Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Aneka Kek Marble Yang Mudah Dan Sedap! Resepi Sukatan Cawan Senang Nak Buat Comfirm Jadi

0 42,417

Semua orang suka makan kek. Nak-nak lagi, dapat makan kek marble yang sedap ni. Kalau nak beli, memang ada yang jualkan. Jika nak makan sekadar hilangkan rasa teringin boleh lah.

Tapi yang suka nak cuba sendiri, nak sedekah pada jiran-jiran, nak makan beramai-ramai dengan keluarg lebih baik buat sendiri. Mudah je!

 Kesemua kek marble yang dikongsikan ini adalah resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Azlina dari facebook Azlina Ina Fans. Memang terbaik!

KEK MARBLE JELITA

Nak buat kek marble ni mudah je tau sebenarnya, Dan rasa dia memang sedap bila makan panas-panas. Boleh berebut lah dengan orang lain.

Jelita bak namanya kek marble jelita ni cantik rupanya, sedap pula rasanya. Jom saya kongsikan macam mana nak buat kek marble jelita yang sedap!

RESEPI KEK MARBLE JELITA

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 6 bji telur
  • 2 cawan tepung gandum + 1sudu kecil baking powder (ayak)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil ovalate
  • 1 cawan gula castor
  • 150g majerin (dicairkan)
  • 3 sudu besar susu pekat
  • 3 pewarna kesukaan

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE JELITA :

▶ Campurkan kesemua bahan di atas kecuali marjerin dan pewarna.

▶ Mix sehingga kembang.

▶ Kemudian masukkan majerin yang kita cairkan tadi kacau biar sebati guna spatula je.

▶ Kemudian bahagikan kepada 3 warna. Warnakan dengan pewarna yang kita ada

▶ Tompok-tompokkan adunan berwarna dengan senduk. Lorek kan bahagian atas dengan lidi.

▶ Bakar dengan 150 darjah celcius selama 60 minit. Menggunakan api atas bawah.

 

KEK MARBLE YOGURT PADDLE POP

Ingatkan aiskrim je ada paddle pop. Rupanya kek marble pun ada. Wah! Siap ditambah dengan yogurt lagi dalam bahan.

Dengan warna -warna yang digunakan ni, sudah pasti boleh menarik perhatian anak-anak. Rasa kek ni pun sangat sedap tau.

RESEPI KEK MARBLE YOGURT PADDLE POP

Bahan-bahannya yang digunakan adalah :

  • 6 biji telur gred B
  • 1 cawan gula castor 170-180g
  • 1 sudu besar ovalate
  • 2 sudu kecil esen vanila
  • 5 sudu besar yogurt asli tak kisah jenama apa.
  • 2 cawan tepung naik sendiri (self rising)
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 160 gram @ 1 cawan lebih marjerin yang dicairkan
  • Pewarna (beberapa ikut warna warni)

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE YOGURT PADDLE POP :

▶  Masukkan tepung naik sendiri dan susu pekat ke dalam satu mangkuk.

▶ Dalam resepi ni tidak menggunakan susu segar dalam adunan ya sebab dah diganti dengan yogurt.

▶ Mana-mana yang suka rasa lebih bersusu boleh kurangkan sikit tepung 170g ditambah 30g susu tepung.

▶ Ok putar 3 minit, gunakan slow speed.

▶ Kemudian naikkan hight speed sampai gebu (angkat kepala mixer adunan tak jatuh kebawah, maka adunan kamu perfect).

▶ Butter atau majerin tu cairkan awal-awal ya. Dah cair baru sukat 160g dalam 1 cawan lebih sikit je dan kalau majerin atau butter tu suam lagi bagus, kek lagi moist.

▶ Sediakan loyang 9 x 9.

▶ Adunan dituang bertindan antara satu sama lain di tengah-tengah sampai habis, hentakkan sikit. Permukaan dia just lorek-lorek biasa je.

♥️Suhu oven set dulu 170 darjah, panaskan 5 minit.

♥️Turunkan 150 darjah, set masa 45 hingga 50 minit.

♥️Masukkan loyang tadi dan letak tingkat rak bawah sekali dan tunggu sampai masak.

Kalau lepas 40 minit jangan bukak oven, goyangkan pintu oven je tengok tengah-tengah adunan kek tu kalau masih bergoyang teruskan membakar.

** Jangan korang cocok tengah-tengah kek tu, nanti awal-awal dah mendap tengah kek korang nanti.

▶ Dah masak terbalikkan atas redai dan tunggu 2 hingga 3 jam untuk Nampak cantik. Siap dan sedia dihidang!

 

KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST

Sedapnya dapat makan kek marble santan moist ni. Siapa yang dah rasa, pasti akan suka dan minta lagi. Bila dah namanya guna santan, maka akan rasalah lemak-lemak lembap diaa.

Yang belum rasa, apa kata cuba buat sekali dan rasa. Jangan terkejut kalau sekali rasa pun boleh jatuh cinta!

RESEPI KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 6 biji telur gred B
  • 1 cawan gula halus
  • 1sb ovalate
  • 30g serbuk santan
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 cawan tepung self rising

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE PANDAN SANTAN MOIST :

▶ Mix semua bahan sebati sampai gebu.

▶ Last ,masukkan 1 cawan /170g majerin yang dicairkan.

▶ Kacau rata.

 

Bahagikan 2 bahagian:

▶ Satu bahagian ori, satu bahagian letak 1 sudu besar emolco pandan coconut dan 1 sudu besar pewarna hijau apple.

▶ Kacaukan dan lapik loyang dengan baking paper.

▶ Letak satu-satu senduk adunan sampai abis.

▶ Panaskan oven 5 minit.

♥️ Masukkan kek dan set suhu 160-170 darjah celcius, masak selama 45 hingga 55 minit api atas bawah, rak no 1 dari bawah.

♥️ Siap boleh tebalikkan kat redai biarkan 1 jam dan tebalikkan semula. Kemudian, boleh potong dengan pisau potong kek.

 

KEK MARBLE LOAF TIRAMISU

Kalau dah namanya tiramisu memang sedap lah cerita dia. Kalau nak beli harga kek ni agak mahal sedikit sebab rasa yang sedap dan bahan yang digunakan juga banyak.

Sesuai dengan harga, kek marble loaf tiramisu ni salah satu kek yang ada peminat tersendiri tau! Untuk kita yang rasa tak puas nak makan sikit, jom kita buat sendiri je.

RESEPI KEK MARBLE LOAF TIRAMISU

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • Majerin cairkan dulu, sukat 170g atau 1 cawan setengah
  • 6 biji telur gree B
  • 1 cawan gula halus (170-180g)
  • 1 sudu besar ovalate
  • ¼ cawan whipping dairy
  • 1 + ¾ cawan tepung selfrising (170g )
  • 1sk esen vanila
  • 1sk emolco coklat
  • 30g milo+ 20gserbuk koko

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE LOAF TIRAMISU :

▶ Bancuh awal dengan air panas sikit:

▶ 1sudu besar nescafe

▶ ½ sachet old town white coffee

▶ Masukkan semua bahan di bawah ini ke dalam mixer

▶ telur, gula, whipping, ovalate, esen vanila, serbuk milo dan koko, tepung self rising

▶ mix sampai gebu (angkat kepala mixer, sampai adunan melekat dan tak jatuh)

▶ Matikan mixer

▶ Masukkan majerin atau butter cair tadi 170g ke dalam adunan tadi, kacau guna spatula je.

▶ Bahagikan adunan kepada dua bahagian, satu bahagian letak campuran nescafe dengan oldtown tadi.

▶ Ok,dapat dua bahagian perisa dan colour.

▶ Sediakan loyang 8×8 sendukkan bancuhan berselang sampai habis,hentak-hentak sikit.

▶ Buat lorek belasah je corak ape pun.

▶ Panaskan oven api atas bawah sekejap.

▶ Set suhu 150 darjah masa 50 minit hingga 1 jam.

▶ Masukkan adunan rak no 1 dari bawah.

▶ Lepas 40 minit baru boleh goyang sikit pintu oven, tengok kek dah masak ke belom. Kalau dah confirm tak bergoyang tengah-tengah kek, baru tarik sikit dari oven dan cucuk tengah-tengah permukaan.

▶ Kalau lidi licin boleh tambah sikit je masa bagi garingkan kek sikit.

▶ Bile dah siap tebalikkan atas redai. Biar 2 hingga 3 jam di situ. Lepas tu boleh hiaskan ikut suka korang.

BACA JUGA: Koleksi Resepi Apam Yang Sedap Dan Gebu. Mudah Jer Guna Sukatan Cawan!

MARBLE  SUSU GEBU

Yang mana suka makan kek bersusu, sesuai sangat untuk buat kek marble susu ni. Rasa dia lemak-lemak susu dan kulit atas dia rangup je rasa. Sedap betul bila makan.

Yang mana nak cuba buat kek marble susu, boleh follow je resepi yang dikongsikan anajingga ni. Lembut dan semerbak bau wangi kek!

RESEPI KEK MARBLE SUSU ( CARA MUDAH TANPA GUNA MIXER)

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 1 ½ cawan susu pekat manis
  • 1 ½ cawan mentega
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung kek ( self rising )
  • 1 sudu esen vanila
  • pewarna atau perisa untuk lapisan kek ( Saya menggunakan sunquick untuk original layer, serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk layer merah vanila).

** Pastikan semua bahan pada suhu bilik sebelum mula mengadun.

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE SUSU :

Macam yang ana cerita tadi sangat lah senang nak buat kek marble susu ni perkongsian dari sepupu ana, Intan.

▶ Satu kan susu pekat dan mentega dalam mangkuk adunan. Gunakan whisk dan pukul hingga kembang sekejap sahaja.

▶ Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan whisk kan lagi biar sebati.

▶ Masukkan sesudu esen vanila .

▶ Akhir sekali masukkan tepung kek yang telah di ayak sedikit demi sedikit sambil kaup sebatikan adunan.

▶ Bahagikan kepada 3 bahagian adunan. Adunan original kek , dua lagi ikut suka nak warna kan atau perisakan nya. Ana gunakan serbuk koko untuk warna coklat dan pewarna merah untuk satu lagi adunan dan yang original kuning tu ana tambah kan sunquick.

▶  Griskan loyang dan panaskan suhu oven pada suhu 160 ‘ , letak loyang paling bawah dan menggunakan api atas dan bawah.

▶ Cara  untuk melapiskan adunan kek dan tutorial dalam bentuk visual

 

KEK MARBLE MINYAK OREN GEBU

Kek minyak antara kek yang sedap dimakan. Kalau ada family yang datang atau balik ke kampung, saya suka buat kek minyak. Rasa dia tak muak dan nak buat pun mudah.

Cuma untuk kali ini, resepi yang dikongsikan di bawah ini menggunakan perisa oren untuk menaikkan warna dan aroma kek itu.

RESEPI KEK MARBLE MINYAK OREN

Bahan-bahan yang digunakan adalah :

  • 5 biji telur gred B
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar ovalate
  • 1 sudu besar pati oren sunquick
  • 1 sudu kecil oren oil kat bakery ade jual (ni yg bau die naik sedap)
  • 3 sudu besar parutan kulit limau sunqist
  • ¼ cawan santan kara
  • 2 cawan tepung self rising
  • 1 cawan minyak jagung
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil emelco

 

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE MINYAK OREN :

▶ Mula-mula mix semua bahan sampai gebu dan sebati.

▶ Kemudian, masukkan 1 cawan minyak jagung

▶ Kacau rata

▶ Bahagikan kepada dua bahagian

▶ Satu bahagian tambah pewarna oren dan

▶ Satu bahagian letak serbuk koko dan emolco coklat

▶ Kacau kan dan lapik loyang dengan baking paper

▶ Sambil tu, panas kan oven 5 minit

▶ masukkan kek dan set 160. Masak selama 45-55 minit dengan api atas bawah di rak no 1 dari bawah

Semua resepi kek marble saya dah kongsikan dalam perkongsian kali ini. Lepas ni, kalau dah pandai buat, boleh lah nak buat makan sendiri atau nak buat jualan pun boleh.

Kek marble ini sesuai untuk orang yang baru nak belajar masak kek sebab bahan-bahan yang digunakan mudah je nak dapat. Dan nak buat pun senang!

Kepada yang baru nak cuba, saya ucapkan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open