Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sup Tulang Lembu Yang Mudah Dan Sedap. Hirup Kuah Panas-Panas Campur Cili Lagi Sedap!
Teringin nak masak sup tulang lembu, apa kata korang try resepi ni. Nak masak guna pressure cooker pun boleh. Lagi lembut hasil daging yang korang masak tu nanti. Hirup kuah panas-panas sedap tau! Boleh cuba buat untuk rumah terbuka raya ni, mesti ramai yang suka!
Kalau korang masak guna pressure cooker, korang masak selama 40 minit kalau nak daging korang tu lembut. Serius masa makan tu, takde langsung daging yang keras. Puas hati! Tapi kalau nak masak cara manual pun boleh je. Ada macam-macam cara untuk korang lembutkan daging tau!
Selain menggunkan pressure cooker, tips nak masak daging supaya lembut adalah korang boleh rebus daging lebih lama, ketuk daging, perap daging sebelum masak dan hiris daging nipis-nipis. Ada yang kata letak sudu dalam periuk masa nak rebus daging juga. Korang biasa guna cara yang mana satu.
Sup daging ni boleh di masak dengan macam-macam cara. Ada yang guna rempah ratus dan ada juga yang tak guna rempah. Tekstur kuahnya juga akan berbeza. Kalau nak cuba resepi sup tulang lembu paling senang nak buat dan sedap, korang boleh follow resepi dari Cik Puan Fazniza Razali ni. Memang sedap ye!
Resepi ni sehari je post kat Facebook, dah viral 2.1k share. Ramai ye penggemar sup tulang ni. Daging yang masih banyak beli untuk awal-awal raya hari tu. Boleh try masak sup tulang ikut resepi ni. Makan dengan nasi putih panas-panas, confirm terangkat dibuatnya!
RESEPI SUP TULANG LEMBU
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan. Follow je sebijik-sebijik confirm menjadi! Resepi ni masak cara manual ye. Kalau ada pressure cooker, korang rebus dulu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan 1 :
- 3 biji bawang besar
- 8 biji bawang putih
- Halia dalam 2 ketul
- 1 sudu ketumbar
**Bahan ni dikisar sampai halus.
Bahan 2 :
- 3 batang sadari
- 1 batang karot
**Ni pun dikisar sampai hancur
Bahan 3 :
- 3 batang kayu manis
- 4 biji bunga lawang
- 10 biji bunga cengkih
- 10 biji buah pelaga
- 1 senduk serbuk sup
- 2kg tulang
- 5 biji kentang (dibelah 2)
- 3 batang sadari (dihiris)
- 3 biji bawang besar (dibelah 4)
- Air
CARA PENYEDIAAN SUP TULANG LEMBU :
▶️ Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 sehingga bau wangi.
▶️ Kemudian, masukkan bahan 2.
▶️ Dan di ikuti pula dengan bahan 3. Kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
▶️ Seterusnya masukkan air.
▶️ Kemudian, masukkan tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
▶️ Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
▶️ Dekat 1 1/2 jam juga. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
▶️ Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
▶️ Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
BACA JUGA : Resepi Soto Ayam Simple Dan Senang Nak Buat! Memang Padu Rasanya, Makan Dengan Cili Kicap Lagi Sedap!
Siap untuk dihidang! Korang boleh hidang sup tulang ni dengan daun sup dan bawang goreng. Perah pula dengan limau nipis. Purgh! Memang power giler rasanya. Masak lama takpe, janji rasanya sedap dan daging pun tak liat. Barulah puas hati nak makan nanti.
Nak lagi sedap, korang boleh buat cili untuk campur dengan sup tulang ni. Blend je cili, garam, ajinamoto dan gula. Yang suka makan hidangan pedas, wajib buat cili ni. Barulah padu rasa sup tulang lembu korang nanti.
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Fazniza Razali kerana sudi berkongsi resepi sup tulang lembu yang paling senang di buat ni di Facbook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba semua!