Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Rojak Mee Dan Kuah Rojak Guna Biskut Marie. Memang Sedap Sangat Jadinya!

0 708

Tak tahu nak buat minum petang apa hari ni? Ha! Apa kata kita cuba buat rojak mee dan kuah rojak guna biskut marie ni. Tak perlu menggunakan kacang pun, hasil kuah rojak yang dah siap memang sedap tak terkata.

Sejak-sejak duduk rumah ni, perut selalu je memanggil-manggil kelaparan. Rasanya baru je habis makan, tapi lapar je memanjang. Mungkin sebab dah bosan dan tak tahu nak buat apa kat rumah kot.

Rojak mee kali ini memang terlajak sedap. Nak buat pun tak susah. Yang penting semua bahan kuah, bahan hiasan dan bahan untuk mee dah lengkap. Sedap sangat dimakan panas-panas.

Dah banyak resepi kuah kacang yang digantikkan dengan biskut marie. Hasil kuahnya juga pekat dan sedap. Takde yang kurang, semuanya perfect. Siapa kata nak buat rojak mee ni susah? Kena cuba dulu, barulah tahu.

Resepi rojak mee dan kuah rojak yang sedap ini telah dikongsikan oleh Cik Puan SuiSan Aliezsha melalui perkongsiannya di Facebook. Yang dah lama tak pekena rojak mee, apa kata kita layan resepi ni hari ni.

 

RESEPI ROJAK MEE DAN KUAH ROJAK

Tak nak buang masa lagi, tentu ramai yang tak sabar nak cuba resepi ni dirumah kan. Jom kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Sebelum terlupa resepi ini juga lengkap dengan kuih rojak sekali tau. Rugi sangat tak cuba, memang sedap!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan hiasan :
  • Tauhu putih (goreng dan dipotong-potong)
  • Kentang (direbus sampai empuk, ditoskan dan dipotong)
  • Telur rebus (dibelah 2)
  • Taugeh
  • Lada besar
  • Timun
  • Mee kuning

 

Bahan untuk kuah :
  • 1 paket biskut marie cap ping pong (dipatah-patahkan)
  • 3 biji kentang rebus (dikisar)
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Cili kering(dikisar)
  • Udang kering (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)

 

Bahan untuk kuih rojak :
  • 2 senduk Tepung gandum
  • 2 sudu besar yis
  • Daun kucai (Optional)

CARA PENYEDIAAN ROJAK MEE DAN KUAH ROJAK :
Cara penyediaan kuah rojak :

▶️ Tumis sedikit minyak dan masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi kecuali kentang. Masak sehingga naik minyak.

▶️ Masukkan air, selepas mendidih masukkan kentang

▶️ Kemudian, masukkan biskut marie dan kacau sehingga biskut hancur.

▶️ Masukkan tepung jagung dan pastikan gula dan garam secukup rasa.

 

Cara penyediaan kuih rojak :

▶️ Satukan tepung gandum, yis dan secubit garam. Bancuh jangan terlalu cair.

▶️ Masukkan kucai dan perap dalam beberapa minit.

▶️ Kemudian, goreng menggunakan hujung sudip untuk dapatkan kuih rojak yang panjang-panjang. Nak goreng cara apa pun tak kisah.

▶️ Potong kuih rojak untuk dihidang!

Cara hidang rojak mee dan kuah rojak : 

▶️ Masukkan mee, bahan-bahan hiasan dan kuih rojak yang siap dipotong-potong.

▶️ Tuangkan kuah rojak ikut banyak yang anda suka. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Tart Telur Atau Tart Coklat Melting Guna Kuali. Inti Lembut Dan Crust Crunchy!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas syok sangat. Tak salah kan sekali sekala bertukar selera. Anak-anak dan suami pun mesti suka. Yang tak kawen lagi, boleh cuba hidangkan untuk mak ayah. Pasti mereka seronok!

Yang dah takde idea untuk minum petang, anda boleh cuba resepi ni. Nak cari rojak mee musim pkp ni risau juga. Lebih selamat kalau kita buat sendiri dirumah. Selain daripada jimat dan boleh makan banyak, keselamatan kita juga terjamin.

Kepada semua penggemar rojak mee, jangan bimbang kalau tak dapat makan kat luar lagi. Cuba asah skill buat sendiri dirumah. Lagi puas hati! Semoga resepi rojak mee dan kuah rojak guna biskut marie ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open