Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Simple Buat Sambal Tomato Ikan Bilis Goreng. Garenti Jadi!
Antara sambal yang sedap untuk dimakan adalah sambal tomato ikan bilis goreng. Kalau dihidangkan sambal ni, susah tentu laju sahaja licinnya. Dan ianya bukan hanya sesuai dimakan dengan nasi putih sahaja.
Sememangnya kita sedia maklum, ada banyak sambal yang boleh menjadi pilihan kita untuk dimakan. Ada sambal belacan, sambal goreng ikan bilis rangup, sambal bawang, sambal tempoyak, sambal dengan bawang.
Antara makanan yang sedap dimakan dengan sambal adalah nasi lemak, lontong, nasi impit atau sedap juga dimakan dengan pulut.
Resepi sambal tomato ikan bilis goreng kali ini adalah hasil perkongsian daripada Cik Puan Tengku Roselyza Raja Muhammad. Ada banyak perkongsian beliau yang menarik dan boleh kita follow. Tapi untuk kali ini, saya kongsikan resepi beliau sambal tomato ikan bilis goreng.
Sambal ini sesuai juga untuk dibuat bekalan masa Panjang. Buat banyak-banyak dan simpankan dalam bekas kedap udara. Tapi, kalau dapat makan terus lebih sedap sebab ikan bilis yang goreng masih rangup-rangup lagi.
RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS ORENG
Sesetengah sambal ada juga yang menggunakan tomato dan ikan bilis, tapi ada yang tidak menggoreng ikan bilis. Malah dicampurkan terus bersama sambal.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- ½ mangkuk ikan bilis ( goreng )
- 1 inci belacan ( goreng)
- 4 biji cili merah
- 2 biji tomato ( potong 8)
- 5 biji bawang kecil
- 3ulas bawang putih
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu besar gula
- 1 inci gula melaka / gula kabung
CARA PENYEDIAAN SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG :
▶ Mula-mula sekali, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan toskan seketika
▶ Kemudian, potong dan tumbuk kasar cili merah, tomato, bawang putih dan bawang merah. Tapi tidaklah terlalu kasar tau.
▶ Menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi, kurangkan minyak jika terlalu banyak. Tumis bahan-bahan tumbuk sehingga cili masak.
▶ Masak sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak masukkan ikan bilis dan belacan tadi.
▶ Kacau sampai sebati. Masukkan gula merah. Dan kacau sampai gula hancur.
▶ Perasakan dengan garam dan gula. Jika rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Buat Biskut Kelapa Nestum Yang Sedap Dan Rangup. Resepi Lejen Dari Kampung!
Sambal ni sedap bila dia tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu berminyak. Hidangkan dengan nasi panas, makan dengan ayam goreng. Sambal paling simple yang mudah untuk kita buat.
Senang je kan nak buat sambal tomato ikan bilis rangup ni. Bila ikut step by step dia semua orang insyaAllah boleh cuba dan bila buat pun menjadi je.
Kalau nak cuba buat, boleh follow resepi yang saya kongsikan di atas dan sharekan di wall facebook ye. Semoga ianya memberi manfaat kepada korang semua. Semoga bermanfaat!