Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Samosa Potato Pinwheels Inti Padat. Resepi Sihat Dan Pastinya Enak! 

0 118

Selalu sangat makan samosa berbentuk segi tiga. Kali ini kita cuba resepi samosa potato pinwheels pula. Comel je jadinya. Nak tahu macam mana nak buat samosa potato pinwheels ni, follow resepinya disini.

Bahan memasak perlu dibahagikan kepada 3 bahagian. Pertama bahan doh, kedua bahan untuk inti dan ketiga bahan adunan tepung untuk celup doh samosa yang telah diintikan.

Untuk doh, anda boleh memilih sama ada nak buat doh sendiri ataupun menggunakan puff pastry segera. Nak buat doh sendiri pun tak susah sebab cuma menggunakan 3 bahan sahaja iaitu tepung, minyak dan garam.

Bahagian inti pula tidak perlu dimasak. Selepas dimasukkan dalam doh. Inti akan dimasak sekali dengan celupan tepung. Teksurnya juga rangup dan pasti buat anda puas hati nak makan.

Resepi samosa potato pinwheels ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nana Ereena. Sedap sangat dimakan bersama sos cili. Anak-anak pun pasti suka dengan kudapan ini.

 

RESEPI SAMOSA POTATO PINWHEELS

Kalau takde idea nak buat menu minum petang, apa kata cuba resepi ni. Bertukar selera dari samosa biasa ke samosa pinwheels. Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A : Doh
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2sudu besar minyak
  • Secubit garam

 

Bahan B : Inti
  • 4 biji kentang (direbus dan dilecekkan)
  • Isi ayam (direbus)
  • Daun sup
  • Cili padi
  • Lada hitam
  • Garam
  • Mushroom seasoning (Optional)
  • Oregano (Optional)
  • Bawang merah cincang/ bawang goreng
  • Sedikit serbuk cili/ serbuk kari

 

Bahan C : Adunan tepung
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • Secubit garam

CARA PENYEDIAAN SAMOSA POTATO PINWHEELS : 

▶️ Gaul rata bahan A, masukkan air secukupnya hingga dapat doh yang lembut. Rehatkan 30 minit.

▶️ Gaulkan semua bahan B atau bahan inti dan tak perlu dimasak.

▶️ Canaikan doh dan letakkan inti.

▶️ Gulungkan bahagian hujung dan letak sediikit air supaya doh melekat.

▶️ Potongkan doh ikut saiz yang anda suka.

▶️ Sebatikan bahan C iaitu adunan tepung untuk menggoreng.

▶️ Celupkan doh yang dipotong tadi kedalam adunan tepung.

▶️ Goreng hingga masak dan kekuningan.

▶️ Hidangkan bersama sos cili. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Sambal Ikan Bakar Yang Confirm Sedap. Rugi Sangatlah Kalau Tak Cuba!

 

Dah siap! Mudahkan. Cukup menyelerakan. Nak buat niaga pun boleh sangat. Confirm laku keras! Resepi samosa pun orang dah pelbagaikan caranya. Musim PKP ni, berpuluh novel pun boleh habis dibaca sebab dah terlalu bosan duduk dirumah.

Sebab tulah macam-macam resepi ada sekarang ni. Bila duduk rumah tak tahu nak buat apa, macam-macam resepi akan dicuba. Ada yang cipta resepi baru dan boleh viral pula tu.

Seriously, comel je rupa bentuk samosa ni. Anak-anak mesti suka. Nak ganti pada inti daging pun boleh. Semoga resepi samosa potato pinwheels inti padat ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open