Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Roti Diet Hanya 70 Kcal Je Sekeping. Sangat Sedap Dan Lembut Hasilnya!

0 101

Resepi roti diet ini antara roti yang paling sedap dan mudah dibuat. Rasa roti diet ini juga sedikit manis buah dan tekstunya pula lembut. Sesuai sangat dicicah dengan kuah kari ataupun kuah asam pedas.

Roti diet ini mempunyai 70 kcal je sekeping. Sesuai sangat dihidang buat mereka yang tengah berdiet. Untuk dihidang pada anak-anak pula, anda boleh tebuk poket pada roti dan sapukan mayonis dan juga butter.

Kemudian, sumbatkan telur hancur, cheese dan salad didalamnya. Ala-ala sandwish je hasilnya. Sekali makan boleh habis 2-3 keping tau. Kalau anak-anak anda suka pada roti, apa kata hidangkan mereka menu ini untuk sarapan pagi.

Sarapan pagi sangatlah penting. Walaupun anak-anak tak ke sekolah, mereka tetap kena belajar dari rumah dengan cara PDPR. Sediakan mereka sarapan pagi yang mengenyangkan untuk memberi tenang kepada mereka.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Asrinna Bakri. Beliau juga telah mengira kalori yang terdapat pada roti ini menggunakan app my fitnesspal. Yang tengah diet mungkin lebih yakin nak cuba resepi ini.

 

RESEPI ROTI DIET

Sebagai makluman, beliau telah berkongsi 2 adunan pada gambar perkongsian beliau. Roti tebal dan roti nipis. Sukatan untuk resepi ini akan menghasilkan 16 keping roti. Sekali pandang macam roti puri pun ada kan. Jom cuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 susu kecil yis kering
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar minyak makan
  • 3 sudu besar gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan air suam

CARA PENYEDIAAN ROTI DIET :

▶️ Satukan air suam, susu tepung, gula dan yis. Kacau sebati. Biarkan sehingga yis mengembang dan berbuih halus.

▶️ Dalam mangkuk, satukan tepung, garam dan minyak. Tuangkan campuran yis tadi sikit demi sikit. Gunakan senduk atau spatula. Adunan memang akan sedikit melekit.

▶️ Setelah menjadi doh, tutup dan diamkan adunan selama 1 jam atau hingga kembang 2x ganda.

▶️ Bahagikan kepada 16 bahagian. Taburkan sedikit tepung jika adunan melekat di tangan. Anggaran 35g – 40g sebiji. Bulat-bulatkan dan diamkan sebentar.

▶️ Canaikan dan rehatkan selama 10 minit. Masa canai tu tabur sikit tepung supaya tidak melekat.

▶️ Panaskan kuali leper dengan api perlahan. Masak sebelah bahagian anggaran 1-2 minit sebelum diterbalikkan.

▶️ Roti sihat ni sesuai dimakan cicah dengan kuah atau dijadikan poket isi dengan protein dan sayuran kegemaran anda.

 

BACA JUGA: Resepi Bubur Lambuk Guna Rice Cooker. Banyak Versi Tapi Yang Ni Versi Utara. Jom masak!

 

Dah siap! Siapa kata makanan diet tak sedap. Ada pelbagai jenis manu diet yang sedap. Sebelum terlupa kalori sekeping roti diet ini 70 kcal tanpa kuah ataupun isi. Anda boleh memilih untuk makan roti ini dengan cara anda sendiri.

Resepi ini boleh juga dihidang untuk minum  petang anda sekeluarga. Yang tak diet boleh makan roti ni dengan cicahan kari. Sedap sangat tau! Raya korban ni daging mesti banyak kat rumah kan. Apa kata buat daging masak kari. Sedapnya!

Lebihan kari boleh dipanaskan waktu pagi dan dihidang bersama roti diet ni. Wah! rasa terliur pula. Semoga resepi roti diet yang rendah kalori ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open