dan buat cucur ikan bilis nasi ni. Sedap sangat! Kenyang tau makan cucur ni sebab dah ada nasi didalamnya.
Nak buat cucur ikan bilis nasi ni tak susah pun. Teksturnya lembut je. Anak-anak dah tentu suka makan cucur ni sebab ikan bilis yang di campur dalam ni dah di tumbuk kasar. So, takde la anak-anak asingkan ikan bilis dari cucur ni nanti.
Resepi cucur ikan bilis nasi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Jaja Noriza. Resepi ni viral dan ramai orang share. Sampai hari ni, resepi ni dah cecah 1.8k share di Facebook. Nampak mudah je cara buatnya.
Biasanya bancuhan cucur ni main agak-agak je. Takde sukatan yang tepat pun. Telebih terkurang tambah je tepung atau air. Cuma pastikan bancuhan kena pekat. Kalau tak guna baking powder pun takpe janji adunan tu pekat.
RESEPI CUCUR IKAN BILIS NASI
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan cucur ikan bilis nasi ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Tepung gandum (anggaran 2 cawan)
- Nasi yang dikisar (anggaran 1 cawan)
- Segenggam ikan bilis (ditumbuk kasar)
- 1/2 biji bwg holland atau bawang besar
- Daun bawang, taugeh, kucai, cili merah (agak-agak)
- 1 biji telur
- Garam
- Serbuk kunyit
- 1 sudu teh baking powder (optional)
- Air sejuk
CARA PENYEDIAAN CUCUR IKAN BILIS NASI :
▶️ Campur bawang, taugeh, kucai, daun bawang, nasi, telur, ikan bilis dalam mangkuk dan kacau dulu.
▶️ Leastu tambah tepung dan gaul lagi. Letak sedikit air kalau terlalu pekat.
▶️ Kemudian, letak garam, serbuk kunyit dan baking powder secukupnya.
▶️ Kacau sebati adunan. Tak boleh cair nanti korang punya cucur leper. Mesti pekat macam dalam gambar tau.
▶️ Panaskan minyak kemudian ceduk adunan guna jari jemari je senang nak dapat bentuk bulat-bulat.
▶️ Goreng sampai garing dan angkat. Sedia dihidang!
BACA JUGA : Resepi Mee Ekonomi Yang Simple Untuk Breakfast. Masak Asing Ayam, Sayur Dan Cili Tau!
Nak adunan cucur kita ni garing, boleh letak marjerin dalan 2 sudu besar dalam adunan. Hasilnya cucur rangup dan lembut didalam. Nasi yang tak habis tengahari boleh jugak buat cucur untuk minum petang. Untuk malam karang, boleh masak nasi lain pulak.
Tak sabar pulak nak try buat cucur ikan bilis nasi ni kan. Sebelum ni tak pernah lagi cuba buat cucur macam ni. Dałam adunan cucur ni jugak boleh letak sayur taugeh. Lengkap dengan nasi, ikan bilis dan sayur. Sedap weh!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada ik Puan Jaja Noriza kerana sudi berkongsi resepi cucur ikan bilis nasi yang lembut dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!