Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Mudah Sangat Buat Sosej Ayam Tambah Sayur Ni. Lebih Sihat Untuk Anak-Anak Makan!

0 544

Anak-anak korang suka makan sosej? Baik buat sendiri sosej homemade. Lebih bersih dan sihat untuk anak-anak makan. Siap boleh campur sayur lagi. Korang follow je resepi sosej ayam tambah sayur ni kat sini. Nak guna apa-apa jenis sayur pun boleh.

Bab makan ni memang jadi masalah kat anak-anak. Frozen food lah yang diaorang suka makan. Tapi kali ni, saya syorkan korang buat sosej sendiri kat rumah. Boleh ajar anak-anak makan sayur sekali. Korang campur je sayur tu dalam adunan sosej nanti. Sedap tau!

Sebenarnya buat sosej ni tak susah pun. Korang cuma perlu kisar je ayam, sayur dan bahan-bahan lain sehingga hancur. Kemudian, masukkan dalam plastik ais krim dan rebus sekejap sebelum di Frozenkan. Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam peti. Bila-bila nak makan boleh ambil je.

Sosej ni juga sama dengan sosej yang korang biasa beli kat luar. Sedap dimakan dengan sos dan mayonis. Cara masak sosej yang difrozenkan pun sama dengan sosej lain. Boleh goreng, rebus atau masak dalam air fryer. Nak lagi mudah korang masak je guna air fryer. Lebih sihat tanpa minyak.

Resepi sosej ayam tambah sayur ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norazlin Abd Rahman. Resepi ni viral tau. Mesti semua ibu-ibu memilih untuk buat sosej sendiri dari beli kat luar lepas jumpa resepi ni kan. Jimat, sedap dan sihat!

 

RESEPI SOSEJ AYAM TAMBAH SAYUR

Tak nak buang masa lagi. Mesti ada yang dah tak sabar nak buat stok sosej sendiri kat rumah. So, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan di bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 4-5 ketul dada ayam
  • 2 biji telor
  • Daun sup + carrot/ apa-apa je jenis sayur
  • Sebiji bawang besar
  • 4-5 ulas bawang putih
  • Sedikit lada hitam, lada sulah dan garam
  • 4 sudu tepung ubi

CARA PENYEDIAAN SOSEJ AYAM TAMBAH SAYUR :

▶️ Campurkan kesemua bahan dan bland.

▶️ Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim. Ikat hujung kiri dan kanan.

▶️ Kemudian, rebus/kukus dalam 10-15 minit. Siap dan boleh keluarkan dari plastik ais.

▶️ Ini yang dah siap goreng. Sedap tau!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kek Pandan Yang Gebu Dan Lembut. Blend Dan Masak Guna Air Fryer Je. Senang!

 

Dah boleh frozenkan atau terus di goreng. Kalau nak makan yang dah rebus macam tu pun sedap. Lagi sihat sebab tak menggunkan minyak. Kekadang risau juga bagi anak-anak makan sosej kat luar tu. Tak tahu bersih ke tak. Lebih baik buat sendiri kan.

Anak-anak yang tak makan sayur, boleh dah latih dengan cara ni. Diaorang tak tahu pun dalam sosej ni ada sayur. Sebab dah hancur dan rasa ayam je lebih. Okey, dah boleh save siap-siap resepi ni. Bila-bila nak buat, tinggal follow je resepinya di sini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norazlin Abd Rahman kerana sudi berkongsi resepi sosej ayam tambah sayur ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Barulah di jamin sihat makanan anak-anak korang lepas ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open