Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Sirap Fanta Hijau Guna Pati Homemade. Sesuai Buat Hidangan Untuk Tetamu!

0 115

Siapa pernah try buat sirap fanta hijau homemade ni? Nah, ni dia resepi pati fanta hijau untuk korang. Sesuai guna pati ni untuk buat air hidangan open house. Lagi jimat dari beli fanta hijau brand kat luar tu. Kena beli banyak nanti.

Wah! Nampak sedap pulak air fanta hijau homemade ni kan. Buat pati dia banyak-banyak dan simpan dalam peti. Nak hidang nanti, tinggal bancuh je dengan air dan ais. Siap! Senang je tau nak buat pati fanta hijau ni.

Ada yang pernah try tak air ni? Pati air fanta hijau ni memang viral ye. Ramai yang suka dengan rasa air ni. Nak beli air fanta hijau sebotol je kat luar tu mahal jugak harganya. Baik la buat sendiri! Tak susah mana pun nak buat pati air ni.

Pati pun tahan lama. Nak buat pati ni senang. Hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Sunquick oren dan pewarna hijau apple antara bahan yang penting. Korang cuma perlu masak air dengan gula dan campur je dengan sunquick dan pewarna hijau.

Berbaloi sangat kalau nak buat air ni untuk rumah terbuka. Confirm tetamu korang asyik tambah air je nanti. Kalau nak buat, korang follow je resepi Cik Puan Nurul Ateekah ni. Save siap-siap Resepi ni, boleh la buat masa bulan puasa nanti.

 

RESEPI SIRAP FANTA HIJAU

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan pati air fanta hijau homemade ni. Nak buat banyak pun takpe, simpan dalam peti siap-siap. Tetamu datang, terus bancuh je.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan pati/ sirap fanta hijau : 
  • 330ml pati oren Sunquick
  • 3kilo gula
  • ½ botol pewarna hijau apple @ pandan paste (ada sedikit wangi-wangi pandan)
  • ½ botol perasa pisang
  • 1 helai daun pandan disimpul
  • 2 liter air

CARA PENYEDIAAN SIRAP FANTA HIJAU : 

▶️ Masukkan air putih dan daun pandan.

▶️ Masukkan 3 kilo gula.

▶️ Masukkan 330ml Oren sunkist.

▶️ Tuangkan ½ botol perasa pisang.

▶️ Kemudian, tuang lagi ½ botol pewarna hijau apple/pandan paste.

▶️ Gaulkan sebati semua bahan.

▶️ Biarkan warnanya seperti ini dan biarkan gula larut.

▶️ Dah sejuk pati fanta hijau ni boleh la masukkan dalam botol.

▶️ Cara hidang sirap fanta hijau.

▶️ Siap! Sedapnya minum tengah-tengah panas air ni.

 

BACA JUGA : Resepi Cucur Ikan Bilis Nasi Yang Lembut Dan Sedap. Anak-Anak Pun Suka Makan Cucur Ni Tau!

 

Mudah je kan nak buat pati air fanta hijau ni! Sebijik colour fanta hijau yang jual kat kedai tu. Tak rugi kalau korang nak cuba! Ada juga yang panggil air ni air 3 rasa. Memang ramai penggemarnya. Patutlah viral 3.8 share kat wall Facebook Cik Puan Nurul Ateekah.

Open house raya tahun ni korang buatlah air ni. Hidang untuk tetamu yang datang. Minum sejuk-sejuk sedap weh! Kot korang nak letak laici atau biji selasih kat dalam pun sedap. Kalau ikut sukatan ni, korang akan dapat 4 liter pati fanta hijau ye.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Nurul Ateekaa kerana sudi berkongsi resepi sirap fanta hijau homemade ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open