Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Udang Hitam Thai. Resepi Ringkas Dengan Rasa Yang Padu!

Udang Hitam thai
0 1,075

Selain sambal udang, masak lemak cili padi udang dan udang kam heong ada satu lagi masakan udang yang wajib korang cuba iaitu Udang Hitam Thai.

Haa, biasanya kalau dengar masakan Thai ni confirm akan laku keras. Kalau sebelum ni buat masakan Thai lain guna ayam, guna sotong, tomyam, tapi ni pertama kali buat masakan Thai gunakan udang pulak.

Saya yakin, bagi korang yang tak pernah makan masakan ni, cuba sekali je dulu. InsyaAllah lepas ni maskaan Udang Hitam Thai ni akan jadi antara menu wajib korang dalam setiap minggu.

Dengan rasa manis udangnya, dan ada sedikit rasa pedas dimakan pula dengan nasi panas-panas. Confirm tidak aka nada siapa yang sanggup menolak hidangan ni. Silap haribulan tambah nasi kita.

Resepi dari Tuan Khairul Hakimin Muhammad jarang-jarang tak sedap. Perkongsian resepi ni pun dah mencecah sebanyak 1200 kali orang yang share. Ada beberapa juga resepi beliau yang lain, nampak menyelerakan dan wajib kita cuba!

 

RESEPI UDANG HITAM THAI

Macam biasa sebelum ada yang bertanya, masakan ini boleh je digantikan dengan binatang lain sesuai dengan apa yang kita ada. Jangan risau resepi mudah sangat-sangat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1 kg udang ( tak perlu buang kepala, hanya buang urat sahaja)
  • 1 biji bawang Holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu bawang besar kisar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 5-6 sudu besar kicap pekat
  • 1 biji perahan limau nipis
  • 7-10 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar gula merah
  • Sedikit garam

CARA PENYEDIAAN UDANG HITAM THAI :

▶ Mula-mula sekali, panaskan sedikit minyak. Anggaran dalam 4 sudu makan sahaja

▶ Hiris bawang holland, bawang putih dan halia. Campakkan semuanya ke dalam kuali. Tumis dampai naik bau dan sedikit layu

▶ Seterusnya, masukkan cili kering kisar dan bawang merah kisar. Kacau sekejap dan masak sampai pecah minyak.

▶ Bila dah pecah minyak, masukkan kicap pekat dan gaul sebati.  Biarkan sekejap sampai mendidih

▶ Kemudian, masukkan udang. Gaul-gaul kan supaya udang masak sekata

▶ Untuk bagi rasa Thai tersebut, kita masukkan daun limau purut ke dalam kuali. Gaulkan lagi supaya bau dan aroma daun limau purut ini sebati.

▶ Akhir sekali, masukkan gula merah, perahan limau serta garam sebagai bahan perasa.  Kacau dan biarkan sekejap supaya kuah sedikit kering.

▶ Siap dan boleh dihidangkan!

Kalau dihidangkan dengan masakan udang hitam Thai ni, memang tak perlu lauk lain dah sebagai lauk tambahan. Tapi ia boleh juga dihidangkan bersama telur dadar dan juga makanan berkuah.

 

BACA JUGA: Ajar Buat Coney Dog Ala A&W, Perkongsian Ini Dapat 28 Ribu Share!

 

Simple je kan nak buat masakan ni. Apa yang paling saya suka untuk resepi kali ini adalah resepi udang hitam Thai ni mudah untuk kita nak follow setiap Langkah yang dikongsikan.

Daripada bahan-bahan yang digunakan, sampailah step by step nak masukkan bahan bagi menghasilkan masakan udang Hitam Thai kita. Yang baru nak belajar pun mudah sangat nak faham.

Jika tidak berkesempatan nak buat hari ni, maka bolehlah save dan sharekan dulu perkongsian ini supaya boleh nak follow bila berkelapangan nanti. Selamat mencuba!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open