Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Homemade Mango Ice Cream Yang Simple Dan Sedap. Hanya Guna 3 Bahan Sahaja!

0 68

Siapa suka makan aiskrim buah? Ha, ni dia resepi homemade mango ice cream untuk korang cuba Buat Kat rumah. Follow sebijik-sebijik confirm menjadi! Mudah sangat cara nak buatnya. Buah dalam ice cream pun rasa fresh je.

Resepi ni tersangatlah mudah. Hanya perlu guna 3 jenis bahan sahaja. Rasa manis ice cream pun boleh adjust ikut citarasa masing-masing. Ice cream buah mangga ni rasa manis-manis masam tau. Confirm tak muak makan. 

Lepas ni kalau teringin nak makan ice cream buah, elok korang buat sendiri je kat rumah. Buah mangga yang jual kat luar pun tak mahal harganya. Beli RM10 dah boleh buat 3-4 bekas ice cream Nestle. Banyak jugak kan. 

Resepi homemade mango ice cream ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Dihah Din. Jimat duit poket dari beli ice cream kat luar. Boleh buat banyak-banyak dalam peti. Dan simpan untuk anak-anak makan nanti.

Makan ice cream mangga ni time cuaca tengah panas mesti sedap kan. Rasa lega je tekak. Nak lagi sedap, korang potong dadu buah mangga dan tabur di atas ice cream. Confirm korang suka! Ice cream ni makan dengan roti pun sedap.

RESEPI HOMEMADE MANGO ICE CREAM

Tak sabar nak buat kan? Jom kita tengok 3 bahan yang digunakan untuk buat ice cream mangga homemade yang sedap ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :  
  • 2 cawan whipping cream
  • 3/4 cawan susu pekat F&N
  • 2 biji buah mangga blend guna pengisar kering (jangan tambah apa-apa air)
  • 1 biji mangga (dipotong cube-cube untuk hiasan)

CARA PENYEDIAAN HOMEMADE MANGO ICE CREAM : 

▶️ Blend whipping cream guna mixer sampai ianya kembang elok gebu gebas.

▶️ Dah gebu elok masukkan susu manis, pupar lagi pada kelajuan sederhana.

▶️ Masukkan puri mangga yang telah diblend tadi, then putar lagi.

▶️ Dah siap masuk dalam bekas dan touch up cantik guna mango cube atas ice cream.

▶️ Frozenkan selama 6 jam dan ianya bolehlah dimakan.

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Simple Tapi Sedap. Bertambah-Tambah Makan Dibuatnya!

 

Yum yum yum yummmm! Tu sahaja resepinya. Mudah dan tersangatlah mudah bukan? Rasa ice cream ni memang pure mangga ye. Hanya perlu letak cream dan susu ikut sukatan manis yang korang nak. Buah pun dah manis, so boleh kurangkan susu.

Lepas ni kalau teringin nak makan ice cream buah, kita buat je sendiri kat rumah. Simpan dalam bekas ice cream Nestle yang warna biru tu. Anak-anak ingat kita beli ice cream dari luar. Mesti anak-anak suka kan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Dihah Din kerana sudi berkongsi resepi homemade mango ice cream yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open