Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Cendawan Tiram Goreng Cili Api Yang Simple Dan Sedap. Confirm Terangkat Dibuatnya!
Menu hari ni resepi cendawan tiram goreng cili api. Layan lauk ni dengan ikan masin goreng pun dah cukup. Confirm bertambah nasi dibuatnya! Kalau dapat cendawan busut lagi sedap masak macam ni. Korang try la nanti.
Setiap kali balik kampung, mesti aku singgah beli cendawan kat jalan airport. Cendawan yang di jual kat situ cantik-cantik ye. Balik nanti mesti abah aku masak tumis je cendawan tu. Satu rumah hantu makan cendawan ye.
Cendawan ni boleh di masak pelbagai. Antara hidangan cendawan yang paling sedap adalah cendawan goreng. Tapi hari ni aku rajin sikit nak cari menu berasaskan cendawan. Jumpa la pulak resepi cendawan tiram goreng cili api ni. Nampak sedap ye.
Yang suka makan cendawan plus suka makan pedas, korang kena follow resepi cendawan tiram goreng cili api yang dikongsikan oleh Cik Puan SuiSan Aliezsha ni. Tengok kat gambar je aku dah terliur dibuatnya. Belum masuk kat tekak lagi.
Mak-mak yang dah takde idea sangat nak masak, boleh la korek resepi kat blog ni. Banyak lagi resepi menarik yang korang boleh dapat. Resepi lengkap, jelas dan mudah di faham. Yang tak reti masak pun, dah boleh masak lepas ni.
RESEPI CENDAWAN TIRAM GORENG CILI API
Resepi ni tak guna banyak bahan pun. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan cendawan tiram goreng cili api ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Cendawan tiram (cuci bersih-bersih toskan)
- Cili api
- Kunyit hidup
- Ikan bilis
- Bawang merah
- Bawang putih
- Serai (ditumbuk)
- Sedikit sos tiram
CARA PENYEDIAAN CENDAWAN TIRAM GORENG CILI API :
▶️ Panaskan minyak tumis bahan-bahan sehingga kekuningan.
▶️ Masukkan sos tiram & cendawan. Kemudian, kacau dan sebatikan. Dalam beberapa minit je boleh tutup api.
▶️ Tak perlu masak lama-lama ye & tak perlu letak air. Nanti cendawan akan keluarkan air.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Bebola Ubi Cameron Highlands Ungu Dan Oren. Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!
Simple macam yang aku cakap. Ni kalau abah aku tau ada menu cendawan menarik macam ni. Mesti dia nak cuba. Lagi-lagi resepi sayur kegemarannya. Untung tau dapat ayah yang pandai masak macam abah aku.
Abah memang rajin masak. Sampai aku dah besar panjang pun dia still masak untuk anak-anak bila berkumpul. Lauk ni korang nak makan dengan ikan goreng je pun dah sedap. Confirm repeat masak lagi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi cendawan tiram goreng cili api ini di Facebook. Semoga ianya memberi manfaat buat kita semua. Selamat mencuba!