Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Masak Cuka Orang Utara. Lauk Ni Boleh Tahan Banyak Hari Kalau Simpan Dalam Peti!
Resepi ikan masak cuka atau ikan jeruk orang utara memang dah familiar sangat. Lauk ni boleh tahan banyak hari walaupun tak masuk peti sejuk. Kalau buat masa bulan puasa, lauk ikan masak cuka ni boleh jadi penyelamat bila bangun lambat.
Orang Utara yang dah lama duduk merantau, boleh la try sendiri buat lauk ikan masak cuka ni. Kalau dah buat berhari, korang boleh je panaskan kejap lauk ni dan hidang dengan nasi putih panas-panas. Confirm terangkat dibuatnya!
Masak lauk ni ada tipsnya. Kalau nak lauk tahan lama, ikan kena goreng sampai garing dan banyakkan cuka. Rasa ikan masak cuka ni masam-masam manis. Kena pandai balancekan rasa siap nikmat masa nak makan nanti.
Resepi ikan masak cuka ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Razana Razak. Boleh guna apa saja jenis ikan ikut citarasa masing-masing. Orang Utara kata, lauk ni kalau lagi lama, lagi sedap sebab rasa & ikan tu dah sebati.
Cuka pulak boleh digantikan dengan asam jawa kalau perut jenis tak tahan makanan bercuka. Untuk anak-anak memang tak guna cuka ganti kan dengan asam jawa. Kalau nak pedas boleh masukkan cili padi yang diketuk time menumis.
RESEPI IKAN MASAK CUKA @ IKAN JERUK
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan ikan masak cuka ni. Boleh guna apa saja jenis ikan ikut citarasa masing-masing. Step penyediaan lauk ni seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Bawang besar (dihiris halus)
-
Bawang putih (dihiris @ diketuk)
-
Halia (dihiris halus)
-
Biji sawi
-
Cili padi hijau
-
Bawang merah kecil
-
Biji sawi
-
Cuka (boleh ganti dengan asam jawa kalau perut tak tahan cuka)
-
Garam
-
Gula
-
Perasa masakan (kalau suka)
CARA PENYEDIAAN IKAN MASAK CUKA @ IKAN JERUK :
▶️ Tumiskan bawang besar, bawang putih yg diketuk, halia yg dihiris halus sampai wangi dan masukkan biji sawi.
▶️ Masukkan air secukupnya dan kemudian masukkan cuka. Waktu ni boleh masukkan gula, garam dan perasa (kalau suka). Tips: kena letak banyak gula untuk balance kan dengan rasa cuka.
▶️ Bila air dah menggelegak, masukkan ikan goreng yang digoreng garing.
▶️ Seterusnya masuk kan cili hijau dan bawang kecil.
▶️ Bawang kecil dimasukkan last skali untuk bagi impak rasa ranggup apabila makan. Fuhh sedap.
▶️ Tutup api siap. Siap!
BACA JUGA : Resepi Roti Jala Versi Sibu Sarawak Yang Confirm Lembut Dan Sedap. Sesuai Untuk Breakfast!
Dah siap pun lauk ikan masak cuka kita. Bahan-bahan memasak yang digunakan dalam penyediaan lauk ni boleh agak-agak je ikut citarasa masing-masing. Senang je kan nak masak lauk ni. Boleh buat lebih sikit untuk makan beberapa hari time korang sibuk.
Wajib lebihkan gula untuk balance kan dengan rasa cuka tu. Patutlah panggil ikan jeruk. Sebab lauk ni boleh tahan lama dan di masak menggunakan cuka yang banyak. Boleh la try masak hari ni untuk lauk tengahari sampai ke malam.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Razana Razak kerana sudi berkongsi resepi ikan masak cuka orang Utara ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!