Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Daging Masak Kari Campur Rebung Madu. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Kebetulan ada rebung kat rumah. Teringin pulak nak cuba resepi daging masak kari campur rebung madu ni. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya!
Baru ni je aku belajar makan rebung. Tapi tak campur dalam daging. Masak rebus macam tu je dan makan dengan sambal belacan. Masak kari ni korang nak makan dengan roti canai paratha pun sedap.
Jimat masa masak lauk ni. Dah ada lauk daging dan sayur sekali. Tinggal hidang nasi putih je siap! Masak kari daging ni ramai penggemarnya. Tapi aku tak pernah lagi campur dengan rebung. Baru ni nak cuba.
Resepi daging masak kari campur rebung madu ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan SuiSan Aliezsha. Nampak ramai yang minat nak cuba resepi ni. Mesti semua penggemar masak kari kan.
Ingatkan rebung ni pahit. Rupanya bau je yang tak sedap. Rasa lemak kat mulut bila di rebus. Masa pergi Cameron Highlands banyak jumpa rebung ni kat tepi jalan. Sempat la beli sikit masa nak balik tu.
RESEPI DAGING MASAK KARI CAMPUR REBUNG MADU
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan daging masak kari campur rebung madu ni. Step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daging batang pinang
- Cili kering & kunyit hidup (diblend)
- Bawang merah, bawang putih, halia (diracik)
- Daun kari & penumis
- Rempah daging babas (disatukan dengan cili kering yang siap diblend)
- 2 biji kelapa parut (bergantung banyak mana daging yang dimasak)
- Rebung madu
- Asam keping & sedikit gula merah
CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK KARI CAMPUR REBUNG MADU
▶️ Panaskan minyak, masukkan penumis, hirisan bawang dan daun kari.
▶️ Dah kekuningan masukkan rempah kari yang telah disatukan dengan cili kering.
▶️ Masak sehingga naik minyak, masukkan daging rebus seketika daging dah empuk. Masukkan rebung & santan kacau sebatikan.
▶️ Dah mendidih masukkan asam keping & gula merah. Pastikan garam secukup rasa.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Roti Puri Tanja Mauripan. Lebih Rangup Dan Tak Kempis Bila Sejuk!
Siap pun! Resepi ni guna rebung madu. Rasanya sedikit pahit. Nak hilang rasa pahit ni senang je. Masa potong rebung tu rendam dengan air garam, rebus dengan air garam dan basuh bersih-bersih baru masak.
Fuh! Mengancam betul lauk ni. Kalau nak daging jadi lagi lembut korang masak je guna pressure cooker. Pekat elok kuah kari ni kan. Nak makan dengan roti gardenia pun dah sedap. Buat breakfast!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan SuiSan Aliezsha kerana sudi berkongsi resepi daging masak kari campur rebung madu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!