Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Goreng Berempah Homemade Yang Paling Sedap. Confirm Tak Cukup Seketul!
Ada tak kat sini penggemar ayam goreng berempah? Kita geng! Lepas ni tak payah beli kat luar lagi. Masak sendiri je. Tak susah mana pun nak masak lauk ni. Jom follow resepi ayam goreng berempah homemade yang sedap ni kat sini. Confirm menjadi!
Antara ayam goreng dan ayam berempah, aku lagi suka ayam berempah. Semua rasa bahan masuk kat dalam isi ayam tu. Tips nak lagi sedap, korang kena perap lama sikit ayam tu sebelum di goreng. Baru la padu rasanya!
Hujung minggu ni boleh la masak ayam goreng berempah kat rumah. Hidang dengan nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulam. Dah dapat makan ayam berempah macam kat gerai-gerai luar tu. Boleh masak banyak, puas makan pulak tu.
Resepi ayam goreng berempah ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Encik Nazri Mat Zain. Ramai jugak yang share resepi ni. Mesti antaranya penggemar ayam goreng berempah kan.
Sekarang segala ayam goreng western food tu dah banyak yang kena boikot. Baik la masak sendiri. Kita boleh tahu bahan masakan kita ni bebas ke tak dari barang-barang boikot. Ni je cara kita boleh jihad untuk bantu saudara Islam kita di sana. Betul tak?
RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
Sambung balik cerita pasal masakan ayam goreng berempah. Yang nak belajar masak, boleh Follow step memasak ayam goreng berempah ni kat sini. Bahan-bahan dan step penyediaan seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Ayam seekor potong 20 pcs (dibasuh bersih)
- Serai 5 btg (dipotong 1/2″)
- Halia 2 “
- Lengkuas 1″
- Bawang besar 2 biji
- Bawang putih 4 ulas
- Biji ketumbar 1 SB
- Jintan Manis 1 SB
- Jintan Putih 1 SB
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG BEREMPAH :
▶️ Blender semua bahan tapi jangan terlalu halus.
▶️ Lepas tu tapis dan buang air.
▶️ Tuang semua tu dalam bekas yang berisi ayam tadi.
▶️ Masukkan rempah kari 1 pek kecil.
▶️ Masukkan pulak serbuk cili 1 pek kecil.
▶️ Perasakan dengan garam, aji dan gula secukup rasa.
▶️ Masukkan tepung jagung 2 sudu besar.
▶️ Seterusnya, masukkan telur ayam sebiji dan gaul bagi rata.
▶️ Perap dalam 1/2 jam dan gaul lagi.
▶️ Goreng sehingga tenggelam ayam.
▶️ Bila dah hampir garing masukkan daun kari.
▶️ Agak-agak dah masak angkat bersama-sama daun kari tersebut.
▶️ Ulang macam tu sampai selesai menggoreng. Siap!
BACA JUGA : Resepi Makaroni Bakar Tanpa Sos Prego. Makan Panas-Panas Memang Padu!
Fuh! Sedapnya ayam goreng berempah ni. Makan panas-panas confirm terangkat dibuatnya. Bau ayam pun beraroma. Next time kita belajar masak ayam goreng berempah daun pandan pulak ye. Yang tu pun sedap!
Jadi mak-mak ni tak senang ye. Hari-hari kena mikir nak masuk lauk apa untuk hidangan breakfast, lunch dan dinner. Kalau takde idea sangat, korang masuk la blog ni. Banyak lagi resepi menarik yang korang boleh jumpa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Nazri Mat Zain kerana sudi berkongsi resepi ayam goreng berempah homemade ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua.