Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Ikan Siakap Stim Limau Dan Siakap 3 Rasa. Resepi Mudah Dan Senang Untuk Hidangan Satu Keluarga
Kalau ke kedai Thai, menu apa yang wajib anda ambil selain tomyam yang padu? Ikan siakap 3 rasa atau ikan siakap stim limau? Haa, boleh jadi gaduh sebab ada yang suka salah satu sahaja.
Tapi lepas ni dah tak perlu nak bertikam lidah, kita boleh buat dua-dua sekali tapi resepi sama macam kedai. Confirm habis licin sampai ke tulang.
Jom saya kongsikan macam mana Cik Puan Marina Ismail ni share cara dia buat ikan siakap Stim Limau ni dulu.
RESEPI IKAN SIAKAP STIM LIMAU
Bahan-Bahan yang digunakan adalah :
- 5 ulas bawang putih
- Stok ayam ( kalau tidak ada, guna 1 kiub pati ayam kacau dgn ½ cawan air panas)
- Cili api merah
- Daun limau
- Serai
- Halia
- Daun ketumbar
- Limau nipis
- Sos ikan ( 5 sudu besar)
- Garam (tak letak pun takpe)
- Gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP STIM LIMAU :
▶ Seekor ikan siakap dicuci bersih dan kelarkan bahagian badannya.
▶ Sediakan bekas yang sesuai mengikut size ikan dan letak dalam pengukus. Sekiranya mahu lebih cepat, boleh gunakan magic pan. Lagi cepat masak!
▶ Serai dikerat serong kasar, daun limau koyak-koyakkan. Selepas itu, sumbat semua serai, daun limau dan halia ke dalam perut ikan.
▶ Kiub ayam tadi larutkan dengan air panas, curahkan atas ikan dan biarkan masak dalam magic pan dalam 20 – 25 minit, check hingga ikan betul-betul masak.
▶ Dalam satu mangkuk, masukkan bawang putih yang dah dicincang, cili api merah, perahan limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Gaulkan sebati. Tolong rasa dulu ye. Adjust sampai puas hati. Ketepikan seketika.
▶ Ok, bila ikan dah masak boleh keluarkan dan letak dalam pinggan besar.
▶ Last sekali, curahkan dengan bahan-bahan tadi yang dah dicampurkan dengan daun ketumbar tadi. Dah siap!
▶ Curah ketika ikan masih panas supaya bahan-bahan tersebut dapat diserap ke dalam ikan sewaktu masih panas.
Senang tak nak buat ikan siakap stim limau ni? Tak susah kan! Yang penting rasa dia memang superb. Tapi ye lah, tak semua yang suka makan ikan stim limau. Dan lebih memilih siakap 3 rasa.
Jangan risau. Saya kongsikan pula satu lagi resepi dari Port Resepi ni. Nampak macam mudah je nak buat kuah 3 rasanya. Nampak dalam gambar pun berselera sangat dah ni. Jom!
IKAN SIAKAP 3 RASA
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 3 ulas Bawang putih
- 3 hiris Halia
- sedikit garam
- 1 sudu tepung jagung
- 1 ekor ikan Siakap
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA :
▶ Tumbuk kasar bawang putih dan halia
▶ Badan ikan tu hiris atau kelar dulu
▶ Lumurkan bahan tumbuk tadi dekat seluruh badan ikan. Bahgaian luar dan dalam tau.
▶ Ratakan garam pada ikan
▶ Letak dan lumur tepung jagung
▶ Biarkan seketika dan goreng dengan api yang betul-betul panas
BACA JUGA: Aneka Resepi Sup Marvelous Untuk Anak. Gerenti Sedap, Laju je Habis!
BAHAN KUAH SIAKAP 3 RASA
BAHAN BLEND
- 2 ulas bawang putih
- ½ bawang holland
- ½ bawang besar
- serai
- 2 hiris halia
BAHAN TUMIS
Bahan A
- 1 biji bawang holland (dadu)
- 1 biji tomato (dadu)
- ½ biji bawang besar
- 6-7 helai daun limau purut
- 6 hirisan halia
Bahan B
- 4 ulas bawang putih
- akar ketumbar
- serai
- cili padi akar merah
- cili masak hijau
- 2 sudu cili blend
BAHAN C
- Garam
- 1 sudu gula
- 2 sudu kecil asam jawa (larutkan)
- sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan
- Daun ketumbar sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN IKAN SIAKAP 3 RASA :
▶ Kisar bahan blend sehingga hancur.
▶ Panaskan minyak. Tumis bahan A. Kacau sikit, masukkan bahan B.
▶ Dah wangi masukkan bahan Blend. Dan masukkan sedikit air. Masak hingga naik minyak.
▶ Masukkan 2 sudu cili blend. Kacau sehingga masak
▶ Masukkan 2 sudu sos cili, 2 sudu sos tomato, 2 sudu sos tiram dan 2 sudu sos ikan.
▶ Masukkan bancuhan air asam jawa. Kacau lagi.
▶ Masukkan garam dan gula. Gaul sebati.
▶ Tabur daun ketumbar sebagai hiasan.
Siap di hidang!
Haaa! Mudah dan senang je nak buat dua-dua resepi ikan sikap ini. Bolehlah kita buat untuk hidangkan makan beramai-ramai. Jemput ahli keluarga, atau kawan-kawan datang ke rumah.
Hidangkan juga dengan telur dadar, tomyam padu, dan juga sayur kalian masak ikan masin. Jangan lupa sediakan nasi putih yang banyak. Risau ada yang nak menambah nanti. 😀
Selamat mencuba!