Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kerabu Daging Thai Yang Confirm Sedap. Rasa Pedas Manis Sampai Ralit Ratah Je Nanti!

0 64

Nampak je kerabu daging ni terus rasa terliur nak makan. Orang diet boleh try buat menu ni untuk lauk makan malam. Ralit ratah lauk ni tau. Jom try resepi kerabu daging Thai ni. Confirm sedap dan buat kita kenyang.

Rasa kerabu Thai ni ada rasa masam-masam manis dan pedas. Daging tu guna daging batang pinang lagi syok nak makan. Lembut je! Tak payah nak perap lama atau guna tips untuk lembutkan daging lagi. Jimat masa nak masak.

Sama macam kerabu yang lain. Kerabu daging Thai ni juga kena letak mangga yang di sagat, tomato dan perahan limau. Barulah boleh panggil kerabu Thai. Fuh! Tengok kat gambar pun dah kecur liur nak makan kerabu daging Thai ni kan.

Mudah je nak buat kerabu daging Thai ni. Bakar daging guna air fryer je kejap. Sementara tu boleh la sedia bahan lain dan sediakan sos untuk curah dalam kerabu daging ni. Siapa kata hidangan orang diet tak sedap. Tengok lauk ni, sedap weh!

Resepi kerabu daging Thai ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Faceobook iaitu Cik Puan Rozmaliza Omar. Tak sempat nak makan dengan nasi. Lauk dah habis ratah macam tu je. Rugi sangat korang tak cuba hidangan special ni.

RESEPI KERABU DAGING THAI

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kerabu daging Thai ni. Guna daging batang pinang lagi sedap. Lembut je nak makan nanti. Step penyediaannya seperti dibawah.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 350 gm daging batang pinang
  • 1 sdt serbuk lada sulah
  • 1 sdb besar sos tiram
  • 2 sdb kicap manis

Bahan-bahan lain : 
  • 1 labu bawang besar **
  • 2 batang serai **
  • 1 biji tomato **
  • 3 -4 biji cili padi **
  • Daun ketumbar (dihiris kasar)
  • 1 biji mangga muda (disagat)

 

Bahan sos digaul rata : 
  • 2 sdb sos ikan
  • 1 sdb sos tiram
  • 2 sdb gula thai
  • 1 biji limau nipis ambil jus

CARA PENYEDIAAN KERABU DAGING THAI : 

▶️ Perapkan daging dengan bahan-bahan di atas dan perap selama 1/2 jam.

▶️ Bakar hingga masak (boleh guna airfyer) kemudian hiris daging nipis-nipis dan ketepikan.

▶️ Bahan-bahan bertanda ** dihiris dan masukkan ke dalam mangkuk dan gaul rata bersama-bersama mangga muda yang disagat.

▶️ Masukkan pula daging yang dihiris dan tuangkan bahan-bahan sos tadi. Gaul hingga rata. Taburkan daun ketumbar.

▶️ Perapkan seketika sebelum dihidangkan.

 

BACA JUGA : Cara Buat Aiskrim Jeruk Mangga Orang Dulu-Dulu. Confirm Sedap, Rangup Dan Masam Manis!

 

Dah siap pun lauk special kita ni. Mata terkebil-kebil jugak bila tergigit mangga tu. Tapi nikmat dia tak terkata. Biarkan seketika hidangan ni sebelum di makan. Sebab kita nak bagi semua bahan tadi meresap masuk ke dalam daging yang dah di hiris nipis.

Makan daging ni ada baik dan buruknya jugak. Sekali sekala makan elok untuk meningkatkan berat badan. Korang yang tak suka kurus sangat boleh makan daging tapi secara bersederhana. Daging ni elok jugak untuk sembuhkan luka ye.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozmaliza Omar kerana sudi berkongsi resepi kerabu daging Thai yang mudah dan confirm sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open