Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Goreng Cina Ala-Ala Kedai Makan. Simple Je Dan Tak Pedas, Anak-Anak Mesti Suka!
Resepi nasi goreng cina ala-ala kedai makan yang simple dan sedap. Tak pedas sangat, anak-anak pun suka sangat makan nasi goreng ni. Boleh buat untuk hidangan makan malam, tengahari dan juga sarapan pagi. Sesuai juga dijadikan bekalan untuk anak-anak ke sekolah.
Nasi goreng cina ni di masak hanya menggunakan bawang putih dan tidak menggunakan bahan memasak yang banyak dalam penyediaannya. Letak udang fresh barulah sedap. Kalau ada nasi putih yang tak habis makan malam semalam, korang boleh masak nasi goreng cina ni waktu pagi! Takde lah nasi basi nanti.
Masak sendiri je lagi best. Kalau makan kat luar, kekadang ngam dengan tekak dan citarasa kita. Kekadang tak juga. Kena tengok, kedai tu ramai orang datang makan atau tak. Kalau ramai yang datang, besar kemungkinan menu-menu kat kedai tu semua sedap-sedap belaka.
Resepi nasi goreng cina ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Har Ryea melalui laman Facebooknya. Mudah dan sedap sangat rasanya. Kalau semua bahan memasak dah lengkap, 10 minit je nasi goreng cina siap! Guna kuali lagend baru syok. Puas hati masak sendiri dari makan kat luar kan. Jimat pun jimat!
Kalau masak sendiri kat rumah korang boleh letak macam-macam lauk. Boleh letak isi ayam, boleh letak udang dan juga sotong. Kalau makan kat kedai, biasanya ada isi ayam je. Nak letak udang dengan sotong pun seciput je. Harga pun kena tambah juga. Masak sendiri lagi banyak lauk korang boleh letak.
RESEPI NASI GORENG CINA
Untuk semua pengemar nasi goreng cina, apa kata korang follow resepi ni. Ikut je sebijik-sebijik, confirm menjadi! So, tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan nasi goreng cina ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Nasi
- 5 ulas besar Bawang putih (ketuk-ketuk dengan anak lesung. Lepas tu cincang halus)
- 2 @ 3 sdb Serbuk maggi cukup rasa
- 1 @ 2 sdb Minyak bijan
- Udang hidup
- 4 @ 5 biji Telur
- 1 mangkuk Sayur campur
CARA PENYEDIAAN NASI GORENG CINA :
▶️ Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau dan garing sikit.
▶️ Masukkan udang, biarkan masak seketika.
▶️ Ketepikan udang, masukkan telur. Kecikkan api sikit untuk telur masak elok.
▶️ Kemudian, pecah-pecah kan telur tu.
▶️ Masukkan nasi & sayur campur. Gaul rata.
▶️ Lepas tu taburkan maggi cukup rasa, kacau sekejap.
▶️ Masukkan minyak bjian & kacau lagi.
▶️ Boleh rasa jika nak tambah lagi serbuk maggi cukup rasa/ minyak bijan. Ikot citarasa masing-masing. Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sup Tulang Lembu Paling Senang Dan Sedap. Hirup Kuah Panas-Panas Lagi Power!
Bahan-bahan kat atas tu bergantung pada berapa banyak kuantiti nasi. Kalau banyak nasinya, maka korang kena tambah juga bahan-bahannya. Mudah je kan resepi ni! Kalau nak rasa asli masak nasi goreng cina, jangan lupa letak sikit minyak bijan. Barulah dapat rasa asli nasi goreng cina tu.
Untuk pengetahuan korang, resepi ni dah viral 31k share di Facebook. Banyak lagi resepi-resepi menarik yang di kongsikan oleh Cik Puan Har Ryea ni di wall Facebooknya. InsyaAllah next time kita akan cuba resepi laksa Johor pula. Nampak sedap juga resepi tu.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi nasi goreng cina ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua lagi-lagi korang si penggemar nasi goreng. Selamat mencuba!