Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Tomyam Sedap Ala Thai. Rasa Lemak Berkrim Ni Pasti Buat Anda Menjilat Jari
Biasa kalau kita buat tomyam, campak-campak sahaja dah siap. Itu lah bezanya tomyam rumah dengan tomyam kedai. Lagi-lagi tomyam Thai. Memang padu lah rasa dia!
Kalau kita ni kaki tomyam, memang tahu dah jenis mana yang sedap dan memukau. Kadang-kadang kan, sesekali rasa nak makan tomyam tu, boleh lah kita buat sendiri tapi follow resepi macam kedai ni.
Bila dah rasa, confirm akan suka dan jatuh cinta. Jangan lupa hidangkan dengan telur dadar, dan sayur kalian ikan masin ye. Dalam tomyam pula letakkan banyak binatang. Fuuh!
Jom kita tengok perkongsian yang saya dapat dari Facebook Hafiz Rahman ni. Nampak mudah dan sedap!
RESEPI TOMYAM LEMAK BERKRIM
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Sedikit isi ayam dan tulangnya ( jika ada )
- 3 ekor udang
- 1 ekor sotong
- Sedikit lengkuas
- 2 batang serai ( diketuk )
- 3-4 helai daun limau purut
- 1 peket pes tomyam
- 1 biji limau nipis
- Santan kotak ( yang kecil )- nak pakai apa – apa jenama pun boleh
- ½ biji bawang besar
- 1 biji tomato ( dibelah 4 )
CARA PENYEDIAAN TOMYAM LEMAK BERKRIM :
▶ Mula-mula, panaskan minyak dan tumis setengah pek pes tomyam. Setengah lagi, simpan dulu sekejap.
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan ayam, kepala udang, serai, lengkuas, akar daun ketumbar.
** Akar daun ketumbar tu basuh bersih-bersih sebab ini lah resepi rahsia untuk sedapkan tomyam kita. Cuba lah! Tomyam kita pasti akan rasa sedap.
▶ Gaul sebati semua bahan tadi. Masak seketika. Masukkan santan. Separuh kotak pun dah cukup.
▶ Kacau sebentar dan biarkan seketika. Kemudian, barulah masukkan air. Kacau sebati sehingga kuah tomyam kita mendidih.
▶ Bila dah mendidih, boleh lah letakkan bahan-bahan yang lain seperti udang, ayam, dan sotong tadi.
▶ Masukkan daun limau purut dan juga perahan limau nipis. Jika suka masam, masukkan extra.
BACA JUGA: Aneka Resepi Berasaskan Milo Yang Unik Dan Sedap. Jangan Pandang Rupa Tapi Cuba Rasa Comfirm Suka!
▶ Waktu ini, masukkan baki pes tomyam kita tadi. Kacau sekata dan semua bahan sebati.
▶ Masukkan bawang dan tomato jika ada. Perasakan dengan garam dan gula.
▶ Jika dah okay, boleh padamkan api.
▶ Sedia untuk dihidangkan untuk makan malam yang sempurna!
Perrgh! Baru je baca resepi tomyam yang dikongsikan, tapi dah rasa tak sabar nak makan. Sedapnya kalau dapat makan dengan nasi panaas-panas. Kepada yang minat tomyam, boleh lah masukkan jenis lemak berkrim ni dalam list untuk cuba.
Saya yakin, setiap orang yang rasa pasti akan suka. Cuma jika tak suka masam, boleh kurangkan. Semua bahan-bahan yang digunakan di atas boleh diubah ikut kesesuaian dan bilangan orang nak makan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!