Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Tak Sangka Guna Bahan-Bahan Ni Jer Dapat Hasilkan Paprik Ayam Yang Super Marvellous. Menu Wajib Kita Cuba!
Kalau ke kedai Thai mesti akan order sekali lauk paprik. Tak kira lah ayam, atau seafood dua-dua memang sedap bila dimakan bersama tomyam Thai padu.
Pernah juga kadang-kadang dimakan bersama nasi goreng pedas. Sedapnya tu memang tak tertahan. Baru tengok gambar pun dah terliur dibuatnya.
Perkongsian resepi kali ni saya nak share macam mana nak buat masakan paprik ayam yang sempoi. Simple tapi sedap marvellous. Sekali buat pun confirm menjadi. Silap haribulan, boleh repeat lah.
Jom saya kongsikan resepi ayam paprik daripada facebook Cik Puan Nurhayati Abd Malek. Korang memang wajib cuba!
RESEPI AYAM PAPRIK
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
Bahan (Tumis):
- 4 sudu besar Minyak
- 2 biji Bawang merah, dihiris halus
- 4 ulas Bawang putih, dicincang
- 1 inci Halia, dihiris panjang
- 2 tangkai Serai, diketuk
- 2 helai Daun limau purut, dikoyak
- 2 sudu besar Pes cili
Bahan (Perap):
- 500 gram Dada ayam, dipotong kecil
- 1 sudu besar Sos Tiram
Bahan (Campur):
- 2 sudu besar Sos Cili
- 2 sudu besar Sos Tomato
- 2 sudu besar Sos Tiram
- 1 sudu kecil Kicap pekat
- ½ cawan Air
Bahan lain:
- 1 biji Bawang Holland, dipotong berbaji
- Lobak merah, dipotong 2 inci panjang
- Kacang panjang, dipotong 2 inci panjang
CARA PENYEDIAAN AYAM PAPRIK SIMPLE :
▶ Sementara nak potong dan hiris bawang serta segala jenis sayur tu kita perapkan dulu ayam dengan sos tiram.
▶ Dah hiris semua, tumiskan pula segala bahan tumis tadi, campak- campak ja.
▶ Kemudian masukkan pes cili tadi dan gaul rata.
▶ Dah gaul rata, masukkan pula ayam yang dah diperap tadi. Gaul lagi dan lagi sehingga ayam masak.
▶ Dah tu campakkan pula segala jenis sayuran yang ada.
▶ Masuk lobak merah dululah supaya lobak merah lembut sikit dan senang lah anak-anak nak makan. Jika suka rangup tak perlu masak lama.
▶ Kemudian, masukkan kacang panjang.
▶ Dan gaulkan rata lagi. Saya masak 1 ekor ayam. Tapi nak sedap gunalah dada ayam.
▶ Last but not least masukkan bawang Holland.
▶ Masukkan pula bancuhan segala jenis sos dan air tadi. Gaul tunggu didih kejap dan siap!
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Arab Yang Mudah Tapi Sedap. Resepi Ringkas Guna Apa Yang Ada Sahaja!
Waduh senang bangettt! Kalau nak buat ni tak risau lah nak repeat. Sebab memang mudah yakmat. Simple tapi serious sedap!
Lauk macam ni makan dengan nasi putih, nasi goreng pun layan sis.. Cubalah masak kemudian hidangkan macam dekat kedai. Bertambah sayang cik abang dan anak-anak dengan mommynya.
Yang mana belum pernah cuba buat paprik ayam ni, boleh cuba versi ni, simple dan mudah je. Memang sesuai untuk yang baru nak belajar masak sedap-sedap.
Saya ucapkan selamat mencuba ye!