Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Siakap Stim Limau Paling Power. Mudah Sangat Nak Buat, Rugi Tak Cuba!

0 3,607

Ada tak penggemar siakap stim limau kat sini? Ha, apa kata makan malam ni kita masak siakap stim limau ala-ala kat kedai makan tu. Masak sendiri lagi puas hati tau! Boleh rasa apa yang kurang dan bagi sedap ikut tekak masing-masing. Dapat makan puas-puas pulak tu. Jimat duit poket!

Korang kena beli ikan siakap yang fresh! Barulah tak hilang mood nak makan nanti. Masak stim ni actually sangat mudah di buat. Bukan tu je, lebih sihat sebab resepi ni tak menggunakan minyak. Makanan macam ni sesuai sangat untuk korang yang tengah on diet. Ratah macam tu je pun dah sedap.

Masak stim ni boleh di masak pedas, boleh juga tak. Kalau korang suka makan lauk-lauk yang pedas, korang boleh lebihkan penggunaan cili. Potong-potong je masa masak sos tu. Kalau nak pedas tu masuk kat isi ikan, korang boleh masukkan cili potong dalam perut ikan sekali dengan bahan lain tu masa nak kukus.

Wah! Makan ikan siakap ni panas-panas, sedap sangat tau! Biasa ikan siakap ni di masak 3 rasa, korang kena tahu, masak stim pun boleh tahan sedapnya. Kalau tengah-tengah tak sihat, baik korang demand requiest makan ikan stim ni. Rasa lega je badan nanti. Angin kat badan auto keluar semuanya.

Resepi ikan siakap stim limau ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Oren Misaki melalui perkongsiannya di Facebook. Korang kena try resepi ni. Tengok kat gambar pun dah kecur liur di buatnya. Nak hidang bila ada majlis rumah terbuka pun sesuai. Ala-ala hidangan hotel gitu!

 

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan untuk penyediaan siakap stim limau ni. Sekali cuba, pasti korang akan repeat lagi! Masak sendiri lagi jimat dari makan kat kedai kan. Kat kedai boleh tahan mahal juga siakap ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk sos :
  • Bawang putih (dicincang halus)
  • Halia (sikit)
  • Cili padi (dicincang halus)
  • Cili besar (dihiris) – Optional
  • 2 batang Serai (dihiris)
  • 1/2 cawan Air
  • Jus limau nipis (dalam suku cawan)
  • 1/2 Kiub ayam
  • Gula melaka (lebih kurang besar 2 ibu jari)
  • Sedikit Garam (Optional)
  • 1 sudu kecik Sos ikan (Optional)
  • Sedikit Tepung jagung (dibancuh dengan air)
  • Daun ketumbar (banyak lagi sedap)

 

Bahan lain:
  • Ikan siakap (dicuci bersih)

CARA PENYEDIAAN SIAKAP STIM LIMAU :
Cara kukus ikan :

▶️ Lumur garam, jus limau sikit, letak halia, serai dan batang daun ketumbar kat perut ikan siakap.

▶️ Kemudian, kukus kejap dalam 10 – 15 minit atau bergantung dengan saiz ikan.

 

Cara penyediaan sos :

▶️ Tumis bawang putih, halia, serai, cili kejap. Jangan sampai perang sangat. Masukkan air dan jus limau. Didihkan.

▶️ Kemudian, masukkan kiub ayam, gula melaka, sedikit garam dan sos ikan. Time ni rasa lah sendiri. If rasa macam masam sangat, letak gula melaka dan air lagi. If takde, gula biasa pun boleh, ikut selera masing-masing. Didihkan lagi.

▶️ Last sekali, masukkan air tepung jagung sikit. Agak-agak nampak pekat sikit je. Jangan pekat macam kuah kueteow kungfu pula. Tak sedap nak sirup kuah nanti.

▶️ Matikan api. Masukkan pula daun ketumbar.

▶️ Siram atas ikan yang dikukus tadi. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Kuih Seri Muka Hanya Guna Sukatan Cawan Dan 7 Jenis Bahan Mudah. Jom Try Buat Minum Petang!

 

Siap untuk dihidang! Belum makan lagi dah kecur liur di buatnya. Rasa kuah sos ikan stim ni cukup dengan masam, pedas, masin dan manis tau! Orang kata masak stim ni lagi masam dan pedas, lagi sedap! Setuju tak? Berpeluh-peluh makan lauk ni. Bercampur rasa pedas, masam dan panas.

Kena makan panas-panas baru betul! Makan dah sejuk tak syok dan tak feel. Banyak lagi resepi menarik yang di kongsikan oleh Cik Puan Oren Misaki di wall Facebooknya. Siakap stim limau ni antara paling ramai orang suka. Sebab tu viral dan dapat 4.4k share kat Facebook. Korang dah try belum?

Kalau belum try, petang ni beli bahan dan try masak untuk lauk makan malam nanti. Cukup dengan nasi putih, telur dadar dan ikan stim ni. Mantap! Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi siakap stim limau ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open