Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ketam Masak Lemak Nenas Terangkat. Simple Tapi Sangat Sedap Hasilnya!

0 10,816

Masak apa malam ni? Dah bosan makan makanan raya? Apa kata kita masak ketam ala lauk kampung pula. Simple tapi memang sedap! Ini dia resepi ketam masak lemak nenas terangkat. Memang boleh terangkatlah dibuatnya.

Nak makan ketam kenalah pandai siang. Kalau tak tahu juga boleh belajar dan tengok kat youtube. Dan pastikan ketam yang digunakan fresh ye. Kalau tak fresh nanti kacau mood nak makan pula.

Masak lemak ini boleh dipelbagai. Selain menggunakan ketam, masak lemak juga sangat sinonim dengan ayam, ikan dan juga sayur-sayur kampung. Masak lemak ini sedap juga di hidang dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

Masak lemak ketam kali ini dicampur nenas dalam masakannya. Lengkap dengan rasa lemak, masam dan pedas. Kalau nak masak sepedas lemak cili api pun boleh. Sedap sangat dimakan dengan nasi putih panas yang dibanjiri kuah masak lemak ni.

Resepi ketam masak lemak dengan nenas ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Asrinna Bakri. Pekat je kuahnya. Nak ratah ketam sambil hirup kuah lemak ni pun boleh.

 

RESEPI KETAM MASAK LEMAK NENAS TERANGKAT

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaannya. Sesuai sangat dijadikan lauk makan malam anda sekeluarga. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 8 ekor ketam
  • 1 batang serai
  • 2 inci halia
  • 3-4 ketul kunyit
  • 4-5 biji bawang merah
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 biji nenas kecil
  • 1 kotak santan
  • Cili padi (ikut tahap kepedasan)

CARA PENYEDIAAN KETAM MASAK LEMAK DENGAN NENAS :

▶️ Kisar bawang merah, halia, cili padi dan kunyit.

▶️ Panaskan minyak. Tumis serai yang dah diketuk. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan ketam dan nenas. Kemudian, masukkan air. Agak-agak sampai ketam tenggelam. Masukkan sedikit santan dulu.

▶️ Biarkan mendidih dalam 10-15 minit macam tu. Perasakan dengan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.

▶️  Tutup api dan masukkan baki santan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Chocolate Almond Cornflake Crunchy. Mudah, Cepat Siap Dan Cepat Habis!

 

Masak lemak ramai penggemarnya. Tak kira apa saja lauk yang digunakan tetap ada penggemarnya yang tersendiri. Seperti yang kita tahu, masak lemak lebih enak dipedaskan. Tahap kepedasannya boleh dikawal ikut citarasa masing-masing.

Penggemar seafood wajib cuba resepi ni. Kalau ada lebihan nasi impit raya pun boleh dimakan dengan masak lemak ketam ni. Ala-ala lontong jadinya. Untuk elakkan rasa tak puas nak makan, wajib guna ketam fresh.

Macam-macam lauk kampung ada diblog ni. Yang mana satu pilihan hati anda. Search je! Semoga resepi ketam masak lemak nenas terangkat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open