Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Chili Oil Asli China Homemade. Makan Dengan Wantan Memang Sedap!
Siap pernah buat chili oil? Chili oil ni famous di kalangan orang china. Kat tempat aku, chili oil ni mesti ada kat restoran cina muslim. Buat makan dengan mee. Hari ni, aku dah jumpa resepi chili oil asli China. Boleh la buat kat rumah nanti.
Setiap kali makan kat restoran cina muslim tu, mesti kami sekeluarga akan tuang sesudu dua chili oil ni dalam mee. Buat penambah rasa. Sedap ye! Chili oil ni biasa di hidang bersama wantan. Korang nak makan dengan steamboat pun boleh.
Cili oil ni tahan lama ye. Boleh simpan dalam peti. Kenapa dia tahan lama sebab dia di masak dengan minyak yang banyak. Takde sedikitpun campuran air. Nak ambil chili oil ni pun kena patikan guna sudu yang betul-betul kering.
Ha, resepi chili oil ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Ju Zue. Chili oil ni boleh juga dijadikan sos pai tee. Ramai tau yang share resepi ni kat Facebook. Mesti masing-masing dah nak buat kat rumah kan.
Menurut Cik Puan Ju Zue, resepi ni merupakan resepi asli dari orang cina. Tapi diubah sedikit bahan-bahannya menggunakan bahan yang dibuat sendiri. Tapi rasanya tetap sama sedap macam resepi asli chili oil orang cina.
RESEPI CHILI OIL ASLI CHINA
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan chili oil asli cina ni. Kalau semua bahan dah lengkap boleh la kita buat terus kat rumah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk cili :
- Cili serbuk babas 60gram
- Cili kisar/flakes/ground 40gram (yang ni buat sendiri)
- Kacang goreng hancur 25gram (yang ni buat sendiri)
- Bijan putih 20gram (sangai dulu)
- Gula
- Garam
- Minyak masak (100gram untuk gaul dengan cili)
Bahan minyak beraroma :
- Minyak masak 300gram
- Setengah ikat daun ketumbar
- Bawang putih 4 ulas.
- Bawang merah 1 biji
- Daun bawang 2 batang
- Bay leaf/daun salam 4 keping
- Bunga lawang 3-4 kuntum
CARA PENYEDIAAN CHILI OIL ASLI CHINA :
▶️ Dalam satu bekas. Campur cili serbuk, cili kisar, gula, garam. Masukkan minyak masak dan kacau-kacau hingga sebati dan basah.
▶️ Masukkan bijan putih dan kacang goreng hancur.
▶️ Dalam kuali lain panaskan minyak. Campur bahan bahan minyak beraroma. Kacau sampai layu. Dah layu tapis bahan bahan dan ambik minyak sahaja.
▶️ Campurkan 1-2 senduk minyak panas dalam bekas campuran cili tadi. Kacau dan kacau.
▶️ Kemudian campur lagi 1-2 senduk kali kedua. Dan kacau kacau kacau.
▶️ Masukkan lagi baki minyak dan kacau-kacau sampai sebati. Siap!
BACA JUGA : Resepi Cendawan Tiram Goreng Cili Api Yang Simple Dan Sedap. Confirm Terangkat Dibuatnya!
Kat Sabah, mee basah biasanya akan di makan bersama chili oil ni. Perah pulak limau kat mee tu lagi sedap. Sampai kuah mee basah tu kering aku kerjakan. Adik aku kata, nak aku jugak yang adjust cili dan limau dalam mee basah yang dia makan tu. Baru ngam dengan tekak.
Aku sangat suka masakan cina muslim. Ngam dengan tekak. Pedasnya pun just nice. Mak aku sebelum ni asyik beli je chili oil ni untuk stock kat rumah. Lepas ni mak jangat risau. Kita buat sendiri je kat rumah. Lagi puas hati!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Ju Zue kerana sudi berkongsi resepi chili oil asli china homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!