Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kek Marble Yang Gebu Dan Lembut. Caranya Mudah Jer Dan Comfirm Menjadi!
Kadang-kadang tekak teringin nak makan kek yang lembut dan gebu. Cukup perasa dan warnanya. Lagi simple kek lagi sedap nak makan. Tapi nak membeli tu punyalah malas nak keluar. Cepat habis pulak tu sebab rumah ni semua suka.
Tapi, lepas jumpa resepi dari Cik Puan Maisarah Zakariah ni settle semua masalah sis. Buat sendiri je sebab senang sangat nak buat dan rasa dia pun macam apa yang kita nak. Lembut dan gebus tau.
Kek ni sesuai je nak buat untuk makan saja-saja, atau nak hidangkan untuk tetamu yang datang atau nak buat hidangan raya pun boleh. Cara nak buat pun simple je kalau follow resepi ni.
Kek marble ni kalau makan panas-panas laju je habis tau. Sebab masa tu atasnya masih rangup dan keknya lembut nau-nau. Jom saya kongsikan cara nak buat kek marble ni.
RESEPI KEK MARBLE LEMBUT DAN GEBU
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Telur 4 biji
- Marjerin 1 cawan
- Susu pekat 1 cawan
- Tepung gandum 2 cawan
- Baking Powder 1 sudu kecil
- Esen vanilla 1 sudu kecil
- Serbuk koko 2 sudu besar
CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE :
▶ Mula-mula sekali, kacau marjerin bersama susu pekat. Gaul hingga sebati kedua-dua bahan. Gaul menggunakan whisk sahaja pun okay.
▶ Bila dah sebati marjerin dan susu pekat tadi, masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan kacau lagi.
▶ Kemudian, masukkan esen vanilla. Kacau sebati dengan bahan-bahan tadi.
▶ Seterusnya, masukkan tepung gandum dan baking powder. Pastikan ayak dulu kedua bahan ini supaya tidak berketul. Teruskan kacau sehingga sekata.
▶ Bila dah sebati, asingkan dua adunan kepada dua bahagian. (Ikut berapa warna yang kita nak buat)
▶ Saya bahagikan kepada dua bahagian sahaja. 1 bahagian, biarkan dulu dan sebahagian lagi, gaulkan dengan serbuk koko.
▶ Kacau sehinggan adunan tersebut sekata warna coklat semuanya
BACA JUGA: Resepi Nasi Dagang Express Dan Mudah. Rasa Yang Sedap Dan Berlemak Tak Perlu Guna Pengukus
▶ Sediakan Loyang. Oles Loyang dengan minyak atau marjerin supaya kek tidak melekat selepas masak nanti.
▶ Sementara tu, boleh panaskan oven tau.
▶ Masukkan adunan pertama di ruang tengah Loyang, diikuti dengan adunan coklat di atas adunan pertama tadi. Selang seli sehingga adunan habis.
▶ Goyang-goyangkan Loyang atau hentakkan supaya adunan jadi padat.
▶ Ambik lidi sate atau apa-apa bahan yang boleh digunakan sebagai lorek corak atas adunan.
▶ Bila dah siap lorek, atas kek dah cantik. Masukkan dalam oven.
▶ Bakar dalam suhu 170 darjah Celsius selama 45 minit menggunakan api atas bawah. (mungkin berbeza mengikut oven masing-masing)
▶ Bila dah masak, terbalikkan atas redai. Nanti akan dapat effect cantik je dekat bahagian atas kek.
▶ Biarkan dalam 5-10 minit. Terbalikkan semula. Kek kita dah siap dan sedia dimakan.
Haa, mudah sangat-sangat nak buat kek marble ni. Tak perlu nak guna mixer atau blender pun. Guna whisk tangan je. Pertama kali buat pun dah boleh menjadi tau. Bila dah pandai ni, bolehlah buat selalu untuk santapan keluarga.
Ada juga yang buat jualan dengan resepi kek marble ni. Ye lah, resepi mudah, rasa yang sedap siapa yang tak suka kan.
Jadi, kepada anda yang baca resepi ni sampai habis, jangan lupa sharekan di wall facebook ye. Mana tau ada yang perlukan resepi mudah buat kek marble ni.
Selamat mencuba semua!