Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Kuih Tradisional Bugis Pisang Hijau Sabah. Resepi Simple Tapi Confirm Sedap Sangat!
Di Sabah ada pelbagai kaum. Setiap kaum ada makanan tradisionalnya yang tersendiri. Sama jugak dengan suku kaum bugis. Pisang hijau Sabah ni merupakan kuih tradisional suku kaum bugis yang ramai penggemarnya.
Yang pernah datang ke Sabah, mesti pernah try makan pisang hijau Sabah ni kat pasar filipina kan. Tengok kat gambar pun dah terliur dibuatnya. Kuih ni boleh dijadikan dessert untuk minum petang sekeluarga.
Asalnya kuih ni merupakan kuih yang berasal dari Indonisia. Jugak terkenal dikalangan suku kaum bugis yang tinggal di Sabah. Dihidang dengan kuah santan bercampur siram. Rasa lemak manis bila di makan nanti.
Apa itu pisang hijau? Pisang hijau adalah pisang yang dibalut dengan adunan tepung berwarna hijau dan dihidangkan kuah santan campur siram. Nak makan pisang hijau ni dengan ais kapel pun boleh ye. Sedap makan sejuk-sejuk.
Resepi pisang hijau Sabah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Fazilah Abidin. Beliau jugak merupakan anak jati Sabah yang berbangsa bugis. Pandai memasak orangnya. Cantik dan ada kembar pulak tu.
RESEPI PISANG HIJAU SABAH
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pisang hijau Sabah ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti di bawah. Tak guna bahan banyak pun.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A : untuk kulitnya sama seperti buat kuih dadar
- Tepung gandum
- Telur 1 biji
- Garam
- Daun pandan
- Air
- Pewarna hijau
Bahan B : untuk buat kuahnya
- Tepung beras
- Santan
- Gula pasir
- Air sirap
Bahan C :
- Pisang raja di rebus
CARA PENYEDIAAN PISANG HIJAU SABAH :
Cara penyediaan bahan A :
▶️ Satukan tepung gandum, telur, garam dan pewarna hijau.
▶️ Blender daun pandan dengan air.
▶️ Masukkan ke dalam tepung air pandan yang dah blender. Gaul sebati.
▶️ Kalau nak tepung tu tak berketul-ketul blender tepung tu.
▶️ Lepastu buatlah kulit tu macam buat kuih dadar.
▶️ Selepas masak kulit tu, gulung dengan pisang raja yang dah rebus tadi. Siap!
Cara penyediaan bahan B :
▶️ Masukkan santan dalam periuk kacau sehingga mendidih.
▶️ Kemudian, masukkan tepung beras sikit demi sedikit. Jangan terlalu cair dan pekat.
▶️ Masukkan gula dan siap!
▶️ Buat air sirap sikit letak gula, lepstu curah kat pisang hijau yang telah dihidang.
BACA JUGA : Resepi Sotong Dengan Sauce Ala Thai Yang Mudah Dan Confirm Sedap. Rasa Masam Manis Pedas Semua Ada!
Lagi sedap kalau letak ais batu dałam pisang hijau ni. Dan hidang sejuk-sejuk. Nikmat makan tengah cuaca panas ni. Nak kata pengat pisang tu bukan jugak. Nak kata abc pun tak jugak. Kalau nak tahu rasa pisang hijau ni kena la cuba kat rumah nanti.
Nampak sedap sangat kan. Orang Sabah yang dah lama merantau boleh jumpa orang jual pisang hijau ni kat belah-belah Selangor. Tapi kalau buat sendiri pun tak susah mana cara penyediaannya. Nak sedap, kena guna pisang raja tau.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Fazilah Abidin kerana sudi berkongsi resepi pisang hijau Sabah yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!