Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Karipap Telur Gergasi Guna Kulit Paratha. Mudah Sangat Cara Penyediaannya!

0 131

Teringin nak makan karipap telur gergasi macam kat supermarket Giant dulu-dulu. Rasa dah lama sangat tak makan. Karipap telur gergasi ni mudah je nak buat. Kita pakai je kulit paratha jenama Kawan tu. Jom follow resepinya kat sini.

Yang ni memang saiz standard roti paratha ya. Tinggal masuk je inti dan kelim kan. Yang ni pun dah cukup besar bagi aku. Nak makan sorang memang tak boleh habis. Kena bahagian dua. Korang pernah tak try buat karipap gergasi ni kat rumah?

Aku suka sangat makan karipap ye. Tapi aku nak makan kulit lebih dari isi. Inti kentang, inti sardin tu aku kurang berkenan. Kalau makan dengan adik, mesti dia ambil isi dan aku yang akan makan kulit. Ibarat dia jadi tong sampan aku la. Hahaha.

Jom kita follow resepi karipap telur gergasi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zainor Shima Ihsan ni. Puas makan! Korang nak ganti kentang, sardin atau isi ayam dalam karipap ni pun boleh. Janji part kulit tu korang guna je kulit paratha.

Tak payah susah-susah nak uli tepung. Kulit paratha ni banyak kegunaannya. Boleh guna buat kulit keripap, boleh jadi shell untuk tart telur dan macam-macam lagi. Jimat masa dan tenaga guna kulit paratha ni.

RESEPI KARIPAP TELUR GERGASI 

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan karipap telur gergasi ni. Kalau bahan semua dah lengkap, boleh la buat karipap ni untuk minum petang.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Roti Paratha segera brand Kawan
  • Telur ayam
  • Bawang besar/ bawang merah
  • Cili merah/ cili hijau
  • Garam
  • Daun sup/ daun bawang
  • Serbuk kari/ serbuk paprika
  • Coleslaw (Kobis, karot, mayonis+sos keju, serbuk lada putih, garam bukit. Satukan hingga sebati)
  • Cream cheese/ mozarella/ cheddar (Lagi sedap letak ni)

 CARA PENYEDIAAN KARIPAP TELUR GERGASI : 

▶️ Ambil sekeping roti paratha. Letak dalam pinggan melengkung untuk mengelak telor tumpah.

▶️ Pecahkan sebiji telur dalam roti paratha. Letak bawang, daun sup, serbuk kari+paprika, garam, cili dan coleslow.

▶️ Lipat roti paratha separuh dulu dengan berhati-hati. Yang ni perlukan kesabaran yang tinggi tau sebab roti dah jadi lembik sikit.

▶️ Kelim tepi atau guna garfu untuk tutup habis karipap ni. Masukkan dalam peti sejuk beku dalam 5 minit untuk keraskan separuh paratha supaya kita boleh tanggalkan plastik lapik roti paratha ni.

▶️ Boleh goreng terus dalam kuali dengan minyak panas. Nak guna air fryer lagi bagus sebab kurang minyak. Guna suhu 180c darjah selama 10 minit. Kemudian, terbalikkan sebelahnya pula, bakar suhu yang sama selama 10 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Bihun Goreng Tom Yum Yang Mudah Dibuat! Nak Sedap Kena Pakai Pes Special Ni!

 

Crunchy berlapis-lapis roti paratha ni. Makan cicah dengan sos cili burger cap kipas udang tu memang sedap ye. Kalau tahu resepi ni dari dulu aku dah buat sendiri je. Sebab supermarket Giant yang jual karipap ni dulu jauh. Aku sanggup je pegi kalau Nak Makan.

Cuba korang try buat karipap biasa guna kulit paratha ni juga. Kot menjadi kan. Dah senang nak buat karipap kentang, karipap sardin pagi-pagi. Dah tak payah nak uli tepung bagai. Nanti adjust je la saiz karipap tu.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zainor Shima Ihsan kerana sudi berkongsi resepi karipap telur gergasi guna kulit paratha ni di Facebook. Tekstur rangup, garing dan sedap. Semoga resepi ni bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open