Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Seri Muka Hanya Guna Sukatan Cawan Dan 7 Jenis Bahan Mudah. Jom Try Buat Minum Petang!
Seperti yang kita tahu, kuih seri muka merupakan kuih tradisional orang Melayu yang sangat ramai penggemarnya. Bukan sahaja di jadikan minum petang, kuih ini juga sering di hidang bila ada majlis kenduri kendara dan rumah terbuka. Jom follow resepi kuih seri muka yang sedap dan mudah di buat di sini.
Resepi ni hanya menggunakan sukata cawan dan menggunakan 7 jenis bahan yang mudah di perolehi. Bahagian bawah kuih seri muka menggunakan pulut, bahagian atasnya pula, menggunakan adunan tepung gandum dan tepung gandum. Boleh juga di warnakan dengan macam-macam jenis warna.
Kuih seri muka atau juga di kenali sebagai kuih talam biasanya terkenal dengan warna hijau di bahagian atasnya. Selain menggunakan pewarna, korang juga boleh aslikan lagi kuih seri muka dengan warna hijau daripada air pandan. Bukan je dapat warna asli, bau kuih juga beraroma dan sedap sangat.
Resepi kuih seri muka ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Mizah Ngatiman bersama Encik Mohd Latfi Mohd Jidin melalui laman Facebook mereka. Kuih ni juga biasanya kita akan jumpa di kedai-kedai tepi jalan yang menjual kuih muih di waktu pagi. Sesuai juga di jadikan hidangan untuk sarapan.
Bila tak sempat nak buat sarapan pagi sebelum ke office. Korang mesti akan berhenti tepi jalan beli kuih muih untuk sarapan pagi kan? Korang akan beli tak kuih ni? Kali ni baik korang buat sendiri. Mudah je resepinya. Kuih ni biasanya akan tahan sampai ke pagi. So, buat hujung minggu petang, esok pagi bolehlah buat sarapan.
RESEPI KUIH SERI MUKA
Resepi yang ni kurang manis ye boleh lebihkan sukatan gula bagi yang suka manis. Guna je sukatan cawan, kemudian blend. Untuk pulut tanpa rendam boleh terus masak. Dalam masa 2 jam di dapur dah boleh hidang. Mudahkan Resepi ni. Jom try buat! Kita tengok dulu bahan-bahan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang di perlukan adalah :
Bahan untuk lapisan bawah :
- 2 cawan pulut
- 1 cawan santan
- 1sk garam halus
Bahan untuk lapisan atas :
- 1 +1/2 cawan santan
- 1/2 cawan air perahan daun pandan
- 1 cawan tepung gandum
- 2sb tepung jagung
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- Sedikit pewarna hijau
** Blend semua bahan di atas sampai halus.
CARA PENYEDIAAN KUIH SERI MUKA :
▶️ Mula-mula panaskan pengukus.
▶️ Cuci bersih pulut dan campur semua bahan-bahan untuk kukus lapisan bawah.
▶️ Kukus pulut selama 20 minit dengan api yang besar.
▶️ Selepas 20 minit, pulut tadi dah masak. Pindahkan pula ke loyang satu lagi.
▶️ Loyang tu alas dengan plastik dan dah digriskan dengan minyak masak siap-siap.
▶️ Kemudian, rata dan padatkan.
▶️ Kemudian, curahkan lapisan yang kita dah blend tadi di atas pulut.
▶️ Kukus semula 40 minit hingga masak.
▶️ Penutup pengukus balut kain. Dan kukus lagi dengan api yang besar.
▶️ Dah kukus selepas 40 minit. Keluarkan dari loyang.
▶️ Sejukkan dahulu barulah kita potong.
▶️ Cantik kejadiannya. Potong guna pisau plastik disapu sedikit minyak ye.
BACA JUGA : Resepi Nasi Goreng Cina Ala-Ala Kedai Makan. Simple Je Dan Tak Pedas, Anak-Anak Mesti Suka!
Alhamdulillah menjadi cantik kuih seri muka ni. Kuih seri muka atau kuih talam ni nak cuba buat memang takut-takut, tapi kalau menjadi rasa nak lompat ke bulan bintang je. Mak ayah kita memang suka makan kuih ni tau! Nak ambil hati mak mertua, bolehlah try buat nanti.
Follow je step by step resepinya di sini. Jangan lupa klik share dan tag orang tersayang supaya ramai-ramai kita manfaatkan resepi kuih orang lama ini. Nak potong nanti, jangan lupa sapu pisau pakai minyak tau! Guna pisau kek tu pun boleh. Sebab pulut ni melekat. Kalau tak pakai minyak, bentuk kuih nanti tak cantik bila di potong.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Mizah Ngatiman dan Encik Mohd Latfi Mohd Jidin kerana sudi berkongsi resepi kuih seri muka guna sukatan cawan dan mudah di buat ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!