Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Ekonomi Yang Simple Untuk Breakfast. Masak Asing Ayam, Sayur Dan Cili Tau!

0 84

Nah, resepi mee ekonomi untuk breakfast korang hari ni. Lain dari yang lain tau cara masak mee ni. Masak asing ayam, sayur dan cili. Korang nak tahu macam mana cara penyediaan mee ekonomi ni, boleh la follow resepi dia kat sini.

Mee ekonomi ni masak biasa je kosong guna kicap dan bawang. Boleh masak macam mee goreng biasa yang korang buat. Kemudian, sediakan hidangan asing iaitu cili dan terung sumbat isi ayam. Memang nikmat makan dengan kuah cili tau.

Tak pernah lagi jumpa kedai makan yang jual mee ekonomi macam ni. Biasanya dalam mee goreng ni kita buh sayur hijau je. Kali ni kita guna terung. Nampak pelik, tapi kalau tak cuba mana nak tahu sedap atau pun tak kan.

Best makan mee ni, sebab anak-anak pun boleh makan. Anak-anak boleh makan mee saja dengan sayur terung. Dan kita yang dewasa pulak boleh makan mee ni dengan cili sumbat ayam. Makan mee ni pedas-pedas baru la sedap kan.

Resepi mee ekonomi ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik JuniorJr Joseph. Sangat simple cara penyediaannya. Isi ayam yang banyak dalam peti tu try sumbat dalam cili dan terung. Sedap jugak makan dengan nasi putih.

 

RESEPI MEE EKONOMI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan mee ekonomi yang simple tapi sedap ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Mee kuning
  • Isi dada ayam

  • Terung
  • Cili panjang
  • Tepung kanji/ Gandum

CARA PENYEDIAAN MEE EKONOMI : 

▶️ Mula-mula rendamkan mee dengan air bersih, toskan air yang pertama untuk kurangkan minyak dan pewarna dalam mee kuning.

▶️ Seterusnya gorengkan mee tersebut seperti biasa.

▶️ Potong cili buang biji cili dan potong-potong terung mengikut size yang sesuai seperti dalam gambar.

▶️  Cincang daging ayam halus-halus dan gaulkan sedikit tepung bersama daging ayam cincang tadi.

▶️ Seterusnya sumbatkan pada cili dan terung tadi sehingga padat.

▶️ Rebus kedua dua cili dan terung sumbat tersebut dengan api slow. Toskan bahan dan langkah seterusnya goreng didalam 8-10 minit.

▶️ Untuk kuah pulak, tumiskan bawang putih dan letak sedikit sos tiram tambahkam sedikit air.

▶️ Tuangkan ke dalam cili dan terung yg sudah digoreng. Siap!

 

BACA JUGA : Kuih Tradisional Bugis Pisang Hijau Sabah. Resepi Simple Tapi Confirm Sedap Sangat!

 

Dah siap pun mee ekonomi kita. Baru ni aku dapat satu tips masak mee tanpa rasa kapur. Kena bilas cepat-cepat mee tu supaya tak mengembang. Sama macam resepi ni yang mana mee perlu direndamkan dan ditos untuk kurangkan minyak dan pewarna.

Wah! Tak pernah lagi jumpa cili sumbat macam ni. Nak makan lauk terung sumbat ayam dan cili sumbat ayam ni dengan nasi putih panas-panas pun sedap tau. Jangan lupa buat kuah bawang putih dia sekali untuk melazatkan lagi hidangan ni.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pemilik Facebook Encik JuniorJr Joseph kerana sudi berkongsi resepi mee ekonomi yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open