Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Rendang Udang Galah Istimewa. Simple Tapi Rasa Memang Padu!

0 4,250

Kalau sebelum ni biasa dengar masakan rendang ayam, rendang daging waktu raya. Sekarang ni ada juga rendang kerang kan. Tapi korang pernah dengar rendang udang galah?

Bukan biasa-biasa rendang udang ni sekali makan, confirm akan terus suka! Sedapnya bila makan dengan nasi panas. Baik nasi putih atau nasi berperisa pun sedap tau.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Hidayati Hana kita ni, serious nampak senang dan siapa-siap pun mudah nak follow sebab resepi yang dishare ni lengkap step by step.

Untuk yang baru nak belajar masak, boleh cuba buat resepi masakan rendang udang ni. Confirm tak menyesal dan sudah pasti menjadi!

Jom sayang kongsikan step by step macam mana nak buat rendang udang ni apa bahan-bahan yang digunakan untuk hasilkan rendang yang sedap.

 

RESEPI RENDANG UDANG GALAH

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

  • Udang Galah secukupnya
  • 1 Kotak kecil santan
  • Sedikit daun limau purut
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 helai daun kunyit
  • Gula dan garam secukupnya

 

BAHAN KISAR :

  • 6 biji cili api nak pedas letak lebih
  • Segenggam cili kering – dipotong dan direndam air panas
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 2 batang serai

CARA PENYEDIAAN RENDANG UDANG GALAH :

▶ Mula-mula sekali, kisar sampai lumat semua bahan-bahan kisar.

▶ Panaskan minyak, dan tumis bahan kisar sehingga garing, dan pecah minyak.

▶ Kemudian, udang yang sudah dibasuh bersih boleh masukkan sekali dalam kuali setelah bahan tumis tadi pecah minyak.

▶ Seterusnya, masukkan santan dan juga daun limau purut.

▶ Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. Gunakan api yang sederhana je.

▶ Kemudian, masukkan bahan perasa iaitu garam dan gula.

BACA JUGA: Cara Buat Bubur Kacang Hijau Dengan Isi Durian. Hidangan Terbaik Untuk Minum Petang!

▶ Dan masukkan juga kerisik dan daun kunyit.

▶ Biarkan mendidih sehingga semua bahan masak.

▶ Bila rasa semua dah okay, boleh padamkan api.

Siap dan sedia dihidangkan!

Lepas ni bolehlah cuba buat rendang udang galah ni pulak dan hidangkan kepada family. Mana tahu ada yang suka dan kena dengan selera. Nak makan dengan nasi lemak pun macam sedap je kan.

Alang-alang ada udang dalam peti dan tak tahu dah nak masa kapa boleh try buat rendang udang marvellous ni. Confirm korang akan suka punyalah. Selain nasi putih dan nasi berperisa, boleh juga dibuat makan dengan pulut.

Kepada yang nak try tu, saya ucapkan selamat mencuba tau. Dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open