Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Rindu Kampung Di Kelantan, Jom Belajar Buat Gulai Kawah Bekwoh Yang Super Sedap!
Siapa yang suka makan masakan kenduri di Kelantan pasti tidak akan pernah lupa macam mana rasa Gulai Kawah Bekwoh dari negeri Cik Siti Wan Kembang ni. Pergilah mana-mana pun, rasa gulai ini sentiasa melekat di hati.
Apa yang menariknya rempah untuk gulai kawah bekwoh ini tidak dijual di kedai pun. Semuanya buat sendiri sahaja bagi menghasilkan rasa yang sedap dan wangi.
Gulai kawah bekwoh dinamakan kerana masakan ini selalunya boleh dijumpai ketika kenduri kahwin sahaja. Dan gulai kenduri ini pula dimasak menggunakan kawah. Bekwoh adalah kenduri dalam Bahasa Kelantan.
Anak kelahiran Kelantan yang seorang ini sememangnya rajin masak masakan Kelantan. Dan lebih mengharukan beliau sudi kongsikan kepada kita semua masakannya. Saya suka betul dengan perkongsian Cik Puan Afy AL Habibi sebab lengkap, dan teratur sahaja penerangannya.
Sekali dah follow resepi beliau, sudah pasti akan melekat je nak makan masakan Kelantan. Bagi yang kahwin dengan orang Kelantan, inilah peluang nak tunjukkan bakat memasak masakan Kelantan kepada pasangan dan keluarga mertua.
RESEPI GULAI KAWAH BEKWOH
Kebiasaannya gulai kawah bekwoh ini dibuat menggunakan daging baik daging lembu mahupun daging kambing sahaja. Jika menggunakan ayam, dinamakan sebagai Aye Gula Kawoh ( Ayam Gulai Kawah).
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 kilo daging ( boleh campurkan sekali hati, perut dll)
- ½ sudu besar serbuk rempah ketumbar ( sangai)
- ½ sudu besar kerisik
- 1 relung kecil manisan ( hula nisan)
- 1 gelas air asam jawa ( secubit air asam jawa + 1 gelas air)
- 3 senduk kecil budu
- 7 sudu besar rempah kawah ( rempah darat)
- ½ cawan santan pekat
- 2 cawan santan cair
BAHAN KISAR :
- 3 biji bawang merah ( saiz bola ping pong)
- 3 hiris nipis serai
- 1 ulas bawang putih
- 1 hiris nipis halia
- 1 hiris nipis lengkuas
BAHAN PERASA :
- ½ sudu besar perencah Hilal
- 1 ¼ sudu besar garam
- ½ keping gula nisan
- 1 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN GULAI KAWAH BEKWOH :
▶ Basuh daging dan potong kecil-kecil. Toskan sekejap.
▶ Kisar semua bahan kisar sehingga hancur dan lumat. Masukkan dalam bekas.
▶ Seterusnya, satukan dengan bahan-bahan yang lain kecuali santan. Kacau sampai sebati.
▶ Untuk budu boleh gunakan apa-apa brand sekali pun. Gaulkan semua bahan.
▶ Masukkan daging ke dalam adunan rempah. Proses ini dipaggil tumis darat atau mati awas bagi sesetangah orang Kelantan.
▶ Bila bahan dah sebati dengan daging. Masukkan santan pekat. Boelh guna santan kotak atau santan segar pun sedap. Kacau sebati.
▶ Barulah letakkan di atas api. Buka api paling perlahan dan tutup periuknya.
▶ Renehkan selama 1 jam untuk bagi daging kita lembut dan gulai pecah minyak.
▶ Bila kuah dah pecah minyak, masukkan pula santan cair.
▶ Perasakan dengan bahan perasa di atas. Rasa dan jika ada kekurangan boleh tambah ikut selera kita.
▶ Renehkan lagi selama 2 jam dengan api yang perlahan supaya daging kita betul-betul empuk dan serap elok dengan bahan rempah.
▶ Bila dah pecah minyak lagi sekali, boleh tutup api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Buat Roti Jala Coklat Untuk Hidangan Minum Petang. Menu Baru Untuk Anak-Anak!
Nak buat gulai kawah bekwoh ni memang mengambil masa yang lama untuk menghasilkan rasa yang sedap dan asli. Kalau di kampung, menggunakan kawah untuk hidangan yang lebih banyak. Dan ade beberapa Langkah yang sedikit berbeza jika menggunakan kawah ( buat banyak).
Selain nak makan dnegan nasi putih, atau nasi minyak kenduri, gulai kawah bekwoh ni sedap betul kalau dapat makan cicah dengan roti dan roti jalan. Nanti jika ada kelapangan bolehlah cuba buat gulai kawah bekwoh ni. Confirm family suka.
Bila dah siap buat gulai kawah bekwoh ni, boleh hidangkan bersama sambal merah Kelantan. Rasa dia memang padu dan bolehlah sediakan nasi tambah siap-siap ye! Untuk yang nak mencubam saya ucapkan selamat mencuba!