Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kacang Pool Makan Dengan Roti Bakar Untuk Sarapan Pagi Anda. Sedap Sangat!
Resepi kacang pool atau nama lainnya medames ful sangat popular di Johor dan juga Singapura. Tetapi asalnya dibawah masuk oleh orang Arab. Menu ini akan dimasak dengan daging cincang dan juga kacang pool atau apa saja jenis kacang.
Antara kacang lain yang boleh dimasak resepi ini adalah baked beans, red beans ataupun chick peas. Kacang pool akan dilenyekkan dan dimasak dengan bahan-bahan lain dan dicampurkan juga serbuk kari dan beberapa jenis serbuk didalamnya.
Kacang pool akan dihidang dan dimakan bersama roti bakar yang disapu dengan butter atau marjerin. Sangat sedap rasanya. Sesuai juga dijadikan menu sarapan pagi anda bersama keluarga.
Kebiasaannya kacang pool akan dihidang dengan telur mata, bawang besar yang dipotong dadu, cili hijau, cili padi dan juga limau kasturi. Orang Johor atau mereka yang selalu berkunjung ke Johor pasti tahu keenakan resepi ini.
Macam-macam resepi kacang pool yang ada. Nak makan kacang pool macam tu pun sedap. Tapi untuk kali ini anda boleh mencuba resepi kacang pool yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Haszahdi Hassan.
RESEPI KACANG POOL
Nak lebih mudah, boleh beli kacang pool tin je. Tak kisalah jenama apa pun. Kalau tak ada boleh gunakan kacang parang atau kacang merah. Lenyekkan kasar sebelum dimasak. Ada juga yang hasilkan kacang pool pekat dan ada juga sedikit cair.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
- 1 tin Kacang Pool/ Kacang Parang (dilenyek kasar)
- 1 Tin kacang Panggang (dilenyek halus atau blendkan)
- 700 gram Daging (dicincang)
- 1 Kiub Pati Ayam
- Sedikit Minyak Masak
- 3 Sudu Besar Minyak Sapi
- Sedikit Garam
- Sedikit Gula
Bahan B : Satukan
- 1 Sudu Besar Rempah Kari Daging
- 1 Sudu Besar Serbuk Lada Hitam
- 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Putih
- 1 Sudu Besar Serbuk Jintan Manis
- 1 Sudu Besar Serbuk Ketumbar
Bahan C : Dikisar
- 3 Ulas Bawang Besar
- 3 Ulas Bawang Merah
- 5 Ulas bawang putih
- 3 Inci Halia
Bahan untuk hiasan :
- Telur mata goyang
- Bawang besar (dipotong dadu)
- Cili hijau (dipotong serong)
- Cili Padi/ Cabai Melaka (dipotong serong)
- Limau kasturi
CARA PENYEDIAAN KACANG POOL :
▶️ Mula-mula masukkan minyak dan juga minyak sapi ke dalam periuk, tumis bahan C yang telah diblend tadi.
▶️ Masak sehingga naik bau, kemudian masukkan daging cincang dan bahan rempah. Kacau sehingga daging masak.
▶️ Kemudian, masukkan kacang panggang dan kacang pool yang telah dilenyekkan.
▶️ Masukkan sedikit air, kiub ayam, gula dan garam. Masak sehingga mendidih.
▶️ Sedia untuk dihidangkan bersama roti bakar dan bahan untuk hiasan.
BACA JUGA: Resepi Nasi Lemak Daun Simpoh Yang Dimasak Pakai Santan Kotak Dan Juga Halba. Sedap Sangat Hasilnya!
Sangat mudah nak hasilkannya. Untuk mereka yang biasa makan kacang pool tin dan dihidang dengan roti bakar, apa kata anda cuba resepi kacang pool Johor style ini pula. Sekali cuba pasti nak lagi.
Makan dengan roti bakar yang dicampur dengan telur mata sangat padu rasanya. Ada yang memasukkan kacang pool kedalam roti ada juga yang mencicah roti kedalam kacang pool.
Kepada mereka yang belum pernah mencubanya. Apa kata buat secara homemade. Musim PKP macam ni nak kena banyak idea memasak. Semoga resepi kacang pool ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!