Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Roti Jala Versi Sarawak Yang Paling Senang Nak Buat. Teksturnya Lembut Dan Confirm Sedap!
Siapa suka makan roti jala? Kita memang geng. Tapi kalau dah hari-hari makan roti jala dengan kuah kari memang gemok la kita dibuatnya. Try cuba resepi roti jala versi Sarawak ni. Nampak lebih sihat. Sesuai untuk hidangan breakfast.
Kat Sarawak tak panggil roti jala ye. Rasanya orang panggil kuih renjis. Kuih ni tak makan dengan kuah kari atau gulai tapi di makan dengan inti sayur di dalamnya. Contoh sayur kacang panjang dan taugeh. Orang nak diet boleh la cuba buat kuih ni.
Cara nak buat kuih renjes ni mudah je. Sama macam nak menjala roti jala. Cuma bezanya roti jala ni di makan dengan kuah gulai atau kuah kari. Tapi kuih renjes ni di makan dengan inti. Boleh di makan dengan inti sayur ataupun inti daging. Sedap tau!
Lembut je tekstur kuih renjes ni. Kalau nak makan roti jala yang senang nak buat, boleh try buat roti jala versi Sarawak ni. Mudah dan confirm sedap. Tak cukup seketul nak makan nanti. Buat awal pagi, boleh la hidang masa breakfast nanti.
Resepi roti jalan versi Sarawak ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Shamsiah ZainAbas. Boleh pelbagaikan warna roti jala ni ikut citarasa masing-masing. Inti kuih ni tak guna banyak bahan pun.
RESEPI ROTI JALA VERSI SARAWAK
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan roti jala versi Sibu Sarawak ni. Lain dari roti jala biasa yang kita makan. Rugi tak cuba! Step penyediaan roti jala ni seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 3 cawan tepung gandum
- 3 cawan air
- 1 biji telur
- 2 sudu minyak masak
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu kecil pewarna (guna warna hijau)
Bahan inti :
- Bawang holland (dadukan)
- Cili (dadukan)
- Udang kering
- Kacang panjang (dipotong kecil)
- Taugeh
CARA PENYEDIAAN ROTI JALA VERSI SARAWAK :
▶️ Bancuh semua bahan kacau guna whisk je.
▶️ Kemudian, tapis dan masuk dalam bekas 3 muncung & bolehlah mula menjala. Nak blender pun boleh.
▶️ Seterusnya sediakan bahan inti. Tumiskan bawang hingga layu, masukkan udang, tumis hingga berbau.
▶️ Kemudian, masukkan kacang panjang. Bila kacang panjang dah masak, masukkan taugeh, cili, aji dan garam. Jangan letak air sebab dah ada air dari sayuran tu.
▶️ Intikan roti jala dan lipat macam biasa.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Kerabu Daging Thai Yang Confirm Sedap. Rasa Pedas Manis Sampai Ralit Ratah Je Nanti!
Dah siap pun roti jala versi Sarawak kita ni. Tak pernah jugak makan kuih ni. Kalau nak cuba, kena la buat sendiri kat rumah. Kuih ni kat tempat aku memang takde jual. Roti jala biasa senang je nak jumpa jual kat luar kan.
Inti kuih ni kering ye. Takde la terkeluar dari gulungan roti jala tu nanti. Roti jala versi Sarawak ni memang lembut dan sedap makan. Selain di hidang untuk sarapan pagi, kita boleh je buat kuih ni untuk minum petang.