Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Biskut Chocolate Chip Ala Famous Amos Yang Confirm Jadi. Menjadi Sedap Tak Berapa Manis!
Bila lalu je sebelah kedai jual biskut Famous Amos ni, mesti teringin. Bau dahlah wangi, teringat-ingat dekat rasanya yang rangup dan rapuh. Tapi kita Nak Buat kat rumah je. Follow resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos ni kat sini.
Resepi ni percha viral ye. Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat.
Buat ni hanya untuk ngunyah kat rumah je. Boleh layan sambil tengok tv atau sambil study. Boleh la buat hilang ngantuk nanti. Cofirm korang suka biskup ni sebab memang senang nak jadi dan tak berapa nak manis. Manis sangat pun tak elok jugak kan.
Resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Myra Chaqkey. Memang viral resepi ni. Cecah sampai 37k share kat Facebook. Mesti dah ramai yang buat biskut ni kat rumah kan.
Kalau nak beli yang brand tu boleh tahan mahal jugak harganya. Elok la kita masing-masing buat kat rumah. Berbalang-balang boleh buat kan. Dahlah jimat, dapat pula rasa air tangan sendiri. Memang special! Nak Buat untuk raya nanti pun boleh.

RESEPI BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS
Kenapa agaknya resepi ni viral? Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan biskut chocolate chip ala Famous Amos ni. Step penyediaannya juga seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A: Kacau rata
- 250 gram butter
- 1 1/4 cawan brown sugar
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 biji telur
Tambahkan Bahan B
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil soda bikarbonat
- 6 sudu besar minyak
- 2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)*
CARA PENYEDIAAN BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS :
▶️ Semua bahan A hanya perlu dikacau sebati saja. Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.
▶️ Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.
▶️ Sejukkan adunan. Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.
▶️ Sedia dibakar. Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar. Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.
▶️ Masukkan dalam oven. Bakar 20 minit suhu 150C guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Fruity Spring Roll Makan Dengan Sos Custard. 100% Natural Colour!
Bila dah masak, beginilah hasilnya! Nampak sedap kan! Rasa terus nak baham. Sabar, biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni. Lain kali tak payah beli lagi.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Myra Chaqkey kerana sudi berkongsi resepi biskut chocolate chip ala Famous Amos ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!