Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Resepi Masak Kicap Yang Ringkas Dan Sedap. Menu Kegemaran Seluruh Keluarga!

0 3,906

Lauk masak kicap sudah pasti menjadi pilihan untuk mereka yang ada anak kecil dalam keluarga. Bukannya apa, bila nak buat masak kicap ni, resepi nya mudah, senang dan cepat siap.

Apa yang penting, rasa dia lazat. Boleh bangkitkan selera anak-anak. Tapi kena lah bijak untuk ubah menu seharian supaya anak tak bosan kan.

 

IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS MELETOP!

Ops! Resepi ini kalau nak buat pedas, untuk yang dewasa sesuai. Tapi jika ada anak kecil boleh asingkan buat yang pedas dan tidak.

Sebab ye lah, kita yang dewasa makan tak pedas nanti akan cepat loya pulak kan. Bila pedas, baru mengancam siap menambah nasi lagi. Jom saya kongsikan versi dewasa ye. Pedas!

‍‍‍‍RESEPI IKAN  BAWAL MASAK KICAP PEDAS

‍‍‍‍Bahan-bahan yang digunakan adalah :

Bahan tumis –

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • Asam keping
  • ½ biji tomato
  • 4 sekawan
  • ½ biji bawang holland (saiz kecil)
  • Lada hijau
  • Daun kari

‍‍‍‍

Bahan tumbuk –

  • 3 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang kecil
  • 1 inci halia
  • ½ biji tomato

‍‍‍‍

Bahan lain –

  • 15-20 tangkai Cili kering (diblend)
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • ½ biji bawang besar
  • Lada hijau
  • Ikan bawal (atau ikan yang korang suka)

‍‍‍

CARA PENYEDIAAN IKAN BAWAL MASAK KICAP PEDAS :

‍‍▶ Tumbuk kasar bahan-bahan yang perlu ditumbuk. Rujuk bahan tumbuk

▶ Kisar cili kering

▶ Lumurkan kunyit dan garam pada ikan, sekatakan, masukkan bahan tumbuk kasar dan cili kering pada ikan tadi. Salut dan ratakan.

▶ Masukkan sos tiram, dan kicap manis. Ratakan. Perap selama 20 minit.

▶ Lepas 20 minit, panaskan minyak, goreng ikan. (Terpulang jika suka garing, lama kan sikit)

▶ Ketepikan ikan yang dah digoreng.

▶ Masak kuahnya. Panaskan minyak. Pakai minyak yang sama jeer. Sedap!

▶ Tumis daun kari, 4 sekawan, halia. Gaul-gaul sehingga kuning, masukkan bawang putih, bawang kecik dan tomato. Kacau sebati.

▶ Masukkan bahan perapan tadi dan juga air. Kacau sehingga masak dan naik minyak.

▶ Dah naik minyak, masukkan sos tiram dan kicap manis.

▶ Perasakan dengan garam. Dan masukkan ikan yang digoreng tadi.

▶ Akhir sekali masukkan bawang besar dan lada hijau.

▶ Gaul2 seketika dan sedia dihidang!

Kredit Resepi – Port Resepi

 

UDANG KICAP BEREMPAH

Selain ayam goreng berempah, pernah tak makan udang kicap berempah? Haa, rasa rempah dia tu memang sedap sangat! Bila dapat lauk ni, makan dengan panas je pun dah cukup.

Nak-nak lagi buat pedas-pedas sikit. Nak lagi sedap, makan dengan sambal ayam penyet tu. Pergh! Memang makan tak pandang orang belakang dah la.

 

RESEPI UDANG MASAK BEREMPAH

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1/2 kg udang
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 3 sudu makan rempah kari ayam
  • 1 sudu makan rempah sup adabi
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • 1/2 kotak santan
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit halia ditumbuk
  • Daun kari
  • Halba campur
  • Gula kabong
  • Timun ( buang empulur dan potong panjang 1 inci)

 

CARA PENYEDIAAN UDANG KICAP BEREMPAH :

▶ Tumbuk kasar bawang besar, bawang putih bersama halia. Tumbuk kasar je.

▶ Tumis bahan tumbuk sampai bawang kekuningan, kemudian masukkan halba campur dan juga daun kari. Tumis lagi sampai garing.

▶ Seterusnya, masukkan rempah-rempah tadi dan masak sampai pecah minyak.

▶ Dah pecah minyak boleh lah tambah sedikit air dan masukkan santan. Masak sampai kuah mendidik.

▶ Masukkan timun dan udang.

▶ Perasakan dengan garam dan sedikit gula kabung.

Kredit Resepi – Zaiton Md Zain

 

AYAM KICAP SIMPLE

Kata orang nak buat lauk orang bujang ni senang je. Kalau biasa buat telur masak kicap, tukar kan dengan ayam. Rasa lebih sedap, nak makan pun berselera je.

Jom saya kongsikan resepi buat ayam kicap simple ni. Senang nak buat, guna je bahan apa yang ada dekat dapur tu. Rasa dia memang superb!

RESEPI AYAM KICAP SIMPLE

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
  • 3 batang serai | titik
  • 12 biji cili padi | hiris memanjang (jika tak suka pedas, boleh kurangkan)
  • 2 biji bawang besar | hiris bulat
  • 3 ulas bawang putih | titik
  • 3cm halia muda | hiris memanjang
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan air asam Jawa
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 4 sudu makan minyak masak

 

CARA PENYEDIAAN AYAM KICAP SIMPLE :

▶ Panaskan minyak dalam kuali.

▶ Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi dan serai hingga wangi.

▶ Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.

▶ Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.

▶ Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.

▶ Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.

▶ Ayam kicap simple dah sedia dihidangkan.

Kredit Resepi – Rasa

 

DAGING MASAK KICAP

Asyik ayam je kan, apa kata kali ini kita tukar dengan daging pulak. Haa nak masak daging ni, bukan sekejap tau. Sebab nak kena pastikan daging empuk dan bila makan pun sedap je.

Alang-alang ada banyak daging dekat rumah, atau dah bosan makan ayam dan ikan, haa tukarlah selera kepada daging. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam peti. Nak mkan, panaskan aje.

RESEPI DAGING MASAK KICAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • ½ kilo Daging (potong dadu atau nipis terpulang) jika nak cepat masak, potong dadu
  • 5 sudu makan kicap manis
  • 4 sekawan
  • Setangkai daun gulai
  • Garam
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 5-6 ketoi gula batu
  • Sebijik bawang besar potong nipis untuk tabur sebagai hiasan

 

Bahan kisar

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Sedikit halia

 

CARA PENYEDIAAN DAGING MASAK KICAP :

▶ Tumis bahan-bahan blend

▶ Masukkan daging dan 4 sekawan

▶ Biar reneh hingga kering sebati.. sesekali kacau..

▶ Masukkan kicap daun kari serbuk cili dan garam..

▶ Kacau hingga pekat tabur bawang besar dan kacau hingga bawang layu tutup api.

Kredit Resepi – Nor Hasimah

 

TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER

Haaa kalau dapat makan telur masak kicap ni, kadang-kadang boleh buat kita menambah. Kalau dulu lauk ni jadi lauk bajet, lauk student kan. Tapi sekarang ni lauk ni jadi kegilaan.

Kadang-kadang memang tekak terasa nak makan telur masak kicap je walaupun ada lauk lain. Makan dengan cabai burung, pedas dia memang padu! Lagi sedap bila telur kuning tu cair-cair lagi. Kali ni, saya kongsikan lain sikit telur masak kicap blackpepper tau!

RESEPI TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER

Bahan bahan yang digunakan adalah:

  • 4 biji telur – goreng mata
  • 4 sudu makan kicap lemak manis
  • 1 sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar Holland
  • 1 tangkai cili hijau – cili Solok
  • 3 tangkai cili padi merah – untuk menambah warna
  • 1 sudu kecil serbuk MAGGI Cukup Rasa
  • Sedikit air

 

Bahan tumbuk:

  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih

 

CARA PENYEDIAAN TELUR MASAK KICAP BLACKPEPPER :

▶ Mula mula panaskan minyak dalam kuali untuk menggoreng telur mata. Jika tidak menggunakan kuali non-stick, masukkan sedikit garam supaya ianya tidak melekat.

▶ Pastikan minyak betul betul panas sebelum dimasukkan telur. Goreng dengan api besar, goreng dan cepat cepat angkat. Barulah telurnya cantik.

▶ Jom kita buat kuahnya. Panaskan minyak (boleh guna minyak lebihan menggoreng telur) dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan kicap lemak manis. Masukkan sedikit air.

▶ Kemudian, masukkan lada hitam tumbuk, dan serbuk MAGGI Cukup Rasa.

▶ Seterusnya masukkan bawang besar dan cili hidup. Setelah hampir layu, masukkan telur satu persatu dan dikacau rata supaya ianya bersalut dengan kuah kicap.

▶ Akhir sekali, masukkan daun sup dan bolehlah ditutup api. Saya letak juga cili padi merah, sekadar menambah warna lauk hari ini. Sedia untuk dihidangkan.

Kredit Resepi – Resepi.my

 

KERANG MASAK KICAP

Kerang rebus memang favourite semua orang. Makan dengan pencicah memang boleh lupa orang belakang. Ada yang suka jenis kerang bakar, ada yang suka buat kerabu dan macam macam lagi lah.

Tapi mesti ramai yang belum rasa kerrang masak kicap kan? Senang je nak buat dia, rasa pun marvelous. Perkongsian daripada Tuan Imran Razak ni memang the best!

 

 

RESEPI KERANG MASAK KICAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 kilogram kerang

 

BAHAN BLEND (KASAR) :

  • 6-8 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang besar
  • 20 biji cili padi (ikut citarasa pedas)
  • 1 inci halia

 

BAHAN LAIN :

  • 3 batang serai ( diketuk)
  • Kicap masin
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN KERANG MASAK KICAP :

▶ Cuci kerang hingga bersih. Masukkan dalm besen besar, basuh macam basuh beras. Kalau ada berus plastik,boleh sental kulit luar kerang tu dulu.

▶ Tumis bahan kisar sehingga masak atau naik minyak. Kemudian masukkan kerang. Kacau sekejap

▶ Seterusnya, masukkan kicap sehingga kuahnya jadi hitam pekat.

▶Nanti kerang tu akan keluarkan air jadi tak perlu tambah air lagi dah.

▶ Masukkan serai, dan gula sikit. Adjust rasa masin dengan kicap tadi.

▶ Masak sehingga kering sedikit. Lagi pedas lagi sedap. Dan boleh hidangkan makan dengan nasi panas.

Kredit Resepi – Imran Razak

 

BACA JUGA: Cara Buat Tart Telur Yang Sedap Dan Gebu. Crust Lembut Dengan Filling Padat Sesuai Untuk Buat Jualan

IKAN TONGKOL MASAK KICAP ALA KENDURI

Antara lauk kegemaran bila ada ikan tongkol ialah masak kicap ni. Saya suka sebab rasa ikan dengan kuah kicapnya tu. Memang sedap dimakan panas-panas.

Kalau suka ikan yang agak garing, boleh goreng lama sikit nanti. Jadi ikan tu tidaklah terlalu meresap kuahnya. Perkongsian Cik Puan Hajar ni memang buat kita rasa tak sabar nak makan!

 

RESEPI IKAN TONGKOL MASAK KICAP ALA KENDURI

Bahan- bahan yang digunakan adalah :

 

Bahan Rebusan Ikan :

  • ikan tongkol  potong dan besihkan
  • 1/4 cawan air
  • 1 genggam hirisan lengkuas
  • 5 keping asam keping
  • 1 sudu garam

 

Bahan Tumis :

  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili api- boleh dilebihkan untuk lebih pedas
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun salam
  • 1 biji lada besar hijau (belah 2)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 jemput biji lada hitam
  • 1 jemput biji lada putih

 

Bahan Lain :

  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap pekat
  • 1 sudu kicap masin
  • 1 sudu kicap manis
  • 1 biji bawang besar potong bulat

 

CARA PENYEDIAAN IKAN TONGKOL MASAK KICAP ALA KENDURI :

▶ Ikan Tongkol dibersihkan, rebus dulu sehingga ikan empuk. Sebaiknya rebus semalam untuk masak hari ini.

▶ Kemudian, lumurkan garam dan kunyit dan digoreng sehingga garing.

▶ Panaskan minyak, tumiskan halia terlebih dahulu. Setelah itu masukkan bahan-bahan yang lain dalam bahagian tumisan. Tumis hingga garing

▶ Bila bahan tumis dah garing, masukkan sos tiram dan kicap-kicap beserta sedikit air untuk kuahnya.

▶Kica[ dah masak, rasa dah perfect, boleh masukkan ikan tongkol yang kita dah goreng tadi.

▶ Alhir sekali masukkan cili besar hijau dan bawang besar sebagai hiasan.

Kredit Resepi – Hajar Mohd

 

IKAN BILIS MASAK KICAP CILI PADI

Kalau bulan puasa, makan ikan bilis masak cili padi ni sedapnya lahai. Ikan bilis tu pastikan goreng rangup tau! Baru berselera nak makan sahur.

Jika nak lebih sedap dan terangkap, sediakan sekali cili burung. Fuuh! Memang layanz. Jom kita baca perkongsian resepi daripada daripada yatiekitchen ni.

 

RESEPI IKAN BILIS MASAK CILI PADI

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Segengam Ikan Bilis
  • 1 biji Bawang Besar (hiris nipis)
  • 1 ulas Bawang Putih (cincang halus)
  • 7 biji Cili Padi (hiris kasar)
  • 4 sudu besar Kicap Lemak Manis
  • 1 sudu kecil secukup rasa
  • 2 sudu kecil brown sugar
  • Minyak utk menggoreng

 

CARA PENYEDIAAN IKAN BILIS MASAK CILI PADI :

▶ Rendam ikan bilis dengan air dan masukkan 1 sudu besar cuka. Rendam dalam 15 minit.

▶ Cukup 15 minit, toskan air ikan bilis tersebut.

▶ Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga keperangan. Pastikan minyak betul-betul panas untuk dapatkan ikan bilis goreng yang rangup. Angkat dan toskan

▶ Tumis bawang besar, bawang putih dan juga cili padi. Masak sampai separuh garing.

▶ Kemudian masukkan pula kicap lemak manis & gaul rata. Kemudian tutup api.

▶ Masukkan secukup rasa dan 1 sudu kecil brown sugar. Bila dah pekat, masukkan ikan bilis yang kita tos tadi.

▶ Sebelum angkat, masukkan lagi 1 sudu brown sugar untuk kekalkan kerangupan ikan bilis kita.

▶ Ikan bilis masak cili padi is done! Sedia dinikmati bersama nasi panas 😋

Kredit Resepi – YatieKitchen

 

SARDIN MASAK KICAP

Biasanya kalau lauk sardin, dimasak dengan sos dari dalam tin itu sendiri atau, sambal kering sardine ataupun masak lemak sardin. Masukkan kentang banyak-banyak akan jadi lagi sedap.

Tapi, percaya tak sardine pun boleh buat masak kicap. Rasa dia confirm lah sedap sebab bila lauk ikan sardin ni, nak masak apa pun semua jadi rebutan.

RESEPI SARDIN MASAK KICAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 tin sardin Mackerel
  • 5 ulas bawang merah – dihiris
  • 3 ulas bawang putih – dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 1 biji bawang merah – dihiris bulat
  • 1 biji cili merah – dihiris
  • 5 biji cili padi
  • 2 biji kentang – dihiris nipis
  • Kicap
  • Gula

 

CARA PENYEDIAAN SARDIN MASAK KICAP :

▶  Goreng kentang sehingga masak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi.

▶ Masukkan ikan sardin sambil dibalik-balikkan ketika menggoreng. Hati-hati tau sebab dia akan meletup-letup

▶ Masukkan sos ikan dan kicap. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan bawang besar, cili padi, cili merah.

▶ Masukkan kentang yang digoreng tadi, dan gaul sebati.

▶ Sedia untuk dihidang!

Kredit Resepi – Azie Kitchen

 

SOTONG MASAK KICAP

Wah! Ikan sudah, ayam sudah, telur sudah, kerrang sudah, daging pun sudah. Kali ini saya kongsikan resepi sotong masak kicap pulak ye. Bagi penggemar seafood, memang sukalah kalau nampak lauk ni terhidang atas meja.

Antara lauk lain yang sesuai dihidangkan bersama dengan lauk sotong masak kicap ni adalah sambal ikan atau sambal ayam.

RESEPI SOTONG MASAK KICAP

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 400g sotong – digoreng sebentar tanpa minyak. Untuk keringkan airnya.
  • 30g kicap pekat
  • 100g lada hitam
  • 40g gula
  • 10g stok sayuran
  • 100g lobak merah
  • 100g lada benggala merah
  • 100g lada benggala hijau
  • 100g seleri

 

CARA PENYEDIAAN SOTONG MASAK KICAP :

▶ Tumis lada benggala, lobak merah dan seleri ke dalam kuali.

▶ Gaul sebati dan masukkan lada hitam, kicap pekat dan stok sayuran.

▶ Kemudian masukkan sotong yang telah digoreng tadi.

▶ Gaul, masukkan gula dan garam secukup rasa.

▶ Sedia untuk dihidang.

Kredit Resepi – Resepi Asia

Senang je kan nak buat masak kicap ni. Pelbagai resepi ada yang saya kongsikan di atas. Kepada anda yang sedang mencari lauk masak kicap ni, boleh lah save dulu perkongsian ni.

Nanti nak buat mudah nak rujuk. Jika nak buat lauk untuk anak-anak boleh buangkan penggunaan cili padi dalam masakan kita.

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open